Januari 2026 | Dalam perjalanan balik tu, anak buah kata nak makan nasi lemak. Jomlah kita makan Nasi Lemak Wanjo Kampung Bharu. Kami pun dah lama teringin nak makan nasi lemak kat sini. Haritu masa stay di Hilton Garden Inn tak berkesempatan nak mencuba.
Pergi weekday ni insyaAllah ada parkir dan tak ramai orang. Alhamdulillah ada parkir kosong di tapak parkir yang disedikan. Dan dapatlah kami menjamu selera di sini. Berkat keinginan nak buah, adalah terselit rezeki kami dapat makan juga.

Kat dalam kedai boleh tahan ramai juga. Tapi masih ada meja kosong lah. Tengok dulu menu yang ada, nanti tak kalut nak order apa.


Ada banyak pilihan lauk pauk yang terhidang. Sebut je nak lauk apa, nanti mereka cedokkan dengan sepantas kilat. Ni macam sistem nasi kandar jugalah.


Ada banyak pilihan lauk pauk yang terhidang. Sebut je nak lauk apa, nanti mereka cedokkan dengan sepantas kilat. Ni macam sistem nasi kandar jugalah.
Nak tahu tak? Kalau tak nak tahu takpe, tapi saya nak bagitahu. Saya agak trauma kalau nak pesan nasi kandar. Sebabnya risau kalau tak sempat nak cakap tapi dia laju sangat cedok semua kuah dalam pinggan.
Kita ni bukan jenis suka kuah banjir. Suka kuah asing. Melawan hukum makan nasi kandar gitu. Ampunkan saya sebab melawan akta cara makan nasi kandar. Sur tak sur ke saya tak kisah.

Dah cedok semua makanan, bawalah ke meja. Bayar di kaunter. Saya ambil nasi lemak lauk rendang kerang. Sedap pula rasa rendang kerang tu. Tak liat kerangnya. Tapi tak suka jenis ikan bilis kasar macam ni. Susah nak kunyah, liat sikit.

Dah cedok semua makanan, bawalah ke meja. Bayar di kaunter. Saya ambil nasi lemak lauk rendang kerang. Sedap pula rasa rendang kerang tu. Tak liat kerangnya. Tapi tak suka jenis ikan bilis kasar macam ni. Susah nak kunyah, liat sikit.
Nasi lemak dia macam kurang berlemak sikit. Tengok pun nampak kan. Tapi sambal dia sedap macam ada rasa pedas sikit. Okaylah sambal lulus.



Encik Suami ambil rendang ayam dan mak ambil daging rendang. Anak buah nasi lemak biasa. Dia dan nasi lemak berpisah tiada. Dialah orang pertama habis dulu. Lapar sungguh ek menunggu lama kat hospital tadi.
Kita rewards dia dengan nasi lemak. Air jus oren tu kena order di bahagian minuman. Segar tekak dapat minum air sejuk waktu panas. Sedap pula tu kan. Lajulah kita menyedut selepas makan.

Dah kenyang, senang hati. Jomlah kita pulang. Sempat lagi ambil gambar rumah kampung seberang jalan berdekatan nasi lemak Wanjo ni. Cantik seni bina rumahnya.

Alhamdulillah, misi berjaya makan nasi lemak Wanjo. Bolehlah ek bagi 4/5 bintang gitu.
10 Comments
Saya dah coba nasi lemak wanjo ini. Waktu itu makan dengan adik dan suami. Adik saya sukaaaa sangaaaaaat nasi lemak wanjo, tp kalau saya kurang sikiiit 😅.
ReplyDeleteLauk sedap sebemarnya, tp kurang suka sambal dia, Krn bagi saya manis 😅. Saya suka yg pedas.
Tp adik saya yg tak bisa pedas, memang suka jadinyaaa. Nak tambah pula makannya 😄.
Kita sama kalau bab nasi kandar kak. Saya tak suka kuah banjir. Jadi kalau makan nasi kandar saya selalu bilang di awal, kuah pisah. Krn rasa jadi bercampur kalau banjir begitu.
Lauk sedap, sambal dia okay pada saya. Mungkin dia dah upgrade ke pedas sikit kot Fanny.
DeleteKita geng tak suka makan nasi kuah banjir. hihi...
Jus oren tu nampak mengancam betul!
ReplyDeletePenat sungguh ye anak buah menunggu di hospital ye. Sambal nasi lemak tu nampak cantiklah.
Jus oren dia sedap kak Amie. Tak nyesal order. hihi...Itulah tu, dia bosan je tu bukan penat sangat. Bagi upah nasi lemak, terus tak bosan dah. Dah kenyang, taklah meragam. Sambal nasi lemak elok kejadiannya dan sedap.
DeleteSedapnya nasi lemak
ReplyDeleteAlhamdulillah....
DeleteMZ jrg mkn nasi lemak unless yg MZ masak sendiri..my ariff paling suka nasi lemak..selalu beli time bf or dinner (pasar mlm punya)
ReplyDeleteOhh...kalau di luar tak makan nasi lemak ye. Peminat nasi lemak mesti ada tempat favourite kan.
DeleteBetul tu Fiza, kalau pergi hari biasa memang untung pi Wanjo tu sebab senang sikit nak dapat parkir dan tak perlu bersesak sangat, akak biasa pergi awal pagi..kalau betul2 teringin la... Selain makanan yang sedap, seronok tengok pemandangan rumah kampung tradisional kat seberang jalan tu. Klasik dan cantik sangat seni binanya..lupa nama rumah tu...
ReplyDeleteNak pergi hari biasa tu yang payah tu kak. Alang-alang dah ada kat sana haritu, barulah dapat merasa. Ada nama ye rumah tu.
Delete