Disember 2025 | Mood berblogging bukan saja terbang melayang-layang entah kemana, selera makan pun ikut sekali pergi. Entahlah ek. Tak tahu nak cakap macam mana. Kadang selera makan, kadang tidak.
Tiba-tiba rasa macam teringin makan woodfire burger. Rasa macam lama pula tak makan burger kayangan ni. Teringat-ingat pula rasa kesedapan burger dia. Encik Suami balik kerja singgahlah membeli. Nanti tak payah lah nak keluar semula kan.

Macam biasa burger yang dibungkus separuh diletakkan dalam kotak. Encik suami beli smoke burger dan saya pilih brisket burger. Saja nak rasa burger daging. Walaupun kita ni bukanlah peminat daging sangat. Tapi kalau burger daging ni boleh je diterima tekak.
Brisket dia lembut dan juicy juga. Tak bau lembu sangat. Selain sos yang sederhana, suka juga jenis burger ada jeruk timun. Dia macam penyedap rasa gitu. Tak muak makan burger. Burger Woodfire ni uniknya ada bawang holland goreng.
Ini antara menu yang biasa membeli lah kalau teringin menu di Woodfire. Menu apa lagi yang sedap?

Macam biasa burger yang dibungkus separuh diletakkan dalam kotak. Encik suami beli smoke burger dan saya pilih brisket burger. Saja nak rasa burger daging. Walaupun kita ni bukanlah peminat daging sangat. Tapi kalau burger daging ni boleh je diterima tekak.
![]() |
| Smoked burger RM24.90 |
Burger patty dia tebal dan juicy. Tak kering. Roti bijan tebal, ada bawang goreng, jeruk timun, sayur kobis dan sos pun tak terlalu banyak. Saya suka burger yang sosnya sederhana je.
![]() |
| Brisket burger RM39.90 |
Brisket dia lembut dan juicy juga. Tak bau lembu sangat. Selain sos yang sederhana, suka juga jenis burger ada jeruk timun. Dia macam penyedap rasa gitu. Tak muak makan burger. Burger Woodfire ni uniknya ada bawang holland goreng.
Sekarang ramai juga peniaga burger menggunakan bawang holland yang di caramelized kemudian di letakkan dalam burger. Sedap juga.
Selain burger, beli juga curly fries. Didatangkan sekali dengan sos cheese. Tak nampak pula bekas sos cheese tu tertutup dengan fries. Makan panas-panas sedaplah.
![]() |
| Curly fries RM6.90 |
Ini antara menu yang biasa membeli lah kalau teringin menu di Woodfire. Menu apa lagi yang sedap?



10 Comments
Tepatlah tu pilihan Phiza, Brisket Burger. Walaupun bukan penggemar daging tapi daging memang secocok jika berganding dengan roti yang gebu tu. Letak sos banyak, menenggelamkan rasa daging, biarlah sederhana saja, ada bawang caramelized tu, naik rasa burger. Ada timun jeruk, hilang rasa muak, kan. Senang sekarang woodfire dah buat burger set macam ni.
ReplyDeleteBukan penggemar daging tapi lauk daging salai saya lajuu..hihi..Sos banyak tu macam tak best, menjejes makan pun ye. Ya, gabungan burger yang sedap. Kena makan masa perut betul-betul lapar gitu.
DeleteSedapnyaa
ReplyDeleteWoodfire burger jarang tak sedap. Alhamdulillah.
DeleteAkak dah lama x pi Woodfire tu..Setuju sangat Fiza! Walaupun bukan penggemar tegar daging, tapi kalau tengok rupa Brisket Burger Woodfire yang lembut, juicy, dan tak bau lembu tu, memang kecur liur dibuatnya. Pilihan bijak sebab roti bijan tebal dia nampak ngam sangat dengan inti burger tu.
ReplyDeleteJarang nak ke lobak sana kan kak. Rasa jauh. Lagipun jarang makan burger ni kecuali kalau rasa teringin. Kalau ada area bandar mungkin macam rajin juga nak pergi. Kalau makan sebiji ni memang kenyang dibuatnya kan.
Deletepernah sekali je makan woodfire ni. walaupun saya tak order burger brisket dia yg glemer tu, burger beef biasa je pun dah cukup sedappppp! cuma harganya lah yg buat fikir 2-3 kali hahaaha
ReplyDeleteItulah tu, kena fikir banyak kali kalau nak membeli kan. Tapi kalau teringin, beli jugalah. Risau selera lain. Sesekali tu boleh lah.
DeleteSesekali bila teringin tu kan... ammi kalau burger mmg prefer burger daging. Tapi kalau makan lauk ammi lebih prefer ayam. Lama betul ammi tak makan kat woodfire ni... pernah makan masa sambut birthday terlajak suami tahun 2024 pastu ... itu jelah sekali makan kat situ.
ReplyDeleteYa, samalah. Prefer lauk ayam lagi berbanding daging. Tapi burger tu selalu ayam, kalau teringin baru daging. Woodfire ni kalau teringin bolehlah kan. Setahun tu kadang tak pernah lansung. Kadang sekali setahun.
Delete