Disember 2025 | Maaf, saya masih stuck tahun 2025. Banyak cerita terbengkalai yang belum masuk blog lagi. Lama sangat menyepi kan. Begitulah jadinya. Walaupun dah basi tak berbau, tetaplah nak masuk blog juga buat simpan cerita.
Rasa macam dah lama tak makan nasi minyak. Bila ada jemputan kenduri kahwin ni, kita apa lagi. Tak sabarlah nak datang ke majlis. Majlis ni kena pergi sebab kedua-duanya kawan kerja Encik Suami dan majlis ni diadakan sebelah pihak pengantin perempuan.

Dari Seremban kita ikut Rembau. Walaupun senegeri tapi jauh tu boleh tahan juga. Mungkin sebab jarang ke Tampin, itu yang rasa macam jauh tu kot. Nampak banner ni rasa legalah sikit dah sampai ke destinasi.

Sesampai je di majlis, pengantin tengah makan. Jadi, kita makan dululah dengan geng-geng Encik Suami yang dah sampai dulu. Bila sesi bergambar barulah dapat ambil gambar pengantin. Cantik baju pengantin.


Dari Seremban kita ikut Rembau. Walaupun senegeri tapi jauh tu boleh tahan juga. Mungkin sebab jarang ke Tampin, itu yang rasa macam jauh tu kot. Nampak banner ni rasa legalah sikit dah sampai ke destinasi.

Sesampai je di majlis, pengantin tengah makan. Jadi, kita makan dululah dengan geng-geng Encik Suami yang dah sampai dulu. Bila sesi bergambar barulah dapat ambil gambar pengantin. Cantik baju pengantin.
Bijak pilih warna contra dengan tema pelamin. Barulah nampak pengantin. Plus, warna beige ni sesuai sangat dengan bunga tema maroon tu. Itu pada pendapat sayalah.

Alhamdulillah..tahniah buat pengantin. Semoga terus berbahagia sampai syurga bersama. Terima kasih menjemput kami suami isteri ke majlis kalian.
Saya tak OOTD, tak bergambar dengan pengantin, tak ambil gambar makanan, tak ambil gambar doorgift. Tak tahu kenapa haritu rasa berat tulang nak ambil gambar. Kadang macam tu agaknya kan. Padahal kita ni suka je ambil gambar. Mungkin tak ada mood juga masa tu. Sedih belum susut.
8 Comments
Ada masanya kita memang 'berat tulang' nak pegang phone ambil gambar kan, Fiza? Kadang mood nak layan suasana santai dengan famili & kawan-kawan tu lagi tebal, sebab tu akak kalau pi kenduri kahwin kena bawak dania..dia akan tolong amik gambar moment2 penting utk mama dia..hehehe... Tak apa, janji dapat simpan memori datang kenduri ni dalam blog walaupun cerita hujung tahun lepas, tetap syok baca
ReplyDeleteKadang segan pun ye. Melainkan kalau ada yang kenal tu lain ceritanya. Senang macam tu kak ada photographer tak kalut nak ambil gambar sendiri. Bolehlah jadi modal untuk blog.
Deletesetujuuu. bila baju pengantin warna soft, pelaminnya kena warna yg kontra. baru tak tenggelam bila ambil gambar :D
ReplyDeleteKann..warna kena contra baru nampak menonjol pengantin tu. Pandai pengantin pilih warna.
DeleteMZ pun jrg2 posing2 kat wedding unless memang close family..if MZ attend my colleagues punya wedding anak2 diaorg, memang jrg lah posing2 sbb memang fokus mkn ajer
ReplyDeleteHihi..faham. Kadang ikut mood kita jugak kan.
Deleteyelah masa itu Fiza mesti masih dalam fasa kehilangan.
ReplyDeleteYe, mood tu masih sejuk lagi. Suam pun tak sampai lagi.
Delete