Februari 2026 | Tahun ni perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan tak jauh jarak bezanya. Chinese New Year 17 Februari dan Ramadan 19 Februari. Sambutan Chinese New Year company Encik Suami bagi buah limau mandarin 2 biji.
Nampak exclusive lah juga ye letak dalam jaring dan ada tag. Tak pasti tulis apa tu. Tulisan cina mana kita nak faham. Happy Chinese New Year lah kot kan.
Dapatlah makan sorang sebiji. Buah mandarin ni jarang tak manis. Sedap makan. Kadang tak cukup sebiji. Tapi kalau makan banyak nanti batuk pula menyerang. Kenalah makan berpada-pada.

Untuk sambutan bulan Ramadan pula dapatlah sekotak kurma ajwa kalau tak silap. Saya pun dah lupa. Bolehlah buat tambah-tambah stok kurma yang ada. Kami lebih suka makan kurma ajwa berbanding kurma yang lain. Tak manis sangat dan tak liat sangat.
Alhamdulillah...orang memberi, kita merasa. Musuh jangan dicari, rezeki jangan ditolak. Lambat entry raya saya sampai. Almaklumlah menyepi lama sangat. Banyak nak kejar entry tertangguh ni. huhu...
20 Comments
Alhamdulilah rezeki mmg x salah alamat. Kita pun suka limau time raya cina je sbb manis.. limau di hari² biasa kita rasa masam hahaa kenaap agak nya ye 🤣🤣
ReplyDeleteAlhamdulillah..
DeleteTulah pasal. Kenapa ek. Musykil jugak ni.
Kannn.. tahun ni pun back to back gak date CNY dan raya kita adeiii.. berlumba-lumba hotel hantar invitation bufet ramadan dan CNY...
ReplyDeleteKann..Waa syoklah banyak dapat invitation tu. Rezeki.
DeletePenuh Vit C dalam badan time raya Cina. Memang sedap sungguh limau depa.
ReplyDeleteHihi..Itulah tu. Tapi kena makan berpada-pada juga. Risau batuk pulak. huhu...
DeleteAlhamdulillah, rezeki orang memberi kita merasa, kan Fiza. Memang seronok dapat limau mandarin waktu CNY ni sebab selalunya manis-manis belaka.
ReplyDeleteYe, orang memberi dapatlah kita merasa. Betul, limau mandarin CNY memang manis.
DeleteAlamak! Baca entri ini teringat kurma dalam balang di dapur. Waktu raya tempoh hari banyak dapat kurma, pelbagai jenis pula tu. Nanti nak tengok, harap masih ok.
ReplyDeleteHaa kena belek-belek tu kak Amie. Risau dah rosak. Kalau belum kenalah habiskan stok segera sebelum rosak.
Deletedirumah kami kurma ramadhan tak pernah habis setiap tahun..
ReplyDeleteOh ye? Sayangnya.Try buat air blend dengan susu ke, sedap juga susu kurma.
DeleteTeringat zaman masih kerja di HSBC , banyak customer priority yg memberikan jeruk Mandarin ini ke team saya 😄. 1 kotak besar, kami bagi2. Memang sukaaa sangat .
ReplyDeleteBest kan limau mandarin masa CNY, manis. Tak cukup sebiji.
DeleteBetul kurma ajwa tak semanis kurma lain
ReplyDeleteKann..sesuai untuk kita yang tak suka manis sangat.
Deletesaya suka limau!! ari tu ada beli limau mandarin yg boleh kupas tu...tu kat dapur masih ada lagi 3 bijik
ReplyDeleteLimau yang dalam plastik ziplock ye? Kalau yang tu biasanya sedap manis.
DeleteItulah kak ..kak fiza menyepi .. bulan ni kak fiza dah comeback ..yeayyyy ..CCL datang tauuu nk baca setiap entri
ReplyDeleteYa, lama menyepi. Baru come back bulan ni. hihi...Terima kasih Lyana
Delete