Januari 2026 | Bila hujung minggu macam jarang masak di rumah. Cari makan di luar je lah senang. Alang-alang ada kat luar, jomlah kita makan malam di Secret Recipe Seremban Centerpoint.

Buat pesanan dengan scan QR code di meja. Encik Suami pilih jus oren. Sedap tak manis sangat. Segar tekak dapat minum jus oren dari buah sebenar. Bukan kordial.

Makan Malam di Secret Recipe Seremban Centerpoint

Saya pula pesan hazelnut latte. Macam lama eh tak pesan hazelnut latte. Sekarang asyik latte, latte dan latte je. Cut sugar kononnya. Sesekali bolehlah kita ber hazelnut latte.

Makan Malam di Secret Recipe Seremban Centerpoint

Kalau makan di Secret Recipi, inilah menu favourite saya. Pasta linguini. Spicy seafood medley pasta nama menunya. Sila cuba, memang sedap! Itu yang repeat buat kali kedua. Haritu meriah kacang buncisnya. 

Masa birthday husband haritu, dapat kacang dua potong je. Seafood fresh. Udang pun dah siap-siap buang kulit, senang nak makan.

Makan Malam di Secret Recipe Seremban Centerpoint

Encik Suami dan buttermilk berpisah tiada. Buttermilk chicken chop jadi pilihan. Ayamya cripsy tapi isi dalamnya lembut dan juicy. Kena pula tu dengan sos buttermilk yang creamy.

Makan Malam di Secret Recipe Seremban Centerpoint

Kenyang rasa makan sepinggan pasta tu. Walaupun nampak sikit tapi cukup mengenyangkan. Perut kecil tak muat nak sumbat banyak kot. Itu yang cepat kenyang. Atau mungkin jenis makan sikit dah kenyang. Tapi berat idok ler turunnya. Statik gitu je.

Secret Recipe di Seremban Centerpoint ni macam masih baru lagi bertapak. Tahun lepas mungkin? Pernah beli kek je dari sini. Pertama kali dine in. Ruang makan luas jugalah. Selesa dan service pun bagus.