Disember 2025 | Rasanya masa ni tengah hype capybara. Sana sini kedai kopi buat merchandise capybara. Kecomelan seekor capybara tu buat orang rasa nak membeli. Bijak dorang punya markerting. Yang tak minum kopi boleh jadi beli kopi.

Lahhh..blind box ni dah vol.2 dah. Nampak sangat tak ambil tahu ye. Tak kisah dapat yang mana pun sebab kita bukan pengumpul koleksi capybara ni.


Tudiaa capybara tengah tidur. Awat comel nau!


Saya pun terjebak sekali dengan capybara ni. Bukanlah beria membeli tapi tak tahulah kenapa masa tu macam nak membeli je. Bukan mengumpul tu. Rasa macam nak ada untuk buat kegunaan kalau minum air panas. Biasakan pemegang cawan kan kertas.
Masa tu kalau beli air dalam series musim tu, dapatlah straw yang ada capybara ni. Comel nau nau.

Lahhh..blind box ni dah vol.2 dah. Nampak sangat tak ambil tahu ye. Tak kisah dapat yang mana pun sebab kita bukan pengumpul koleksi capybara ni.

![]() |
| time nak reveal ni lah teruja |
Biasanya blind box akan dibungkus dalam pek macam ni. Surprise gitu. Jeng jeng jeng..jom unboxing!

Tudiaa capybara tengah tidur. Awat comel nau!

So beginilah rupa dia. Dia punya pelekat jenis velcro. Kalau tak buka pelekat pun tak apa, terus sarung. Tapi tu lah saiz dia kena betul-betul ngam, baru okay. Kalau saiz cawan kecil nanti melorot, loose gitu.

Ini je lah satu-satunya blind box yang dibeli. Sekadar ada gitu untuk kegunaan. Harga tu saya tak ingat dah sebab dah lama kan. Yang beli pula tu Encik Suami. Malas pula nak check dalam apps dia. Ini pun kempen dulu-dulu bukan sekarang. Nak beli pun tak ada dah.
Capybara ni in real pun comel. Mudah mesra. Cumanya bulu dia mak aihhh kasar bukan main. Kalah sabut kelapa.


16 Comments
Kannn.. comel betul, capybara di sana-sini. Kalau pergi Ninso, sy suka tengok section capybara dia, macam² produk bentuk capybara ada.
ReplyDeleteA'ah. Ninso dan My DIY pun ada nampak. Geram je tengok gebu gebas. Nak beli memang tidaklah. hihi...
DeleteHahaha awak sama la ngan kita.. bkn pengumpul sangat tp kdg mcm naknbeli sajo² pastu ngengada nak bazir duit 🤣🤣
ReplyDeleteEh kita pun pernah pegang capybara real... geli hahah
Itulah tu, kadang terbeli pulak kan. Kann..Nak pegang tapi geli tapi nak pegang jugak. hihi...
DeleteTapi kak m tak suka capybara..hihihi
ReplyDeleteOh ye? Mungkin bukan haiwan kegemaran dia kot. Hihi...
DeleteComel
ReplyDeleteYa.
DeleteGeramnya tengok! Patutlah Fiza pun terjebak sekali, capybara yang tengah tidur tu memang comel nau-nau. 😍 Penyelamat jari juga ni kalau beli air panas, tak ada lah rasa pijar sangat tangan nak memegang. Comel dapat, fungsi pun ada..
ReplyDeleteItulah tu, tak pasal terjebak juga. Sesuai sangat buat cup holder untuk air panas.
Deletecomelnya gambar last tu! tapu muka capybara ni macam takde perasaan jekan? ahakss
ReplyDeleteEksyen tau kita nak bergambar dengan dia. Muka macam tak ada perasaan je kan. Mentanglah comel.
Deletehahah teringat budak kecik yang kata khinzir tu capybara..
ReplyDeletehahaha...yang tu kelakar Ammi. Kita ni mudah terhibur.
DeleteComelnya capybara. Btw, jemput follow blog saya https://www.spacemaya.com/
ReplyDeleteComel sangat kan.
DeleteNanti saya singgah ye. Maaf awak, tak boleh nak follow sebab dah had limit kuota follow.