Buah Berangan Lemak Manis

Tuesday, December 01, 2015

Masa kecik kecik dulu, abah memang selalu beli buah berangan yang dah siap digoreng tu. Bila zaman kanak kanak dah berlalu, dah makin tak nampak bayangan buah berangan. Hampir lupa rasa buah berangan yang selalu di makan zaman dulu tu.

Baru tahu, rupanya buah berangan ni susah nak dapat. Tak semua tempat di jual. Kalau ada pun harganya mahal. Kalau yang dah digoreng tu, sekilo RM30. Mahal kan! Sudahnya beli 1/2 kilo jela. Buat merasa pun dah cukup. 1/2 kilo tak sebanyak yang di sangka. Dalam 50 biji lebih mungkin?. Kulit buah berangan yang buat dia berat kan.

Gigih pergi beli untuk abah. Sebabnya haritu masa bawak abah dgn mak pergi kenduri kahwin. Dalam perjalanan tu nampak ada orang jual buah berangan. Abah kata balik nanti nak beli. Sudahnya balik terikut jalan lain pulak. Lepas tu lupa pulak. Sudahnya balik kampung kali ni, kena beli jugak so dapatlah abah dan mak merasa lepas kempunan.

Inilah dia buah berangan. Kulit dia keras. Tapi kalau dah masak, lembut je boleh di gigit dan boleh pecah. Seingat Fiza masa kecik dulu pecahkan buah berangan ni guna anak lesung batu. Dan rasanya buahnya lebih besar dari yang Fiza tengok sekarang.

http://www.azhafizah.com/

Seronok tengok mak dan abah hadap makan buah berangan berdua. Alhamdulillah puas hati dapat belikan. Fiza pun amek sikit je la saja nak rasa. Bila dapat rasa semula rasa buah berangan ni barulah tahu rasa sedap lemak manis buah berangan ni. Sedap sangat. Isi dia lembut dan rasa lemak² manis gitu. Err.. tak pandai pun nak menterjemahkan rasa buah berangan ni. Lain rasanya dari buah yang lain. Lebih kurang ala² biji cempedak lah kot. Cuma rasa buah berangan ni lagi sedap!

http://www.azhafizah.com/

Memang jarang nampak orang jual buah berangan. Setakat ni yang Fiza tahu kat Segamat dan Gemas je. Kalau sesekali nak rasa okaylah. Kalau nak beli selalu nampaknya kena beli yang mentah dan goreng sendiri. Nak goreng pun kena goreng dengan batu supaya lagi cepat masak. Itu apa yang Fiza tahu dari abah Fiza dan Fiza nampak penjual tu goreng macamana. Kat tempat korang sama jugak ke harga macam tu? Ke ada yang tak pernah tahu kewujudan buah berangan ni?

Kenapa namanya buah berangan ye? Makan buah berangan ni kena berangan dulu ke camne? Ke sambil makan sambil berangan :p 

7 comments

  1. yee dulu pernah makan , tp lamaa dah tak jumpa

    ReplyDelete
  2. Memang sedap buah berangan ni Wa selalu makan masa kecik-kecik dulu :) salam kenal n follow sini

    ReplyDelete
  3. pernah makan tapi tak berapa suka..x tau kenapa..Fiza beli kat gerai yang lepas Petronas Jalan Pantai tu ke?

    ReplyDelete
  4. Dulu rajin la kutip buah ni..kat kampung sy ada pokok nih... Agaknya orang dulu-dulu jumpa buah ni berangan (pikir) dulu macam mana nak makan...

    ReplyDelete
  5. salaam. trima kasih berkongsi. tumpang tanya dkt segamat ada jual dkt mana ya? nenek saya mengidam buah berangan le pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat area nagoya..dekat padang tu tepi jalan ade orang jual..tak ingat lak bawak van or lori. Tapi ada payung kat situ..selalu petang ade. Kekadang ade jual air overdose kat situ gak..

      Delete
  6. Tak pernah lg shida makan buah berangan ni fiza..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.