Painting Potret Untuk Hadiah Perkahwinan

Thursday, December 03, 2015

Artwork terbaru painting potret yang ditempah untuk dibuat photo canvas sebagai hadiah perkahwinan. Kebiasaanya photo canvas kita guna gambar yang sedia ada je kan. Kelainan sikit buat painting potret kemudian di photo canvas kan. Nampak macam idea yang menarik juga ni.

Bolehlah Fiza buat macam ni juga untuk perhiasan rumah sendiri nanti. Kalau tak tahu nak bagi hadiah kahwin tu, gunakan idea pun boleh. Customer tempah buat full page. Biasanya Fiza buat half body je. Kali ni buat full body memang agak termengah sikitlah dan memerlukan masa dan ketelitian untuk siapkan. Tangan pun naik krem menggayakan mouse tu. Bila dah siap tengok hasilnya memang lega.

http://www.azhafizah.com/

Disebabkan full page mungkin kurang nampak kesan painting tu. Kena tengok dekat baru nampak. Tapi kalau dah siap buat photo canvas mesti cantik kan. Harap haraplah. Tunggu customer siap buat photo canvas pulak. Fiza akan share nanti kalau customer bagi gambarnya.

7 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.