Mei 2026 | Masih ada masa lebih kurang 1 jam lebih lagi je di Pulau Pangkor. Kami teruskan perjalanan dari Teluk Dalam Lookout Point ke Masjid Al Khairiyah atau lebih dikenali dengan Masjid 1000 doa. Juga dikenali dengan Masjid Cina di Pulau Pangkor.
Uniknya Masjid ini menampilkan seni bina tradisional dari negara China yang menggabungkan motif Oriental dan unsur ketimuran negara itu sendiri. Pada setiap dindingnya dipenuhi dengan ukiran dan tulisan doa-doa dari Al-Qur'an dan hadith.Asalnya struktur kayu tapi kemudian di bina semula dengan struktur batu-bata dan kini menjadi tarikan utama di Pulau Pangkor.
Itu secara ringkasnya tentang masjid ni.



Kami tak masuk ke dalam masjid. Hanya ambil gambar dari luar dan tak turun dari motor pun. Kalau masuk dalam masjid, dapatlah tengok keindahan seni bina dalam masjid.
Kami tak cukup masa nak explore setiap tempat. Semua kejap-kejap je, touch n go gitu kaedahnya.

Kemana kami selepas ini? Jom sambung jalan lagi.
Bersambung...
20 Comments
cantik sgt designnya!
ReplyDeleteYe, setuju!
DeleteMemang unik bentuk masjid ni dari luar.. memang nampak sangat masjid cina nya tu.
ReplyDeleteKann..Dalamnya mesti lagi banyak sudut menarik.
Deleteuniknya masjid ni fiza..sy pertama kali tahu dan pertama kali juga tengok masjid dihiasi seribu doa
ReplyDeleteSangat unik. Saya pun pertama kali sampai cuma tu lah tak sempat nak masuk dalam.
Deletesamalah macam ammi haritu, semuanya touch n go je sebab risau tertinggal ferry balik ke darat.
ReplyDeleteTerpaksalah macam tu kan. Melainkan kalau stay lama kat situ, bolehlah lama-lama sikit pergi satu-satu tempat tu.
DeleteHari itu baca Aphizha pergi Masjid 1000 Selawat, yang ini 1000 Doa. Moga Aphizha dapat datang P.Pangkor bermalam dan dapat tengok semua tempat betul-betul. Amin.
ReplyDeleteAamiin...semoga ada rezeki kak Wina juga sampai sini.
DeleteTerima kasih Kak Wina.
Mcm masjid Cina dekat Melaka.. tapi yang tu pun Linda tak pernah pergi..hihihi
ReplyDeleteA'ah kan. Warna tu lebih kurang. Hihi..takpe, ada rezeki nanti² boleh pergi.
DeleteAlhamdulillah pernah solat jumaat di sini sekali beberapa tahun lepas.. Memang cantik ada seribu doa dan selawat kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki dapat solat di masjid ni. Masjid memang cantik. Saya hanya berkesempatan ambil gambar dari luar je. Tak sempat nak explore dalam masjid.
DeleteMesjid2 China di luar china ini mirip2 yaaa.krn mesjid china di Jakarta yg saya dah datangi, mirip begitu juga arsitektur nya. Warna dominan merah, hijau dan emas. Bulatannya sama. 😄
ReplyDeleteSaya pun rasa begitu. Lebih kurang je designnya kan.
Deleteoooo ada masjid cina ya kat sini
ReplyDeletebaru tau
yg sy tahu kat ipoh ada sebuah
kiranya kat perak je dah ada 2 buah masjid cina
Ya, ada! Mesti tempat lain pun ada juga kan Anies.
DeleteSenang juga naik motor, boleh cover banyak tempat.
ReplyDeleteMasa kami pergi dulu kena sewa 2 van sebab ramai.
a'ah senang nak kesana sini. Kalau ramai lagi senang sewa van je. Nanti motor boleh juga kena sewa banyaklah tapi.
Delete