Mac 2026 | Selesai urusan appointment Encik Suami di KPJ, kita ke Senawang pula urusan appointment gigi saya pula untuk monthly braces review. Bulan mac 2026 dah setahun 9 bulan saya pakai braces. Kejap je rasa.
Lepas daftar, sign consent dan pilih getah O-ring macam biasa. Warna favourite blackcurrent tak ada, ada dua warna pilihan yang biasa saya pilih. Nak maroon ke hitam ek? Ambil juga jugalah fikir kat situ nak merah ke hitam. Sukarnya membuat pilihan.

Sudahnya pilih hitam jugalah. Dah malas fikir dah tu. Dokor kata, gigi cik ni dah okay dah. Tak ada lagi nak dibetulkan. Boleh buka 2-3 bulan lagi. Nak buka bulan depan atau bulan lagi satu pun boleh. Kalau nak buka bulan lagi satu, bulan depan datang untuk monthly review macam biasa.
Kalau bulan depan, masih ada baki RM100 lagi. Nanti kena bayar sekali dengan retainer + denture. Takpa, cik fikir dulu nanti inform je. Okay baik doktor.

28 Comments
Janji gigi kita straight dan sihat ya. Tak kira la tua ke muda ke.
ReplyDeleteBetul betul. Janji sihat gitu boleh mengunyah makanan gitu.
DeleteHi Fiza, lama betul tak melawat blog ni..Lepas ni gigi lebih cantik dan tersusun la kan
ReplyDeleteHi kak Eda. Ehh lamanya tak berbalas komen. Terima kasih kak sudi datang. Nanti saya singgah kembali.
DeleteAlhamdulillah...
Tak paham uncle cara memakainya
ReplyDeleteTakpe uncle. Tak yah pening-pening fikir. hihi...
DeleteSeronok baca perkembangan braces Fiza. Walaupun kena berulang-alik temujanji bulanan, tapi bila tengok progress gigi makin cantik, terus rasa berbaloi kan! Semoga urusan rawatan gigi Fiza dimudahkan dan cepat-cepat dapat 'grad' braces tak lama lagi!
ReplyDeleteAlhamdulillah..seronok tengok progressnya.
DeleteAamiin..Terima kasih ma'am.
Rapiiiii sangat gigi kakak 👍👍. Putih pun iyaaa. Tak sabar pasti nak buka kan. Dulu saya juga sempat pakai retainer sampai beberapa bulan setelah lepas braces. Masa adaptasi lah saat itu 😄. Setelah itu baru betul2 lepas. Tp saya tak ada harus pakai gigi palsu, walaupun ada dicabut beberapa gigi. Mungkin Krn gigi yg ada langsung bergeser. Tak paham juga lah 😄. Lagipun saat itu saya masih zaman sekolah pakainya
ReplyDeleteAlhamdulillah..much better Fanny. Tak putih sangat in real. Putih kekuningan tu tanda gigi yang sihat act. Risau pula nak kena pakai retainer lepas tu. Ada satu ruang je tak pelru gigi palsu sebab dah rapat. Yang lain dah tak boleh nak tarik dah kot. Apa pun kita ikut plan doktor.
Deletealhamdulillah tak lama lagi dah nak 'graduate' braces! Bestnya perasaan bila doktor beritahu gigi dah kemas dan tunggu masa nak buka je. Bab retainer dan gigi palsu tu nanti pelan-pelan adapt ya. Semangat Fiza
ReplyDeleteAlhamdulillah...Itulah tu, kena adapt dengan dunia retainerlah pulak nanti. hihi...
DeleteCantik dan tersusun elok gigi Fiza. Betul² kena ada komitmen masa nak followup monthly jumpa doktor. 2 tahun kan..
ReplyDeleteAlhamdulillah...syukur dengan hasil progressnya. Ya, kena ada masa dan kos rawatan juga. Ya, betul.
DeleteSis takde pengalaman buat braces ni, tapi dulu pernah teringin nak buat tapi ramai kata sakit aduii tak jadi nak buat.. trauma bab gigi ni .. sebab dh ada pengalaman cabut gigi dulu ,... takuttt
ReplyDeleteSakit awal-awal je sebab tak biasa lagi kan. Monthly tu sakit sekali sebulan je lah. Itupun kejap. Then bergantung pada rawatan. Pada saya, pakai elastic band tu agak sakit sikit pada mulanya. huhu..Cabut gigi tu memang sakit ya amat walaupun dah bius. Bius hilang, datang sakitnya tu.
DeleteAnak solehah kata terasa tegang pada gusi dan bahagian mulut. Terus tak jadi buat hehe.
ReplyDeleteMaksudnya dah pakai lepas tu tanggalkan ke? A'ah dia rasa tegang dan sakit sikit.
DeleteOh ada kena guna gigi palsu juga. Ingat selalu gigi tak tersusun, cabut dan pasang braces untuk rapatkan yang kosong.
ReplyDeleteApapun tq kongsi maklumat. Macam sekejap sahaja proses.
Dalam kes saya ni kena pakai. Satu side je dah rapat. Mungkin dah tak boleh nak rapat lagi ada kesan lain kot. Kena ikut cakap doktor je lah.
DeleteSama-sama. Ye, kejap je rasa.
Yeaaayyy.... berkat kesabaran akhirnya masa yang dinantikan akan tiba juga. Mesti cantik tersusun rapi giginya nanti.
ReplyDeleteYa, sekejap je kan.
Deleteooo kena pakai gigi palsu?
ReplyDeletegigi palsu tu sebelah menyebelah atau jarak-jarak?
tetiba sy terfikir mcm mn ia berfungsi nanti ;-)
Ye, sebab ada missing teeth yang dah tak boleh nak rapatkan. ada jarak sikit dan ada gap besar sikit. hihi..just add on denture je kat retainer tu.
Deletegigi is for life! pnjg lg yer prosesnya..nak kena pakai retainer la plak tuuu..moga2 smooth semuanya!
ReplyDeleteYe betul. Itulah tu, kena panjang lamaaa.
DeleteInsyaAllah..Terima kasih.
Alhamdulillah, nampak perkembangan yang sangat baik...Bila alignment dah cantik dan gigitan pun semakin elok, memang rasa berbaloi dengan segala usaha selama ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul, susunan dan gigitan dah elok berbaloi sangat. Lepas ni kena pakai retainer lah pulak.
Delete