Mei 2026 | Destinasi pertama kali di Pulau Pangkor adalah Masjid Terapung Al Badr Seribu Selawat. Tempat wajib singgah kalau ke Pulau Pangkor. Kami sampai di sini pukul 10.20 pagi. Tak ramai orang lagi datang berkunjung.
Cetusan idea pembinaannya bermula hasil perbincangan antara bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan Yayasan Restu, dengan tujuan membina sebuah masjid unik berkonsepkan 1,000 selawat.
Matlamatnya adalah untuk menggabungkan elemen Islamik dan warisan negeri Perak dalam seni bina yang menjadi tarikan umat Islam dan pelawat seluruh dunia.
Pembinaan bermula pada 7 Mac 2014 di bawah pengawasan Pejabat Daerah Manjung dan siap sepenuhnya pada Jun 2017. Masjid ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017. Ia turut mendapat pengesahan kaligrafi daripada Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Mufti Perak.
Keunikan masjid ini terserlah melalui hiasan lebih 1,000 selawat yang diabadikan dengan seni tangan kaligrafi halus di seluruh ruang dalaman. Ia disusun secara harmoni pada panel, dinding dan tiang masjid. Proses penyediaan kaligrafi ini mengambil masa bertahun lamanya sebelum siap sepenuhnya, termasuk diterbitkan dalam buku khas berjudul Masjid al-Badr, Meneliti Keindahan 1,000 Selawat.
Hiasan dalaman masjid ini turut menampilkan ukiran kayu bermotif bunga kertas dan bunga kelumpang – dua tumbuhan sinonim dengan identiti negeri Perak. Selain itu, lampu gantung tembaga turut diukir dengan motif selawat, hasil rekaan halus oleh Yayasan Restu. Reka bentuk ini mempamerkan gabungan warisan Perak dan seni Islamik Timur Tengah.
Masjid ini mampu menampung lebih 1,000 jemaah dan mula beroperasi pada awal Februari 2017. Ia berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga pusat komuniti, dakwah, kebajikan dan pembelajaran Islam. Pelbagai program seperti kuliah subuh, tazkirah, Yasinan, mosque tour, serta program kebajikan melalui Bait Al-Rizq diadakan secara berkala.
Selain menjadi tumpuan umat Islam, masjid ini juga mesra pelawat bukan Islam dan menjadi pusat dakwah harmoni, sejajar dengan prinsip rahmatan lil-‘alamin.
— sumber dari : www.masjidalbadrseribuselawat.com
Waktu berkunjung boleh rujuk dalam gambar di bawah. Ada diletakkan di pintu pagar masjid. Boleh masuk dalam masjid pada waktu yang ditetapkan.
Pukul 10 lebih tapi macam pukul 12 tengah hari rasa panas dia. Ambil gambar dari tepi jalan ni papan tanda Teluk Baharu.

Cahaya matahari belakang masjid, jadi nampak kelam sikit gambar masjid tu dalam gambar. Apa yang dapat kami ambil je lah. Nak cari angle sesuai jenuh juga tengah panas.

Dari luar nampak cantik seni bina masjid ni. Ada laluan pintu gerbang menuju ke dalam masjid. Kami hanya jalan sampai sini dan bergambar di luar sahaja. Dulu kalau sebut masjid terapung mesti ingat masjid di Terrengganu. Sekarang dah banyak masjid terapung di Malaysia.

Bergambar laju-laju di tengah panas dan terus gerak untuk ke destinasi lain pula. Depan masjid ni ada gerai jualan makanan dan minuman. Agak-agak lapar ke haus ke bolehlah singgah membeli.


Masjid Al Badr Seribu Selawat
Dikenali juga dengan nama Masjid Terapung Pangkor, terletak di Kampung Teluk Gedong, Pulau Pangkor, Perak. Masjid ini merupakan masjid terapung pertama di negeri Perak dan menjadi mercu tanda penting serta tarikan pelancongan utama di Pulau Pangkor.Cetusan idea pembinaannya bermula hasil perbincangan antara bekas Menteri Besar Perak, Dato’ Seri DiRaja Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan Yayasan Restu, dengan tujuan membina sebuah masjid unik berkonsepkan 1,000 selawat.
Matlamatnya adalah untuk menggabungkan elemen Islamik dan warisan negeri Perak dalam seni bina yang menjadi tarikan umat Islam dan pelawat seluruh dunia.
Pembinaan bermula pada 7 Mac 2014 di bawah pengawasan Pejabat Daerah Manjung dan siap sepenuhnya pada Jun 2017. Masjid ini dirasmikan oleh DYMM Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada 8 Jun 2017. Ia turut mendapat pengesahan kaligrafi daripada Jabatan Agama Islam Perak dan Jabatan Mufti Perak.
Keunikan masjid ini terserlah melalui hiasan lebih 1,000 selawat yang diabadikan dengan seni tangan kaligrafi halus di seluruh ruang dalaman. Ia disusun secara harmoni pada panel, dinding dan tiang masjid. Proses penyediaan kaligrafi ini mengambil masa bertahun lamanya sebelum siap sepenuhnya, termasuk diterbitkan dalam buku khas berjudul Masjid al-Badr, Meneliti Keindahan 1,000 Selawat.
Hiasan dalaman masjid ini turut menampilkan ukiran kayu bermotif bunga kertas dan bunga kelumpang – dua tumbuhan sinonim dengan identiti negeri Perak. Selain itu, lampu gantung tembaga turut diukir dengan motif selawat, hasil rekaan halus oleh Yayasan Restu. Reka bentuk ini mempamerkan gabungan warisan Perak dan seni Islamik Timur Tengah.
Masjid ini mampu menampung lebih 1,000 jemaah dan mula beroperasi pada awal Februari 2017. Ia berfungsi bukan sahaja sebagai pusat ibadah, tetapi juga pusat komuniti, dakwah, kebajikan dan pembelajaran Islam. Pelbagai program seperti kuliah subuh, tazkirah, Yasinan, mosque tour, serta program kebajikan melalui Bait Al-Rizq diadakan secara berkala.
Selain menjadi tumpuan umat Islam, masjid ini juga mesra pelawat bukan Islam dan menjadi pusat dakwah harmoni, sejajar dengan prinsip rahmatan lil-‘alamin.
— sumber dari : www.masjidalbadrseribuselawat.com
![]() |
| bukan moitor kami |
Waktu berkunjung boleh rujuk dalam gambar di bawah. Ada diletakkan di pintu pagar masjid. Boleh masuk dalam masjid pada waktu yang ditetapkan.
![]() |
| ada penjaga di sini |
Pukul 10 lebih tapi macam pukul 12 tengah hari rasa panas dia. Ambil gambar dari tepi jalan ni papan tanda Teluk Baharu.

