Februari 2026 | Usai solat Maghrib dan bersiap-siap untuk keluar. Okay, tema warna kuning, krim dan beige. Kalau ambil gambar malam nampak cerah lah sikit kan kononnya.

Kami bercandang nak makan nasi lemak wanjo kampung bharu. Tapi terpaksa patahkan hasrat tu sebabnya jem. Nak masuk situ pun beratur kenderaan. Kami keluar dari hotel pun dah jem hampir 15 minit.

Jomlah kita ke Petronas Twin Tower pula. Sesekali lepak kat situ macam best juga. Kali kedua dikecewakan sebabnya ramai nau umat manusia. Bila dah ramai confirmlah tak ada parkir. Malas nak menapak jauh.

Lepas tu nak pergi Saloma Bridge, ramai juga orang dan parkir penuh. Maka, baliklah semula ke hotel. Makanan pun tak dapat beli sebab tak ada parkir. Nak makan bungkus je pun tak jumpa parkir kosong. Penat berpusing sana-sini. Habis masa cari parkir je lah.
Sudahnya dalam perjalanan balik ke hotel. Kami beli je makanan by Grabfood. Nanti sampai hotel taklah menunggu lama lagi. Saya tak ingat dah beli apa masa tu. Tak lama masuk bilik, rider Grabfood dah sampai bawah.

Lepas makan layan permandangan luar bilik. Masih meriah dengan cahaya lampu sana-sini. Kedua-dua menara meriah dengan warna merah, biru, kuning dan putih.

Selepas jam 12 tengah malam, tutup sudah lampu di menara. Kita pun tutup langsir. Masa untuk berehat. Cantik permandangan luar waktu malam dari bilik Junior Suit Tamu Hotel & Resort Kuala Lumpur ni.

Makan makan dekat nak lewat malam jugalah. Gara-gara jem, semua perancangan tak menjadi. Begitulah Kuala Lumpur di malam minggu. Next time kena menginap di hotel dekat-dekat Petronas Twin Tower tu senang jalan kaki je.

Lepas makan layan permandangan luar bilik. Masih meriah dengan cahaya lampu sana-sini. Kedua-dua menara meriah dengan warna merah, biru, kuning dan putih.

Selepas jam 12 tengah malam, tutup sudah lampu di menara. Kita pun tutup langsir. Masa untuk berehat. Cantik permandangan luar waktu malam dari bilik Junior Suit Tamu Hotel & Resort Kuala Lumpur ni.

