Disember 2025 | Hujung minggu pergi mencari pokok di Seremban landscape & Nursery Paroi, tempat favourite saya kalau nak mencari pokok bunga. Disini banyak pilihan untuk mereka yang hobinya bercucuk tanam.
Sajalah datang untuk mencari pokok baru. Pokok indoor saya ada yang semakin nazak. Takkan semua nak letak pothos je, bagilah pelbagai sikit hiasan dalam rumah tu kan. Lama juga saya tak update pokok-pokok saya.

Tempat jualan pokok-pokok bunga sangat luas. Rambang mata nak memilih pokok. Kalau tak jumpa pokok yang nak dibeli tu, tanya je pada pekerja. Nanti dia terus bawa pergi tempat pokok yang korang nak tu.

Kadang malas nak jalan-jalan mencari, terus je tanya. harga pokok-pokok bunga disini pun berpatutan. Macam-macam jenis ada.

Berkenan dengan pokok janggut ni tapi tak tahulah macam mana nak jaga dia. Buat perhiasan cantik sangat. Makanan dia cuma air dan udara je. Gunakan medium sabut untuk hidup.

Saya tak pusing-satu satu kedai pun sebab nanti terbeli yang lain pula kan. Sebab dah aim nak beli dua je. Spider plants dan english ivy untuk tanaman indoor.

Cukuplah dua pokok ni, lepas tu nanti buat re-pot kepada 2 pasu. Pekerja tu kata, siram dua kali sehari, Maksudnya tanah tu kena sentiasa lembap lah ye. Okay, baiklah. Kalau beli pokok bunga tu jangan tu tanya mereka macam mana penjagaanya.
Seremban landscape & nursery ni ada juga cawangan lain di Seremban 2. Baru buka tahun lepas kalau tak silaplah. Luas juga bangunannya dalam bangunan besar. Tak pernah singgah lagi kat situ. Kot terlimpas situ nanti bolehlah singgah.
22 Comments
Betul tu Fiza, kalau dah masuk nursery yang besar macam ni memang boleh rambang mata dibuatnya! Lepas satu, satu kita belek. Geram tengok Pokok Janggut (Tillandsia) tu, memang lawa buat hiasan gantung tapi risau juga nak jaga. Pilihan yang bijak beli Spider Plant dengan English Ivy, memang antara top pilihan untuk pokok indoor yang 'hardy' dan cantik!
ReplyDeleteTak ada pengalaman nak jaga pokok tu. Risau nak beli takut dia mati pulak nanti. Beli mana yang mudah nak jaga je lah.
DeleteMudah2an hidup subur dan panjang umur pokok2 tu
ReplyDeleteHarap begitulah wak.
DeleteBagusnya la korang yang rajin menanam ni.. kita tangan x bedung masa kecil.. asyik la mati pokok² kat rumah ni 🤣
ReplyDeleteEh, macam salah je tu KakRet. Bukan tangan panas ke..hihi... Dia bukan macam tu, kita je yang kurang ilmu bab tanaman ni. Kadang ada je yang kita tanam tak menjadi. huhu...
DeleteSpider plant dekat rumah Akk ni kemain banyak membiak. In Sha Allah mudah hidup pokok tu.
ReplyDeleteBunga tu lawa cuma kena pandai jaga la kan. Kadang dekat nursery elok je, bawa balik ke rumah kiok 🥴
Spider plant senang jaga kalau cukup makanannya. Kalau terlebih air kadang jadi rosak akar dia. Itulah tu, kadang pokok ni bawa balik rumah buat hal pulak lalu kiok.
DeleteRambang mata nak pilih. Kalau boleh nak borong semua kan.
ReplyDeleteNak borong semua tu tidaklah. Saya lebih suka pokok hijau berbanding pokok berbunga sebab jenis berdaun je ni lebih senang jaga.
DeleteMZ suka lah tmpt2 gini cuma lately my mini garden belakang rumah tu terabai sbb bz dan ada sebab2 lain jugakkk
ReplyDeleteFaham sangat. Kalau busy, memang tak sempat nak menjengah lah. Kena tunggu ada masa barulah dapat tengok² kan.
DeleteAwww.. rupanya peminat pokok jugak ya, Phiza. Nanti share la Taman astakona Phiza ngan kami.
ReplyDeleteDulu rajinlah tanam sebab mak banyak pokok bunga. Menurun dari mak jugak ni. Tapi tak adalah taman. Dah pernah share sebelum ni. Bukan taman luar rumah. Saya buat hiasan indoor je, letak dekat rak.
DeleteBesttt sgt kalu dpt nursery
ReplyDeleteCiknur paling sukaa tgk bunga warna warni tp awal2 pesann jgn lebih dari 3 pokok ha ha
Sesekali healing di nursery gitu. Beli pokok baru untuk suasana baru.
DeleteSaya pun baru hari tu beli english ivy, xtau la senang ke tak nak jaga..baru nak try..
ReplyDeleteInshaAllah macam mudah nak menjaganya tu. Kalau tak hidup lepas tu tak membeli dah lah. Kadang tak sesuai dengan persekitaran juga. Mungkin kurang cahaya atau makanan lain yang kurang.
Deleteammi kalau gi nurseri selalunya sebab nak beli tanah buat topup tanah kubur arwah adik & ayah ammi. Kubur dorang kat makam Hj. Said tu dikawasan lereng bukit, jadi bila hujan selalu je mendap.
ReplyDeleteAmmi ni tak reti nak bela bunga...beli pokok cili yang dah hidup besar dari nurseri pun sampai kat rumah macam segan pulak dia nak hidup.
Ohh kat situ. Sama macam kat Forest Heights tu kerap tanah terhakis juga kan. Senang juga beli tanah terus kat nurseri. Kalau kat taman ni jenuh juga mana nak cangkul tanah kan.
DeleteSaya lebih suka pokok berdaun hijau. Yang jenis ada bunga tak pandai juga nak bela.
haritu saya beli sini jugak pokok-pokok tapi matiiii huwaaaaaa sebabnya takde masa nak siram hahaha
ReplyDeleteBoleh cuba beli pothos, letak dalam air je. Senang nak jaga. Tak perlu siram selalu, topup air je kalau dah berkurang tu. Atau boleh guna medium leca ball atau crystal ball.
Delete