Februari 2026 | Berjumpa kembali doktor gigi edisi bulan Februari. Masa ni bulan Ramadan. Bulan Ramadan boleh buat rawatan gigi. Tak membatalkan puasa.
Syukurlah saya dapat booking slot pagi. Kalau slot petang tu, nanti kelam kabut pula nak masak berbuka dan jem. Tahulah Senawang tu jem dia macam mana pula kan.
Lepas daftar, sign consent dan pilih getah O-ring. Tak lama menunggu nama dipanggil masuk bilik doktor gigi. Saya pilih getah O-ring warna blackcurrent.
Bila dah tak pakai power chain tak perlu risau dah matching-matching. Pakai O-ring atas bawah warna yang sama je. Tiba-tiba doktor kata kena pakai elastic band semula. Sebabnya macam ada pergerakan gigi sikit.

Alahaiii kita baru nak bebas elastic band. Terpaksalah pakai semula. Cuma lebih mudah pakai elastic band heavy ni sebab dia besar sikit daripada yang medium. Cuma kena tahan sakit lah sikit tekanan tarikan tu. Bersusah payah semulalah kita nak makan kena buka pasang buka pasang.


Alahaiii kita baru nak bebas elastic band. Terpaksalah pakai semula. Cuma lebih mudah pakai elastic band heavy ni sebab dia besar sikit daripada yang medium. Cuma kena tahan sakit lah sikit tekanan tarikan tu. Bersusah payah semulalah kita nak makan kena buka pasang buka pasang.
Gigi depan hampir hampir menuju ke alignment yang betul. Tak lama je lagi tu.

Doktor kata "gigi cik dah tak banyak dah untuk dibetulkan, nanti dah boleh buka. Gigi pun rasa sedap gigi atas bawah dah kan". Buat masa ni kita buat monthly braces review macam biasa Alhamdulilah..tak sabar menunggu harinya.
So far setakat ni tak pernah lagi skip appointment. Urusan berjalan dengan lancar dan gigi bagi kerjasama bergerak seiring dengan plan doktor.
16 Comments
Sekarang ini tidak pakai braces lagikan?
ReplyDeleteAlhamdulillah sebab dapat hadiri temujanji tanpa gagal dan gigi bagi kerjasama yang baik. Haha lain macam ayat maksud gigi keri kerjasama 😋
Ya, debond beberapa hari lepas. Alhamdulillah...gigi pandai behave. hihi...
DeleteMay Allah ease!
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih.
DeleteAlhamdulillah, cantik tersusun gigi Fizah, setelah pakai braces, ya. Pinjam sikit keberanian Fizah tu. Minggu depan akak ada appoinment jumpa dentist. Huk huk.. akak takut!
ReplyDeleteAlhamdulillah..Semakin lama semakin teratur susunan gigi. Appointment check gigi atau ada buat rawatan Kak Nur? Semoga Allah permudah urusan kak Nur. Teruskan keberanian tu Kak Nur.
DeleteSyukurlah gigi dapat beri kerjasama seiring dengan plan doktor. Semoga diakhiri dengan hasil yang cantik seperti yang diharapkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukur sangat progressnya bagus. InsyaAllah...
DeletePakai elastic band tu yg buat rimas kan? Apapun gigi tu nampak cantik dah! Berbaloi la hadap sakit2 selama ni hehe
ReplyDeleteYe, kena buka pasang buka pasang kalau nak makan. Leceh betul! Alhamdulillah hasilnya bagus. Sangat berbaloi.
DeleteAlhamdulillah kalau dah bentar lagi lepas. Pasti happy sangat apalagi ketika lihat gigi dah rapi 😍😍. Worth it dengan segala sakitnya ❤️❤️
ReplyDeleteYa, tak sabar nak menunggu harinya.
Deletehebat doctor... boleh nampak ya pergerakan gigi walaupun sikit...
ReplyDeleteHihi. Dah dia pun doktor gigi kan.
DeleteTapi tak pe Fiza, bersabar sikit je lagi... lagipun doktor cakap susunan gigi atas bawah dah makin sedap & tinggal sikit je lagi nak betul. Suka tengok Fiza yang berdisiplin sangat, tak pernah skip appointment langsung dari awal. Patutlah gigi bagi kerjasama yang sangat baik seiring plan doktor. Memang berbaloi segala pengorbanan & sakit-sakit sebelum ni bila tengok gigi dah makin cantik tersusun
ReplyDeleteAlhamdulillah...nak cepat buka, ikut je apa kata doktor dan jangan skip appointment. Tahu-tahu dah sampai je masanya nanti.
Delete