Mac 2026 | Hari raya kelima ke hospital pula kita. Teman Encik Suami untuk buat MRI di KPJ Seremban. Nak dijadikan cerita, sebelum ni dia ada rasa sakit lutut dan pergi jumpa doktor di klinik panel. Dari klinik panel refer ke hospital pula.

Lepas tu doktor di hospital sarankan buat X-ray dan MRI untuk tengok lagi details. X-ray dah buat masa jumpa doktor haritu. Kalini buat MRI pulak.

Doktor kata sakit tu punca dari kesan accident beberapa tahun yang lalu. Katanya lagi, bahagian lutut tu dah sembuh tapi tak sembuh dengan sempurna. Itu secara ringkasannya lah. Tulang bergesel ke macam mana entah. Kita pun tak faham sangat term-term sakit ni.

Selepas accident dulu ada je buat rawatan dan fisio. Dah bertahun lamanya tiba-tiba datang sakit lutut. Itu yang terus jumpa doktor klinik sampailah kena pergi hospital.

Lepas register, tunggu giliran pula. Tak lama menunggu, kena turun bawah ke bilik X-ray.

MRI di KPJ Seremban


MRI di KPJ Seremban
port bergambar seorang Fiza bila ke hospital

Bilik X-Ray di bawah sebelah emergency je. Tak jauh pun. Saya pun kalau appointment masuk dari emergency tu je dekat dengan parkir.

MRI di KPJ Seremban

Masuk pintu X-Ray berhadapannya dah nampak MRI Suite. Saya menunggu di luar dengan sabar. Lama juga processnya. Lebih kurang sejam lebih jugalah menunggu. MRI ni yang scan masuk terowong tu. Kita tengok pun seram dah.

MRI di KPJ Seremban

Lepas Encik Suami siap, kena menunggu lagi sejam resultnya. Tak silap sejam macam tu kot. Jomlah kita pergi makan dulu. Untuk details result tu kena jumpa doktor next appointment. 

Kita tak jangka akan jadi macam ni. Ingatkan dah sembuh sepenuhnya. Tapi sembuh tak sempurna pula. Semoga semuanya baik-baik je dan Allah permudah segala urusan kami. Aamiin...