Disember 2025 | Giliran Encik Suami pula menghantar maknya untuk janji temu di Institut Perubatan Respiratori (IPR) KL. Ambil mak di rumah adik ipar dan anak buah ikut sekali. Nak ikut katanya. Haa jomlah kita teman uwan sekali.

Encik Suami dan anak buah pesan nasi lemak sepinggan seorang. Porsi nasi lemak tu banyak ye. Kalau saya makan sepinggan tu lambat sikit nak habiskan.

Tapi anak buah sorang ni, dia punya suka nasi lemak boleh habis sepinggan dengan cepat. Peminat nasi lemak no.1! Kalau makan nasi lemak dialah juara dengan adiknya. Tak rugi bawa makan, tak membazir gitu.

Usai makan, terus balik semula ke IPR. Belikan mak kuih untuk alas perut semasa menunggu. Urusan hospital macam biasalah kadang cepat kadang lambat. Kalau tak sampai tengahari tu tak sah. Urusan hospital ni kita dah lali dah.
Mak kata lepas turunkan mak pergilah sarapan dulu bawa anak buah makan. Belum makan lagi sebab kami gerak awal. Mak kena puasa sebab ambil darah kalau tak silap. Kalau dah ke IPR KL ni, nak makan mesti akan ke Richiamo Coffee dalam KPJ Tawakkal.
Orang datang hospital ziarah pesakit, kita datang hospital sebab nak makan. Tak jauh dari IPR. Jalan kaki pun boleh sebenarnya. Tapi malaslah pula nak jalan kaki kan. Nanti ketibas (ketiak basah) pulak.
Macam biasa saya pesan kopi latte.

Tak rasa nak makan nasi lemak, pesan mushroom soup dan garlic bread je. Itupun makan kongsi-kongsi sebab saya pasti saya tak habis makan. Kurang selera juga masa tu. Mushroom soup sedap dah cuma roti dia kurang rangup sikit. Kalau rangup sikit mesti sedap. Bakar tak lama kot.
Macam biasa saya pesan kopi latte.

Tak rasa nak makan nasi lemak, pesan mushroom soup dan garlic bread je. Itupun makan kongsi-kongsi sebab saya pasti saya tak habis makan. Kurang selera juga masa tu. Mushroom soup sedap dah cuma roti dia kurang rangup sikit. Kalau rangup sikit mesti sedap. Bakar tak lama kot.

Encik Suami dan anak buah pesan nasi lemak sepinggan seorang. Porsi nasi lemak tu banyak ye. Kalau saya makan sepinggan tu lambat sikit nak habiskan.

Tapi anak buah sorang ni, dia punya suka nasi lemak boleh habis sepinggan dengan cepat. Peminat nasi lemak no.1! Kalau makan nasi lemak dialah juara dengan adiknya. Tak rugi bawa makan, tak membazir gitu.

Usai makan, terus balik semula ke IPR. Belikan mak kuih untuk alas perut semasa menunggu. Urusan hospital macam biasalah kadang cepat kadang lambat. Kalau tak sampai tengahari tu tak sah. Urusan hospital ni kita dah lali dah.
Nak buat macam mana kan. Mana-mana hospital pun, kerajaan ke swasta ke kena menunggu dengan sabar. Semuanya kena ikut prosedur. Doa semoga Allah permudah segala urusan kita.
16 Comments
Nampak berlemak betul nasi lemaknya tu.... kalau ke tawakal kpj tu berdua je dengan suami ok lah kalau dengan Aiyan mesti dia ajak singgak richiamo ni
ReplyDeleteA'ah. Ada santannya melekat. Hihi..Tempat favourite Aiyan ye kak Dana?
DeleteBetul tu, bab urusan hospital ni memang kena bawa banyak bersabar. Swasta ke kerajaan tetap kena menunggu. Tapi okay sangat ada Richiamo Coffee kat KPJ Tawakkal tu, sekurang-kurangnya ada port best nak minum kopi latte dengan layan mushroom soup sementara tunggu urusan selesai
ReplyDeleteKan kak. Kalau dah biasa dengan urusan hospital ni dah tahulah prosesnya macam mana. Semuanya kena sabar dan sabar je menunggu giliran. Mujur juga ada yang dekat.
DeleteMacam dah lama tak lepak Richiamo ni.. dekat aja dengan rumah..
ReplyDeleteMoga segala urusan Maknya tu dipermudahkan
Sekarang banyak juga cawangan Richiamo dah tutup. Takpe, nanti kot teringin bolehlah pergi kalau dah dekat tu.
DeleteAlhamdulillah..Allah permudah segala urusan kami.
jgn marah2.. insyaAllah, terasa sekejap je.. hihihi
ReplyDeleteBetul. Sabar is the key.
Deletebetul2 berlemak nasi lemak tuu. nampak kesan2 santan lagi hehe
ReplyDeleteYa, baru betul nasi lemak kan.
DeleteLama tak jejak RC ni padahal 5mins je dari rumah. Menu makanan kat sini tak sedap.
ReplyDeleteRC pun dah banyak tutup cawangan dah. Kadang sedap tu ikut tempat jugak kan. Kira rezeki lah kalau dapat menu yang sedap.
Deleteproses menunggu di hosp swasta tak delah lama sgt mcm GH... anyway, saya dan anak2 plak, suka mkn2 kat KPJ ampang putri hahah kdg2 kami sajer2 ke sana sbb nak mkn2, tak de nak visit saper2 punnn
ReplyDeleteYa, kurang sikit waktu menunggu kalau di swasta. Tapi kadang ada masanya lama jugak sebab pernah ada pengalaman. Bergantung pada jenis rawatan dan juga ramainya pesakit masa tu kot. Kalau lagi mudah dan sedap makan kat situ, mengapa tidak kan.
Deletemacam nampak masih ada santan basah-basah kat nasi lemak tu.
ReplyDeleteeh geram pulak tengok tangan anak buah tu...sedap tu kalau sakat buat-buat gigit.
Richiamo ni ammi tengok banyak outlet dia dah tutup...sayangkan. haritu lalu yang kat Pilah pun mcm bertutup je...nak kata awal sangat kami lalu masa tu dalam pukul 2.30 petang...memang tak awallah kan.
Ya, ada lemak santan melekat. Haha..penangan makan nasi lemak agaknya tu jadi gebu gebas. Betul tu Ammi, banyak dah tutup dah. Sayang je. Kat Pilah yang dekat Pizza hut tu ke? Eh dah tutup jugak ek? Yang kat laman gentam tu memang dah tutup pindah dekat pizza ke kfc entah. Lama juga tak pergi RC Pilah.
Delete