Header Ads

Cantikkan Kulit Muka Menggunakan Kiub Ais

Biasanya Fiza gunakan kiub ais selepas tanggalkan masker supaya lebih memudahkan pori² muka tertutup dan kulit muka jadi lebih tegang. Kiub ais juga boleh digunakan sebelum make up dengan cara oleskan pada kulit muka supaya hasil make up jadi lebih cantik.
Sumber gambar dari facebook
Tapi ada yang Fiza terbaca di facebook ni tentang rawatan kecantikkan menggunakan kiub ais ni sangat menarik. So Fiza kongsikan dalam blog.

Cantikkan Kulit Muka Dengan Kuib Ais

Ada beberapa manfaat yang boleh didapati apabila membuat rawatan kulit muka menggunakan kiub ais pada waktu pagi dan malam . Mudah je sebenarnya untuk cantikkan kulit muka dengan kiub ais ni .

Manfaat cantikkan kulit wajah menggunakan ais 

Kiub Ais Menjadikan Kulit Bercahaya

Bila meletakkan kiub ais di atas kulit muka, kiub ais tersebut akan membantu melancarkan peredaran darah di mana kulit akan kelihatan sihat bercahaya secara semulajadi . Untuk memberikan kesan yang lebih, boleh juga menggunakan kuib ais buah- buahan ke atas muka .

Kiub Ais Dapat Mengurangkan Noda

Penggunaan kuib ais dapat mengurangakan noda pada muka dan radang serta kemerahan jerawat. Boleh terus meletakkan kiub ais ke atas jerawat untuk beberapa saat sehingga merasa kebas. Boleh lakukannya setiap pagi dan malam.

Kiub Ais Dapat Merawat Bulatan Hitam

Kombinasi jus timun dan air rose yang membeku boleh diletakkan di bawah mata atau lingkaran hitam . Ianya dapat mengurangkan bengkak bawah mata akibat tidur lewat malam .

Kiub Ais Sebagai Penyegar Kulit

Kiub ais merupakan pelancar atau penyegar kulit yang murah . Boleh menggunakannya sebelum memakai alat solek supaya liang - liang pori mengecil . Keadaan itu akan menjadikan bedak asas anda lancar dan sempurna .

Kiub Ais Sebagai Pengganti Alat Solek

Tidak punya banyak masa untuk memakai alat solek ? Jadi , letakkan sahaja kiub ais di muka menggunakan kain balut . Ianya akan menjadikan kulit muka akan kelihatan berseri dan semulajadi tanpa penggunaan sebarang alat solek .

Kiub Ais Menghalang Kedutan

Penggunaan kiub ais pada kulit muka dapat melambatkan wujudnya garis - garis penuaan serta mengurangkan garis - garis penuan yang sedia ada .

Tips Penting  Apabila Menggunakan Kiub Ais Pada Kulit Muka


  • Penggunaan kiub ais berkesan tanpa dibalut tetapi  perlu sentiasa menggunakan sarung tangan supaya anda boleh memegang kiub ais dengan mudah .
  • Menggunakan kiub ais yang berbalut ke atas kulit muka akan memberi kesan yang sama sekiranya meletakkan kiub ais tanpa membalutnya .
  • Sejuk yang melampau akan menghentikan kapilari di bawah kulit . Oleh itu , jangan meletakkan kiub ais kosong yang baru sahaja dikeluarkan dari peti sejuk ke atas kulit muka.
  • Dilarang menggunakan kiub ais kosong ke atas kulit muka yang sudah rosak kapilarinya atau meletakkan kuib ais terlalu lama .
  • Sekiranya merasa tidak selesa , berhentilah . Elakkan meletakkan kiub ais di satu - satu tempat melebihi 15 minit .
  • Boleh mengisi kiub ais dengan air rose , lemon , teh hijau , teh chamomile , timun dan bahan lain yang mesra kulit mengikut keperluan kulit muka anda .

Mesti macam excited nak mencuba kan. Lagi lagi bila dapat tahu manfaat kiub ais ke atas kulit muka dan tips - tips penggunaan kiub ais memang bagus. Nak cuba pun senang je. Yang penting rajin. Jom cuba!

3 comments:

  1. selalunya kalau sebelum make up mak andam akan gosok ais dulu dekat muka. :)

    ReplyDelete
  2. eh...dulu pernah buat tau..memang best ..orang kata makeup boleh tahan lama guna ais ni

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.