Cahaya matahari belakang masjid, jadi nampak kelam sikit gambar masjid tu dalam gambar. Apa yang dapat kami ambil je lah. Nak cari angle sesuai jenuh juga tengah panas.

Dari luar nampak cantik seni bina masjid ni. Ada laluan pintu gerbang menuju ke dalam masjid. Kami hanya jalan sampai sini dan bergambar di luar sahaja. Dulu kalau sebut masjid terapung mesti ingat masjid di Terrengganu. Sekarang dah banyak masjid terapung di Malaysia.

Bergambar laju-laju di tengah panas dan terus gerak untuk ke destinasi lain pula. Depan masjid ni ada gerai jualan makanan dan minuman. Agak-agak lapar ke haus ke bolehlah singgah membeli.

Tak jauh dari masjid, kami berhenti bawah pokok tengok peta nak kemana dulu. Ayuh kita luncur!

Bersambung...


24 Comments
cantik sungguh masjid ni
ReplyDeleteCantik seni binanya kan.
DeleteWahhh... Nampak sangat Leya dah lama tak ke Pangkor... Dulu masa ke sana, belum ada lagi Masjid Terapung ni. Nampaknya kena teroka semula Pulau Pangkor ni. Cantik sangat suasana dan ukirannya
ReplyDeleteOh ye ke? Tanda-tanda kena datang lagi tu Kak Leya. hihi...
Deleteoh my, cantiknyaaa kedudukan masjid tu. plus photo u snap mmg semua cantik.
ReplyDeleteKedudukan masjid memang cantik dah. Terima kasih Sya.
DeleteUniknya ada letak 1000 selawat dalam masjid. Cantik pemandangan.
ReplyDeleteYa, unik. Permandangannya pun cantik sangat.
DeleteCantiknya masjid terapung. Semua cantik.
ReplyDeleteSemua sudut nampak cantik kan.
Deletecantik masjidnya.. macam kedudukan masjid terapung bagan datuk je.. ada jambatan sikit sebelum ke main building
ReplyDeleteCantik sangat. A'ah masa tengok Linda share tu pun macam lebih kurang je kan.
Deletecantik masjidnya, tak perasan pulak kewujudan masjid ni masa pergi dulu. kami cuma singgah di masjid cina tu je
ReplyDeleteMungkin masih baru lagi kot Ammi masjid ni.
DeleteMemang mercu tanda yang sangat indah di Pulau Pangkor! Bertuah dapat singgah waktu tak ramai orang lagi, Masa akak pi dulu macam blom ada lagi Masjid ni... siap ada gerai makanan kat depan untuk penyejuk tekak lepas panas-panas.
ReplyDeleteMasih baru lagi kot masjid ni. Ammi pun cakap tak jumpa masjid ni dulu. Bagus juga ada gerai depan tu. Kalau lapar ke haus ke bolehlah membeli buat alas perut.
DeleteBaguuuus memang arsitektur nya 😍😍. Apalagi terapung begini dibuat. Harap2 saya bisa lihat mesjid terapung yg di Terengganu juga pas Desember kesana.
ReplyDeleteTp yg dipulau pangkor ini pun teringin nak lihat suatu hari nanti
Ohh Disember nanti Fanny ke Terengganu ye. Seronok tu. Boleh explore dan pergi banyak pantai menarik juga.
DeleteAda rezeki nanti boleh explore Pangkor juga.
dulu dekat area kedai makan depan masjid ni ade kedai jual nasi lemak dengan gulai ikan gelama. bile pergi lagi dalam 2 tahun lepas dah takde plak
ReplyDeleteBetul-betul seberang jalan depan masjid ke? Macam hanya ada gerai je. Tak perasan pulak ada kedai makan. Ke memang takde dah.
DeleteHaaa betul²... sekarang banyak dah masjid terapung dengan seni bina yang menarik.
ReplyDeleteKami pernah sampai sini, sempatlah solat jemaah Asar masa tu kebetulan sudah masuk waktu.
Ya, dah banyak negeri ada masjid terapung. Seni bina pun cantik dan menarik. Alhamdulillah. Sampai tepat pada masanya.
DeleteRasanya masa kali terakhir pergi belum ada lagi Masjid Terapung ini.
ReplyDeleteNampaknya macam dah lama tu. Bolehlah rancang bercuti lagi ke Pangkor.
Delete