Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Gempa Bumi Kuat Melanda Sabah

Jabatan Metrologi Malaysia, menerusi facebooknya telah memaklumkan satu lagi gempa bumi kuat melanda di Sabah. Gegaran kuat berskala 6.2 ritcher telah dikesan berlaku di Tarakan, Indonesia 96km dari Sabah dan kali ni merupakan gegaran paling kuat dari yang berlaku sebelum ini.

http://www.azhafizah.com/
Akibat daripada kejadian gempa bumi/gegaran kuat dapat dirasai oleh penduduk di Tawau, Sabah kira-kira jam 2.47 pagi tadi. Buat masa ni, hanya itu maklumat yang dikongsikan. Kita tunggu maklumat terkini nanti. Di harapkan semuanya dalam keadaan baik. Semoga Allah melindungi mereka.
http://www.azhafizah.com/

Maklumat Gempa Bumi

Satu gempa bumi kuat telah berlaku dengan parameter maklumat berikut:
Waktu Kejadian : 02:47 pagi pada 21 Disember 2015
Koordinat : 3.6 Utara 117.6 Timur
Lokasi : Kalimantan. 33km utara Tarakan,Indonesia.96km barat daya Tawau,Sabah.
Magnitud : 6.2 skala Richter

Penilaian

Gegaran dirasai di Tawau, Sabah. Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan jika terdapat perkembangan lanjut atau maklumat tambahan.
Dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi pada 03:05
pagi 21 Disember 2015

Post a Comment

4 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.