Januari 2025 | Balik dari majlis kahwin di Bangi, singgah menjamu selera di Manshor Coffee pula. Biasanya di kenduri kahwin memang makan sikit je. Sesenduk nasi cukuplah. Lauk pun ambil sikit je.  Makan sekadar yang perlu. Yang penting hadir.

Nak sampai ke rumah tu, apakata kita makan dulu lah. Tu yang terus gerak ke Manshor Coffee. Teringin nak menjamu selera di sini sebab asyik bertangguh-tangguh je nak datang makan di sini. Katanya tiramisu best in town!. Masa ni tengah hype musim tiramisu.

Jomlah kita!

Menjamu Selera di Manshor Coffee Lavender Heights

Cantik interior designnya. Sangat luas dan selesa. Suka juga tengok segala perhiasan yang ada dalam Cafe Manshor Coffee ni. 

Menjamu Selera di Manshor Coffee Lavender Heights

Kita ni pantang nampak benda comel macam ni, mesti nak ambil gambar. Comel je decoration hiasan van dan kereta tu kan.

Menjamu Selera di Manshor Coffee

Sistem pesanan di sini menggunakan QR dan boleh terus proceed untuk buat bayaran. Senang macam tu. Tak kalut nak pergi kaunter.

Tak lama menunggu, pesanan minuman kami pun sampai. Encik suami pesan air honey lemon sejuk. Menyegarkan tekak betul air honey lemon ni. 

Honey lemon iced grande

Saya macam biasalah pilih Caffe latte. Tak jelas pula latte art tu bentuk apa. Bunga kot kan? Korang rasa bentuk apa? Sedap menghirup foam atas tu semasa sedang suam-suam. 

Caffe latte hot

Selain ruang ni, ada ruang sebelah yang ada kaunter. Di luar pun ada meja dan kerusi. Ada juga dalam khemah kalau nak lepak feeling macam berkhemah. Nampak tak sosok khemah kat luar tu.

Spacious and cosy Manshor Coffee Lavender Heights

Nampak tempting betul Spicy buttercream clams pasta dalam menu masa order tu. Dah sampai depan mata lagilah tempting. Malas nak makan nasi, makan pasta je lah ye. Sedapnya kuah sos pastanya lemak berkrim dan rasa pedas tu hilang muak. Kenalah dengan tekak kita yang suka pedas.

Clams pun segar. Ada taburan  sayur pucuk taugeh. Rangup walaupun nampak macam layu sikit.

Spicy buttercream clams pasta

Encik suami pesan nasi lemak buttercream crispy chicken. Nasi lemak buttercream? Alamak, terlalu modern sangat nasi lemak ni. Dulu macam pelik, sekarang dah macam-macam nama nasi lemak kan. 

Tak tahulah apa rasa dia, saya fokus makan makanan sendiri je kalini. Mungkin sebab tak rasa nak makan nasi kot sampai lupa nak jamah ayam atau sosnya. Encik Suami habis makan. Itu tandanya sedap dan mungkin boleh makan lah.

Nasi lemak buttercream crispy chicken

Hampir habis makan makanan utama, kami pesan tiramisu. Scan semula QR tadi dan tambah menu je. Tudiaa penuh topping cocoa powdernya.

Tiramisu Manshor Coffee Sedap

Licin terus. Tak tinggal sikit pun. Tinggal debu serbuk je tu. Maksudnya apa? Maksudnya sedap lah!. Boleh ulang makan disini sebab semua menunya sedap-sedap. 

Tiramisu Manshor Coffee Best in Town

Total semuanya RM70.30 tak termasuk tiramisu. Tiramisu harganya RM28.60. Saya lupa nak screenshot haritu.

Harga menu Manshor Coffee

Lokasi Manshor Coffee

Pusat Perdagangan, 105-G, Persiaran Lavender Heights 1, Taman Lavender Heights, 70450 Seremban, Negeri Sembilan.