Kalau dah namanya rezeki kita, tak kemana perginya kan. Begitulah ceritanya rezeki saya dinobatkan sebagai top komentator blog CCL bulan November 2025. Kita pun tak sangka terpilih sebab masa tu pun dah perlahan-lahan senyap dari dunia blog.
Hadiah ni dah selamat sampai pada bulan Disember 2025. Tahu-tahu hadiah sampai je masa tu. Blogger Lyana a.k.a CCL ada inform juga di email. Apa yang saya dapat adalah sebuah kipas tangan elektrik.
Eh, macam tahu-tahu je saya nak beli kipas ni. Saya ni dah bermacam-macam jenis kipas portable dah beli. Yang sangkut di leher, yang gantung di leher guna lanyard tu, yang kena pegang. Semua jenis ada. Kebetulan pula dapat jenis yang saya memang nak beli. Rezeki sungguh.
Yelah, masa tu tengah musim panas. Kipas ni boleh dikatakan satu keperluan benda wajib ada kalau buat aktiviti luar. Dapat juga mengurangkan rasa panas.
Dahlah kita ni puteri lilin. Allergic panas. Bukan mengada-ngada tapi realitinya kita kena hadap. Muka jadi merah-merah dan gatal. Selain panas, haba, habuk pun tak boleh.

High speed fan warna putih pilihan Lyana untuk saya. Sejenis kipas yang ringkas dan banyak pilihan kelajuan kipas. Ada 3 pilihan jenis kelajuan.


Selalu berguna untuk aktiviti luar. Ni kalau tak ada elektrik kat rumah pun boleh guna. Standby siap-siap charge full baterry.
Terima kasih blogger Lyana sentiasa bermurah hati berkongsi dengan blogger-blogger lain. Setiap bulan ada je pemenang yang terpilih. Jomlah beramah mesra dengan blogger Lyana. Jangan lupa tinggalkan sepatah dua kata di blog cikcappuccinolatte.
Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan dengan segala keberkatan dan Allah permudah segala urusan Lyana. Aamiin...
12 Comments
Alhamdulillah rezeki tak salah alamat.. tahniah :D
ReplyDeleteYe, betul tu. Terima kasih.
Deletesama dengan anakdara saya Fiza..macam2 jenis kipas dah bawa balik asrama tak tahan panas katanya..
ReplyDeleteBoleh genglah dengan Pia sebab jenis tak tahan panas juga. hihi...
DeleteTahniah Fiza 👏🏻
ReplyDeleteSeronok dapat hadiah yg kita hajati.
Alhamdulillah..betul tu kak.
DeleteCantik
ReplyDeleteYa.
DeleteAlhamdulillah rezeki tak salah alamat, Fiza! Paling lawak part 'puteri lilin' tu, tapi faham sangat... orang yang ada alergik panas, habuk dengan haba ni memang tak boleh buat main, auto merah-merah muka. Memang ngam sangatlah CCL hadiahkan high speed fan ni, penyelamat keadaan!
ReplyDeleteAlhamdulillah..rezeki yang datang tepat pada masanya gitu. Itulah tu, kalau allergic panas, haba, habuk ni susah sikit. Orang ingat kita ngada, padahalll..orang tak tahu kisahnya. Elok sangat ada kipas macam ni.
Deletetahniah! function ni kalau bawak pergi jalan2 :D
ReplyDeleteTerima kasih Mazni. Ye, tersangatlah function kipas ni.
Delete