Masih lagi cerita bulan Disember 2025. Banyak betul cerita tertangguh. Maafkan saya menyepi terlalu lama. Sedang mengumpul semangat untuk kembali aktif.
Dalam perjalanan balik rumah dari janji temu di KPJ, singgah membeli kek lapis Kak Ell pula. Sebelum ni pernah membeli online. Rasa macam malas pula nak beli online sebab tak jauh pun dari rumah. Jadi, kita walk in je. Boleh makan terus.
Cumanya kalau beli online tu kadang ada diskaun atau dapat free gift. Masa beli kek lapis online saya sepatutnya saya dapat free gift kek lapis juga tapi sebab dah habis stok kek lapis, dapatlah sambal sebekas.
Disebabkan kek lapis tu sedap, kita pun ulanglah membeli. Alang-alang dah keluar rumah tu, jomlah kita walk in je.



Tak pasti sekarang ada jual lagi ke tidak. Dia macam bermusim pula. Haritu macam viral juga kek lapis Kak Ell ni.
Cumanya kalau beli online tu kadang ada diskaun atau dapat free gift. Masa beli kek lapis online saya sepatutnya saya dapat free gift kek lapis juga tapi sebab dah habis stok kek lapis, dapatlah sambal sebekas.
Disebabkan kek lapis tu sedap, kita pun ulanglah membeli. Alang-alang dah keluar rumah tu, jomlah kita walk in je.

- Kek lapis loaf cheese (RM13.90)
- Kek lapis lapis premium cheese loaf x2 (RM25/each)
- Kek lapis cempedak klasik (RM45)
Harga dia yang cempedak dan premium tu agak pricey sikit tapi berbaloilah dengan rasa dia. Menggunakan butter premium, harga premium dan harganya pun premium. Bau butter dan cheese tu sedap betul ye.

Yang jenis loaf ni sekali hadap pun boleh habis. Tapi saya potong kecil-kecil dan berjimat-jimat makan. Punyalah tak nak habiskan cepat. Dia punya lapisan kek tu tebal. Lembut dan gebu. Yang premium cheese tu macam muak sikit kalau makan banyak-banyak sekali. Kena makan sikit-sikit.
Kek lapis cempedak ni paling mahal lah. Ini baru klasik tau, yang paling murah. Belum lagi yang lain, lagi mahal harganya. Sangat premium gitu. Yelah, kek lapis mana ada yang murah. Nak buat pun payah. Tengok je lah lapisan dia tu berapa lapisan pula kan.

Isi cempedak dia pun banyak dan sedap manis. Pendek kata, memang sedaplah dan tak menyesal beli. Nak buat rasa-rasa bolehlah. Nak membeli selalu tu tidaklah. Kalau teringin tu bolehlah. Tapi tengok sekarang dah tak ada dah Kak Ell juga di TikTok.
Tak pasti sekarang ada jual lagi ke tidak. Dia macam bermusim pula. Haritu macam viral juga kek lapis Kak Ell ni.
12 Comments
Aiiiih di manalah kalau nak beli ini saat di KL yaaa. Saya sukaaa kue lapis. Di Indonesia pun ada. Tp teringin nak Cuba yg Malaysia punya , Krn rasa cempedak tuh baru lihat. Di sini tak ada rasa itu
ReplyDeleteDi KL saya tak pastilah Fanny. Yang ni saya tak pasti juga masih ada ke tidak. Macam dah lama tak nampak Kak Ell promote kek lapis ni.
DeleteJusttifylah harga kek lapis cempedak tu sebab harga cempedak memang mahal. Berlapis2 pula! Memang jadi pilihan yang premium untuk pengguna.
ReplyDeleteBetul, kira setaralah harganya dengan rasanya tu. Betul-betul premium, tak tipu.
DeleteRasa dah lama sangat tak pekena kek lapis ni.. nak kena terbang ke sarawak ni huhuu :D
ReplyDeleteKek lapislah lagilah banyak pilihan kan. Sekarang di semenanjung pun dah ramai orang jual kek lapis. Kalau semata-mata terbang untuk kek lapis macam lagi besar modalnya tu. hihi...
DeleteSetuju sangat Fiza, kek lapis memang tak ada yang murah sebab nak membuatnya tu renyah betul, selapis demi selapis. Tapi kalau jenis guna premium butter dengan isi cempedak yang meriah macam ni, memang berbaloi bayar lebih sesekali untuk layan tekak. Tengok lapisan dia pun nampak kemas dan lembap betul...kadang suka gak tengok celoteh Kak Ell tu...
ReplyDeleteYee kak, tengok orang buat pun dah rasa renyah. Berpatutanlah harga tu dengan modal besar dan susah payah nak buatnya. Kek lapis kak Ell memang sedap kak. A'ah, suka juga dengan berceloteh. Macam-macam produk dijualnya. Suka juga tengok dia masak.
Deletetak pernah rasa kek lapis perisa cempedak lagi. asyik2 coklat jee hehe.
ReplyDeleteuniknya perisa cempedak :D
Kot jumpa ada orang jual kek lapis cempedak, bolehlah membeli dan rasa. Tak tahu lah Kak Ell ni jual lagi ke tidak. Boleh je beli online. Uniknya rasa dia lain dari yang lain.
DeleteAmmi pun selalu terliur je kalau tengok si Ell ni promote kek lapis dia tapi mcm mahal la pulak.
ReplyDeleteTahun lepas, masa ammi beli kopi dia...staff dia tersalah hantar kat ammi. Instead of coffee dia hantar satu balang almond london. Gila arrrr kopi tu dahlah harga 70. ammi message semula kat tiktok dan dorang hantar semula order yang betul...dan almond london tu memang dia kata tak perlu return semula...dia ikhlaskan. Tapi memang sedap kuihnya tu...rezeki jugalah bila dorang silap hantar
Kak Ell kalau promote macam-macam buat kita rasa nak beli je. Dia masak pun kita macam nak follow sekali. Semua masak tak kedekut bahan. kira rezeki Ammi lah dapat juga merasa cookies sedap. Lagipun dia pemurah kan. Rajin infaq makanan juga. Tu yang melimpah² rezekinya.
Delete