Disember 2025 | Ya, saya masih tersekat lagi cerita tahun 2025. Balik Segamat untuk menghadiri Majlis khas untuk penyampaian geran hak milik peserta Felcra di UiTM Segamat. Biasanya setiap tahun ada mesyuarat agong, setahun sekali.

Cumanya tahun ni ada majlis extra dan istimewa sikit untuk penyampaian geran kepada peserta yang dah bertahun lamanya baru dapat. Sebelum ni geran sementara je. Saya ni kira generasi kedualah sebab arwah abah bagi saya tanah (tukar nama saya) semasa arwah masih hidup.
Kalau arwah abah masih hidup, mesti abah pun lega geran dah dapat dah. Alhamdulillah...Rasa sebak betul bila tengok geran tu. Of course teringat abah. Sama-sama uruskan untuk pertukaran tanah tu kesana-kesini. Pejabat tanah, Pejabat Felcra dan mahkamah.
Majlis kalini tak lama sebab hanya untuk penyampaian geran je. Tapi adalah acara sikit, bacaan doa, persembahan tarian zapin dan ucapan sikit. Macam biasalah typical majlis kan.
Kami peserta taklah semua kena naik pentas ambil geran tu macam naik pentas konvo. Tak! Cuma beberapa orang wakil je yang naik pentas. Buat cukup syarat majlis gitu. Kalau nak semua naik pentas, matilah nakkk..Pukul berapa nak habis majlis oiii. Peserta pula 1000 lebih orang. Mahu sampai sesi petang. Naya Pak Karim!
Sudahlah semua peserta kebanyakkannya mak bapak kita yang dah berusia. Yang berkerusi roda lagi. Bagus jugalah buat majlis yang tak lama sangat. Kesian juga orang orang tua menunggu lama kan. Macam kita ni tak apalah juga.
Majlis selesai kita pun senang hati. Tengok di bawah tu masih beratur untuk ambil geran di kaunter, kita perati dulu bergambar kat atas ni. Bagi ruang untuk mereka ambil hak mereka dulu. Kita lambat-lambat pun tak apa. Tak kejar masa.

Habis majlis terus balik rumah abah mak. Balik kali ni yang sangat berbeza tanpa mak abah. Sunyi, sepi tanpa ada sesiapa sambut dan tanpa ada sesiapa hantar balik sampai luar rumah macam selalu. Aaa..sedihnya!

![]() |
| selingan persembahan tarian zapin |
Kalau arwah abah masih hidup, mesti abah pun lega geran dah dapat dah. Alhamdulillah...Rasa sebak betul bila tengok geran tu. Of course teringat abah. Sama-sama uruskan untuk pertukaran tanah tu kesana-kesini. Pejabat tanah, Pejabat Felcra dan mahkamah.
Bukan mudah nak buat urusan tukar nama tanah ni walaupun pemiliknya masih hidup. Urusan tukar nama mohon tahun 2019 ke 2020 agaknya. Tahun 2022 baru selesai urusan tukar nama.
Majlis kalini tak lama sebab hanya untuk penyampaian geran je. Tapi adalah acara sikit, bacaan doa, persembahan tarian zapin dan ucapan sikit. Macam biasalah typical majlis kan.
Kami peserta taklah semua kena naik pentas ambil geran tu macam naik pentas konvo. Tak! Cuma beberapa orang wakil je yang naik pentas. Buat cukup syarat majlis gitu. Kalau nak semua naik pentas, matilah nakkk..Pukul berapa nak habis majlis oiii. Peserta pula 1000 lebih orang. Mahu sampai sesi petang. Naya Pak Karim!
Sudahlah semua peserta kebanyakkannya mak bapak kita yang dah berusia. Yang berkerusi roda lagi. Bagus jugalah buat majlis yang tak lama sangat. Kesian juga orang orang tua menunggu lama kan. Macam kita ni tak apalah juga.
Majlis selesai kita pun senang hati. Tengok di bawah tu masih beratur untuk ambil geran di kaunter, kita perati dulu bergambar kat atas ni. Bagi ruang untuk mereka ambil hak mereka dulu. Kita lambat-lambat pun tak apa. Tak kejar masa.

Terima geran macam baru lepas terima scroll konvokesyen eh. Teruja sebenarnya. Dalam pada masa dalam kepala ni, abah abah abah abah je lah. Rasa macam nak tunjuk je gambar ni kat abah. Tapi abah dah tak ada. Aduhhh taip ni pun meleleh air mata dah.

Habis majlis terus balik rumah abah mak. Balik kali ni yang sangat berbeza tanpa mak abah. Sunyi, sepi tanpa ada sesiapa sambut dan tanpa ada sesiapa hantar balik sampai luar rumah macam selalu. Aaa..sedihnya!

14 Comments
Part last tu sedih...Allahuakbar...tiap kali Linda balik kampung, masih dapat cium tangan mak, bapak.. tapi dalam masa yang sama, terfikir . Ajal siapa yang menjemput dulu.. 🥹🥹
ReplyDeleteBanyak benda yang menyedihkan sebenarnya. huhu...sedih betul.
DeleteAlhamdulillah, tahniahnyer
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukur dengan izin Allah dan Allah permudah semua urusan.
DeleteAlhamdulillah tahniah Fiza. Walaupun arwah abah tak sempat bersama pasti arwah pun gembira dan syukur dgn penyerahan geran tanah ni.
ReplyDeleteSama² kita hadiahkan Al Fatihah utk ibu ayah kita yg sudah kembali ke sana.
Alhamdulillah...Ye, setiap kali lepas solat dan teringat tu sentiasa berdoa untuk arwah dan ahli keluarga yang dah tak ada. Semoga sampai untuk mereka semua.
DeleteAlhamdulillah, tahniah Fiza! Sayu pulak baca part teringatkan arwah abah tu. Mesti arwah abah tersenyum dan lega kat sana tengok amanah dia dah selesai dan selamat bertukar hak milik sepenuhnya. Segala urusan naik turun pejabat tanah dulu akhirnya membuahkan hasil. Al-Fatihah buat arwah abah dan Mak Fiza
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukur sangat. Ya, seronok jika arwah masih ada. Terima kasih kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan untuk akak dan keluarga. Aamiin...
Deletealhamdulillah, selesai proses pertukaran geran tanah. pengorbanan turun naik pejabat tanah berbaloi juga walaupun memakan masa yg lama. al-fatihah buat arwah abah dan mak kak fizah, semoga mereka tenang di sana <3
ReplyDeleteAlhamdulillah...Proses tukar nama dah selesai tahun 2022. Cuma baru dapat gerannya sejak nama arwah sebelum ni geran masih belum dapat lagi. Tahun lepas baru dapat gerannya.
DeleteTerima kasih Mazni. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan. Aamiin...
sedeynya last part tu... tak sanggup nak pikir bila sampai masanya nanti...MZ dh takde ayah tapi masih ada emak yg setia menunggu di rumah di kampung tiap kali MZ balik kg
ReplyDeleteSedih sangat. Kita hargai selagi ada.
DeleteAlaaaa...apsal awak buat ammi pun nangis sama ni?
ReplyDeleteYang buat pertukaran masa pemberi masih hidup pun makan masa, apatah lagi yang buat pertukaran nama lepas owner asal dah takde. Lagi-lagi bila ada 2-3 nama pastu salah sorang taknak bagi kerjasama.
Betul tu Ammi. Naya kalau ada yang tak nak bagi kerjasama. Tambah pulak ada banyak nama. Urusannya jadi bertambah rumit.
Delete