Sesekali kita berpeluang melihat permandangan dari aras atas. Pintu gerbang Kampung Bharu pun dah lengang. Jalan pun dah sunyi sikit. Nampak macam dekat. Kalau awal-awal tadi jalan kaki ke sana, dapatlah makan nasi lemak wanjo. Tapi apa nak buat dah terlepas pun. Adalah hikmahnya tu.
34 Comments
memang stress bab2 jem dlm KL tu...city never sleeps kan gitu
ReplyDeleteItulah tu. Dimana-mana jem, lagilah on weekend.
DeleteTiga kali dikecewakan kerana tiada parkir. Nak bungkus makanan pun tak dapat, apalagi nak dine in. Mujur boleh pesan makanan di GF, bergeliga terfikir untuk pesan siap², tak perlu menunggu lama makanan dihantar. Okey jugak tu makan dalam bilik hotel, sejuk sikit banding makan di Nasi Lemak Wanjo, hihi. Suka duduk Tamu Hotel lagi-lagi dapat bilik mengadap Menara KL dan KLCC.
ReplyDeleteKecewanya berkali-kali dikecewakan. huhu...Yelah kan, kita sejukkan hati dalam bilik je lah. Nasib baiklah ada view lawa.
DeleteLama betul tak meronda area KLCC malam hari. Cantiknya view semua foto Fizah ambil. Thanks for sharing.
ReplyDeleteKalau balik ke Putrajaya bolehlah lajak ke KL pula sekali sekala.
DeleteTerima kasih.
Sama²
Bukan KL laaa kalau tak jem kann..
ReplyDeleteTapi di Johor ni pun ermmm dah sama naik macam di KL..
Jalan weekdays pun jemmm
Itulah tu. Jem sana sini. Haa ye jugak kan. Sana pun sama sibuk dengan kL
DeleteAwak stay area mana tu? Gi hari keje ke ? Kita pun jarang g area kg baru hari keje .mmg pengsan la nak g situ time² org blk keje. Kg baru ni sesuai pagi² wiken je hehe klu nak g malan kena lewat² mln .. patut awak parking kat spital kg baru tu je. Situ bole je parking..
ReplyDeleteTamu hotel. Dekat je bawah tu kampung bharu. Keluar dari hotel pun jem. huhu...sabar je lah. Ohh parkir kat hospital apa entah nama dia ek. Kecil je kan hospital tu.
DeleteYe btul depan tu ada hospital kan... bole park situ n jalan kaki je sekitar.. tp awak dsh kt tamu tu pun patut x yah drive dah.. lintas jalan je dh bole explore kg baru heehe
DeleteHahaha..Itulah tu, dalam bilik pun nampak kampung baru dah. Malam tu nak ke tempat lain jugak, tu yang kena hadap jem tu bawa kereta. huhu...next time lah kita jalan kaki je.
DeleteStay dekat Tamu ke? Jalan kaki je Fiza lain kali, walking distance je dgn port nasi lemak tu kan ... Tapi itulah Akk pun dah lama tak ke Kg Baru, mgkn byk perubahan skrg ni
ReplyDeleteYe, betul. Nampak macam dekat je. Tapi tulah nak pergi sekali tempat lain cerita dia. Tak tahulah pulak sesesak macam tu sekali..huhu...
DeleteKalau bercuti di KL, akak suka jalan kaki je ke mana². Itu yang kena pilih hotel dekat tempat makan yang kita nak. Cantik suasana malam di KL. Tapi orang ramai sana sini.
ReplyDeleteSebab haritu nak ke tempat lain. Itu yang terus naik kete je. Next time kena study dulu tempat² nak pergi tu kan. Ya, suasana KL yang sentiasa hidup. Meriah orang sana sini.
DeleteMatching² colour ..sweetnya ..
ReplyDeleteCantiknya view malam ..cahaya lampu begemerlapan
Memang suka pakai matching² colour. hihi..View malam KL memang cantik. Tak dinafikan.
DeleteKaca kamar hotel ini memang best yaa. Saya paling sukaaa kalau dpt yg besar dan bisa seluruh badan. Nak make up JD mudah.
ReplyDeleteTerbayang jammed nya kak. Kalau saya dan suami memang tiap ke KL pas cari makan LBH suka jalan kaki, cari sekitar hotel 😄. Tp kalau lihat jalanan tak ramai, barulah naik grab.
Ya, sangat best. Betul, dapat cermin besar memang puas hati.
DeleteYa, jem melekat gitu. Elok macam tu jalan kaki lagi laju dan mudah ke sana sini sekitarnya.
Jalan-jalan KL naik motor je senang. Hihi
ReplyDeleteHihi..kita bawa kereta ke sini. Kalau dari rumah naik motor okaylah boleh menyelit² kan.
DeleteComel betul la gambar ber2 tu hehhehehe. Best kalau jenjalan kl dok sekitar bandar kalau nk kene bawak kereta ke sana sini memang penat layan jem
ReplyDeleteHihi..sesekali kita bermanis manis gitu. Itulah tu, buang masa dalam jem lah cerita dia.
DeleteKalau dari Tamu Hotel tu macam jalan kaki jelah sebab banyak je kedai-kedai makan berhampiran. Itu sebabnya dulu masa dok KL jarang juga ke KL during weekend. Malas nak harung jam, nak cari parking.
ReplyDeleteItu lah tu. Kita ni kononnya nak pergi tempat lain pastu. Itu yang kenalah hadap jemnya. Sudahnya tak dapat kemana-mana pun. huhu...
DeleteWaktu belajar dulu, selalu dengar juruhebah radio dari Angkasapuri sebut Kuala Lumpur tak pernah tidur. Sampai sekarang KL tak berehat...jem panjang.
ReplyDeleteYa, 24/7 Onz je. Jem tu jangan citer lah. Di mana-mana pun jem.
Deletekalau datang lagi try laa cari mkn kat tasik titiwangsa
ReplyDeletesitu ada byk juga pilihan mknn termsk foodtruck...
Okay Anies. Kalau ke KL lagi kita try food hunting situ. Terima kasih share info.
DeleteKL ni tak jammed pada hari raya je hahahhaa
ReplyDeleteItulah tu. Tapi hari raya kita pulak yang tak jalan ke KL. huhu...
DeletePengalaman manis juga ni Fiza walaupun serba tak menjadi sebab jem! Betul sangat tu, kalau stay kawasan Kampung Bharu ni memang paling ideal jalan kaki je nak pegi makan nasi lemak atau ke Saloma Bridge. Anggap je ada hikmah dapat rehat awal dekat bilik hotel yang selesa tu
ReplyDeleteTulah tu, sebab nak jalan jauh sikit tu yang naik kereta tu. Kalau tahu jem macam ni, jalan kaki je lah. Ye, pasti ada hikmahnya tu.
Delete