Sejak asyik ke KPJ je, tak sah kalau tak singgah ke Kedai Kopi Cengkih. Boleh dikatakan kedai makan favourite lah di sini. Ada juga beberapa kali singgah menu makanan dah habis. Ikut nasiblah. Kalau ada rezeki, ada. Kalau tidak, tak adalah.
Lepas jumpa doktor, sebelum balik singgah nak membeli makanan tengahari. Malas nak menyinggah kedai lain. Alang-alang dah ada kat dalam KPJ ni, kita beli kat sini je lah.



Nasi lemak bungkus sedap dengan aroma daun pisang dan sambal pun sedap. Tak ingat dah pedas ke tidak ek. Dah lama cerita ni, bulan Disember haritu. Mana nak ingat dah tentang rasa. Yang pastinya sedap.


Lepas jumpa doktor, sebelum balik singgah nak membeli makanan tengahari. Malas nak menyinggah kedai lain. Alang-alang dah ada kat dalam KPJ ni, kita beli kat sini je lah.

Interior design Kedai Kopi Cengkih gaya kedai kopi kopitiam. Suka tengok gabungan warna hijau dan coklat. Meja dengan jarak yang selesa dan lebih privacy. Boleh tenang-tenang je makan di sini. Saya tak pernah lagi dine in. Biasa beli bungkus je.

Tengok macam banyak lagi. Mungkin sebab awal lagi kami datang. Alhamdulillah...Rezeki kami. Nasi lemak bungkus ni terpaling laris. Kadang kecewa datang tengok rak kosong.

Nasi lemak bungkus sedap dengan aroma daun pisang dan sambal pun sedap. Tak ingat dah pedas ke tidak ek. Dah lama cerita ni, bulan Disember haritu. Mana nak ingat dah tentang rasa. Yang pastinya sedap.

Hasil persinggahan kami, dapatlah beli nasi lemak bungkus, mi kari dan soto. Soto dan mi kari dah kali kedua beli. Masa sebelum second surgery haritu sempat jugalah makan mihun goreng dan jamah soto sikit.
Yang penting semua menu ni, rasa tu kena dengan tekak saya dan encik suami. Itu yang ulang membeli. Mungkin juga kena dengan selera orang lain. Sebab macam selalu cepat habis je.

Alhamdulillah. Allah bagi nikmat rasa makanan yang sedap-sedap. Janji temu bulan ni dapatlah membeli lagi kalau ada rezeki. Berdebar-debar nak jumpa doktor medical ni. Doktor mata bulan November nanti.
Kalau semata-mata nak membeli makanan, memang tidaklah kami ke KPJ nun. Ada urusan barulah singgah sekali. Alang-alang kannn...
16 Comments
dah petang2 nampak nasi lemak ni terus terliur...
ReplyDeleteTakpe, boleh cari esok pagi buat sarapan. Petang-petang jarang ada nasi lemak bungkus kan.
DeleteMoga cepat sembuh
ReplyDeleteAlhamdulillah..so far baik-baik sahaja. Terima kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
DeleteKedai Kopi Cengkih ni dalam KPJ ke? Tak patut betul dia letak harga macam tu, kenapa murah sangat, dah la sedap, tempat cantik. Patutlah makanannya cepat habis. Suka tengok cafe gaya Kopitiam macam ni, tau.
ReplyDeleteYe, dalam KPJ. Tulah, cepat habis biasanya. Kalau ada banyak camni kira rezeki lah boleh beli macam-macam. Kann..cantik kedai kopitiamnya pun.
DeleteMenarik pulak tengok nasi lemak bungkus daun pisang tu.
ReplyDeleteNasi lemak bungkus daun pisang memang menarik perhatian kita kan. Kalau ada mesti nak beli punya kan.
DeleteKalau nasi lemak bungkus daun sayapun sukaaa kak. 😍😍. Kalau ketemu pasti beli. Kemarin puas hati lah bisa beli nasi lemak sambal paru sedap dekat hotel tempat saya stay di KL.
ReplyDeleteYa, semua suka nasi lemak bungkus daun pisang. Kerana aroma daun pisang pun buat tambah lagi sedap dan berselera makan. Wahh mesti berselera Fanny makan. Maaf, tak tahu pun Fanny datang Malaysia. Tak ada rezeki lagi kita berjumpa. Di lain kali nampaknya.
DeleteNampak menarik juga kedai kopi cengkih ni.. boleh la try kalau terserempak nanti :D
ReplyDeleteYa, kalau ke Seremban boleh singgah di KPJ ni. Kedainya dalam KPJ.
DeleteCantiklah interior design Kedai Kopi Cengkih ni, vibes kopitiam hijau coklat tu nampak tenang dan eksklusif. Bagus ada kedai makan yang menu ngam dengan selera macam ni kat dalam hospital, sekurang-kurangnya kurang sikit rasa stress atau bosan sementara nak tunggu urusan selesai, kan?masa akak check up hari tu bulan 5, Santan dah takde..x sangka tukar cengkih sebab sblom tu mmg kosong dan xde interior macam ni...x sabar nak pi check up bulan 8 nanti..nak explore plak...
ReplyDeleteBetul tu. Senang nak membeli makanan, tak perlu keluar tempat lain dah. Oo ni tapak kedai santan lah ye. Saya tak pernah pulak nampak santan. Sejak pergi sana memang dah jumpa kedai kopi cengkih ni. Nanti akak trylah makan kat sini pulak. Kot kena dengan selera juga.
Deleteni kat KPJ Seremban ke? Apsal masa Alip masuk ward (tahun 2023) ammi tak perasan ek?
ReplyDeleteYe, betul. Kalau baca kat komen Kak SA kat atas tu katanya sebelum ni santan. Saya pulak tak pernah nampak santan. Maksudnya betul lah tu santan ganti kedai kopi cengkih.
Delete