Header Ads

Latest Update
recent

Hantaran Bertunang/Nikah/Kahwin Style Kayu

zaman makin canggih, idea pun turut tak ketinggalan canggih sama. Dari idea yang canggih tu dapat hasilkan idea yang unik dengan menghasilkan hantaran style kayu. Bukan barang hantaran kayu tau tapi tapak/bekas hantaran tu yang bertemakan kayu. Macam kembali back to tradisional lah pulak kan.

Kiranya zaman dah moden tapi masih tak melupakan yang lama. Orang lama pun tak buat macam ni kan. Idea yang menarik boleh diguna pakai untuk zaman sekarang. Tak lama lagi viral lah tu. Yang penting dengan idea ni boleh jimat. Beli kayu dan buat sendiri. Lagi jimat! Ke kayu pun dah mahal sekarang???

Sediakan bekas/tapak bekas, kemudian letak bunga. Simple dan mudah. Dari yang simple ni, hasilnya memang wow! Kagum! Kalau lah ada idea macam ni dulu sebelum kahwin, dah lama Fiza buat style kayu ni. Lepas tu petik je bunga fresh kat laman rumah mak. Memang terbaiklah!

Walaupun bekas kayu hantaran tu nampak murah, tapi nampak unik dan style. Hantaran pun bukan calang calang murah tu. 
http://www.azhafizah.com/

Kelas barang hantaran dia kan
http://www.azhafizah.com/

Yang ni Fiza suka. Mengikut tema kayu betul. Cantik kan!
http://www.azhafizah.com/

Yang ni pulak siap ada tag/label lagi di setiap hantaran. Unik jugak ni. Bekas hantaran kayu pun simple je. Nice one!
http://www.azhafizah.com/

Bekas hantaran yang ni pulak nampak lain sikit dan di tambah riben warna dark chocolate tu jadi lebih menarik dan style. Tambah pulak bunga yang cantik tu. Bertambah cantik hantaran awak ni.

http://www.azhafizah.com/

Ada lagi yang menarik ni, gabungan dua warna kayu. yang memberikan hasil yang luar biasa cantik. Cumanya pada Fiza kalau letak bunga macam dalam kat atas ni pun cantik jugak kan. Tapi yang di buat pun cantik juga. Ikut taste masing masing lah kan.

http://www.azhafizah.com/
Sumber dari facebook

So camne bakal tunangan dan bakal pengantin. Takyah pening pening nak fikir pasal hantaran. Buat je macam style kayu ni pun dah cukup menarik. Lain dari yang lain. Unik, jimat dan superb cantik! Kelas pun kelasss.

4 comments:

  1. it's trending nowadays. simple but look exclusive

    ReplyDelete
  2. zaman skang, simple yg cantik ekk :)
    zaman aida kawin dulu, lagi serabut lagi byk hiasan tu yg kebabooom :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.