Mei 2026 | Kami teruskan perjalanan menuju ke Teluk Dalam Lookout Point dari Tangga viral Teluk Nipah tadi. Kami nampak dari jauh jeti ni masa dalam perjalanan. Jadi, kami singgah lah ni tengok apa yang ada.

Di Teluk Dalam Lookout Point terlihat ada abandoned ship. Dari carian google, kapal lama ini adalah Kapal Sea Otter yang sebelum dikenali dengan nama Puteri Mahsuri milik Kumpulan Halim Mazmin. Boleh baca kisahnya dalam link yang saya kongsikan tu.

Ada beberapa pelancong juga disini baru sampai dengan menaiki motor macam kami. Mereka juga hanya melihat dari jauh sana. Kelihatan nelayan dan penduduk lokal berada di jeti. Kami tak pergi ke jeti tu. Hanya sekadar berhenti dan tidak turun dari motor.
Jeti ni dulu milik resort mewah pusat peranginan di sini, sejak ditutup tidak beroperasi baru dibuka kepada orang awam. Itu apa yang saya baca lah semasa mencari info tentang jeti ni.

Rasa malas pula nak turun masa ni. Depan motor ada anjung tinjau juga tapi kami tak pergi ke situ. Nak turun dari motor pun malas, inikan naik atas anjung tinjau tu. Berhenti di bawah pokok sajalah. Panas uiii...

Rasa malas pula nak turun masa ni. Depan motor ada anjung tinjau juga tapi kami tak pergi ke situ. Nak turun dari motor pun malas, inikan naik atas anjung tinjau tu. Berhenti di bawah pokok sajalah. Panas uiii...
Masa ni pukul 11.32pagi hampir ke tengah hari. Matahari pacak atas kepala dah. Muka pun dah merah-merah. Confirm sunburn teruk lah ni. Confirm!


Tak sampai 5 minit pun kami berhenti di sini. Marilah kita menuju ke destinasi seterusnya. Ayuh!
Berasmbung...
28 Comments
indah ciptaan allah taala
ReplyDeleteIndeed.
DeletePernah juga ke sini beberapa tahun lepas. damai dan tenang je tmpt ni waktu petang sebab tak ramai orang. Tak perasan plak ade abandon ship tuh
ReplyDeleteKalau jalan-jalan waktu petang lagilah best tak panas. Kami jalan tengah panas rasa terbakar terus. Haa nanti kalau pergi lagi singgah lah sini.
Deletekalau tak silap, ada kedai jual cucur udang dan cucur ikan otw ke tempat ni. pernah singgah sekali beli, sedap juga makan dengan kuah kacang. tapi makan tak puas sebab kena share ngan sekor anjing yang asik dok ikut kami. makin lama makin dekat plak dia... haishhh
DeleteIkut plan nak pergi jugak situ tapi bukak pukul 3. Tak ada rezeki kamilah..alahaiii ada pulak makhluk yang mengganggu ye.. Tak tenang dibuatnya.
DeleteBersambung la pulak.... ini yg berdebar ni....
ReplyDeleteAla tak payah berdebar sangat uncle. Bukan citer seram pun. hihi...
DeleteKalau dari jauh saja dah cantik, memang bagus tak payah turun 😅. Apalagi panaaas. Ini pun saya tak kuat laaah. Bisa demam malamnya kena panas terlalu lama.
ReplyDeleteMenarik abandoned ship tuh. Nanti nak baca ceritanya
Cukuplah sekadar tengok dari jauh je. Janji dah sampai sini sudahlah kan. hihi...
Deletepart panas tu saya surrended! abandoned ship tu unik sungguh..menarik kalau posing2 view abandoned ship tu tp sbb cuaca panas..so bye2 ajerlah tak sesuai nak posing2
ReplyDeleteKalau pergi petang-petang redup okay kot. Kita pulak silap timing sampai sini. Memang tak lama lah kat situ sebab panas.
Delete*typo: surrender
ReplyDeleteBaikkk..sedia maklum.
Deletekalau hala ke petang mungkin redup sikit kan,boleh lepak-lepak layan angin sepoi-sepoi bahasa..pemandangan dah cantik nak healing waktu petang
ReplyDeleteBetul, kalau petang tu mungkin boleh lama sikit dan pergi jeti tu posing² sikit. Permandangan dia cantik sangat depan mata.
DeleteKalau dari jauh pun dah cantek... kalau pegi dekat² lagi la cantek... cahaya pun dah on point sangat.. ok nak baca citer abandone ship... ala² titanic x eh hwheh
ReplyDeleteBetul betul betul. Tengok depan mata lagilah cantik. Lighting pulak on point kan. hihi..tak sampai Titanic kot.
DeleteKalau panas sangat pun tak sanggup nak duduk luar lama².
ReplyDeletePernah dengar nama halim mazmin tu...
Kann..kejap je lah nampaknya kat sini. Oh ye ke? Mungkinkah orang yang sama.
DeletePerkongsian yang sangat menarik! Panorama di lookout point tu tetap nampak cantik dan unik, walaupun dinikmati dari jauh di bawah teduhan pokok.
ReplyDeleteYa, panorama di sini sangatlah cantik. Apatah lagi melihat di depan mata.
DeleteCantik pemandangan. Hehe sayang waktu pula tengah panas berdenting. Takpelah tangkap gambar buat kenangan.
ReplyDeletePermandangan memang cantik. Jadilah ambil gambar buat kenangan. Nak turun motor tu macam malas sebab cuaca panas terbantut juga rasa nak explore.
DeleteSeram pula abandoned ship tu...
ReplyDeleteTak seram sangat tapi kapal tu cantik menarik rekaan dia.
DeleteAbandoned Ship tu jadi tarikan..
ReplyDeleteYa, menarik tertarik gitu. Kalau dekat sikit maybe lagi cantik dalam gambar kan.
Delete