Februari 2026 | Bulan Februari meriah sambutan birthday dalam keluarga kami. Haritu birthday anak buah, lepas tu saya dan adik ipar sama tarikh birthday, akak ipar saya, cucu buah saya dan adik ipar saya. Meriah sungguhlah dengan birthday.
Tak merancang nak kemana sempena birthday saya. Jadi last minit plan kononnya nak stay di KL je. Tapi dah last minit tak banyak pilihan hotel yang ada. Kebetulan masa tu ada event MotoGP di KL dan ada event lain juga. Itu yang banyak hotel fully Booked.
Nak stay putrajaya pun penuh. Okay takpelah, kita stay di Putrajaya je. Pagi tu baru Encik Suami book bilik. Pilih Hotel Royal Park UNITEN Bangi je lah. Dekat pun dekat. Best pun best. Jadilah untuk birthday treat kita tahun ni.

Kali ni kami check in lewat juga lebih kurang jam 5 petang. Nak check in tepat pada masanya tapi tak sempat juga. Dengan jemnya dari Seremban tu. Dapat jugalah ambil gambar depan hotel ni pada waktu siangnya.

Ingatkan tak ramai, weekend boleh tahan ramai juga parkir penuh. Terpaksa parkir jauh dan ada bas sekolah ke maktab entah masa tu. Dorang ada event kat UNITEN ni mungkin.
Kami booking bilik deluxe double juga sebab masa tu pun tinggal last 3 bilik je kalau tak silap. Masa booking online siap-siap request high level, best view tasik dan request untuk birthday. Tak tahu dapat ke tidak decoration birthday tu. Cuba-cuba je lah.

Encik Suami uruskan check in. Tak lama sangat urusannya. Dapat access kad. Minta 2 keping senang kalau ada emergency nak guna kad tu. Kalau ada satu je, kang Encik Suami nak keluar bergelap pula kita dalam bilik.

Tema earthy tone color palettes. Selfie selpot dulu dalam lif.

Bukan bilik yang sama haritu masa pertama kali menginap di Royal Park Hotel UNITEN ni. Bilik lain tapi masih lake view. Layout lebih kurang je sebab jenis bilik sama. Agak kecewa sikit tak ada decoration untuk birthday.
Agaknya hotel yang berbintang-bintang baru ada kot kan. It's okaylah. Jangan sedih-sedih.





Dapatlah kita berehat kejap menikmati permandangan di luar. Masih lagi dapat best view tasik. Saya sejenis rimas kalau bilik tak ada tingkap. Rasa macam terkurung je.




Okay kali ni baru tunjuk wardrobe dengan kemudahan yang ada tu. Haritu ambil gambar dari tepi je kan.

Puas hati check in awal dapat ambil gambar jelas sikit dengan adanya cahaya luar sekali. Tak perlu cerita dah apa yang ada sebab dah cerita hari tu kan.

Haritu kita ambil gambar sorang-sorang. Harini ambil gambar berdua. Malam haritu malas-malas nak ambil gambar sebab dah penat.

![]() |
| POV dari dalam bilik |

Dapatlah kita berehat kejap menikmati permandangan di luar. Masih lagi dapat best view tasik. Saya sejenis rimas kalau bilik tak ada tingkap. Rasa macam terkurung je.

![]() |
| POV dari dalam bilik ke pintu masuk |
Eh, haritu tak ambil gambar depan cermin bilik air. Nak jugak kan.

![]() |
| Toiletries |
![]() |
| Toilet |
![]() |
| Bathroom |
Kali kedua kami menginap di sini agak kecewa sikit dengan bilik air tak boleh tutup rapat. Risau betul gedegang bunyi masa tutup tu, kena tutup perlahan. Nasib baiklah suami isteri kan. Kalau menginap dengan keluarga kena berjaga-jaga risau tertolak pintunya.
Kami lambat check in, dapat bilik apa yang ada je lah gitu. Nasib baik mungkin masalah besar. Ambil gambar sempena birthday. Beli projector mini di shopee murah-murah je. Jadilah buat kenangan birthday. Birthday sendiri pun kena beli sendiri nohh.

Tak berehat lama. Solat asar dan siap-siap nak keluar pula. Tiba-tiba kakak call bagitahu nak ziarah kakak ipar di Banting. Dia nak gerak dari Sabak Bernam petang tu juga. Saya ajak mereka menginap di sini sekali. Kebetulan esoknya tu anniversary kakak dan abang ipar. Anniversay treat untuk mereka lah.
Terus book bilik superior twin untuk mereka. Itu je bilik available. Terpaksalah anak buah mengimpit share katil dengan ibunya. Dapat bilik depan je bilik saya, bukan view tasik. Layout sama cuma beza 2 single bed je.





22 Comments
Besar bilik hotel ni. Btw, hepy beday kak fizza. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki bersama keluarga tersayang.
ReplyDeleteYa, luas dan selesa.
DeleteAamiin..Terima kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
ok juga idea guna projector tu.. selalu kita deco sendiri je. beli kat mr diy.lekatkan aje kat dinding. hehe
ReplyDeletePakai projector lebih mudah. Tak payah deco dah. hihi...
Deletehappy bday!! biliknya cozy jer!! bday deco tu...biasanya hotel 4 or 5 star yg bagi complimentary upon request..if below 4 star, jrg kot yg layan kita request.
ReplyDeleteTerima kasih. Ya sangat selesa dan tenang je. Tulah tu, saja request kotlah ada rezeki dapat juga kan.
DeleteWaaa cantillah hotel dia.. menarik, keluasan bilik tu besarrr.. boleh masuk list Sis kalau sesat ke Bangi
ReplyDeleteYa, besar dan selesa. Suasana pun tenang je. haa boleh sangat tu masuk list. Boleh stay sini kalau ke Bangi, Kajang, Cyber dan Putrajaya. Dekat² dah tu.
DeleteAlhamdulillah.. rezeki di kongsi bersama...
ReplyDeletesuka tiles kecik2 tu
Alhamdulillah...dapat lah together-gether kan.
DeleteKebetulan pulak ya kakak pun sambut anniversary, bolehlah raikan sama-sama dengan birthday Fiza. Dapat pulak depan bilik Fiza je, senang nak sembang 😁
ReplyDeleteYa, dekat² je esoknya. Waktu yang tepatlah untuk raikan bersama. Ya, dapat depan bilik. Senang nak halo². hihi...
DeleteBelated happy birthday!
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteGambar last tu cute :)
ReplyDeleteNampak luas dan selesa juga biliknya Fiza ye...
Hihi..Terima kasih. Ya, luas selesa dan tenang stay kat sini. Kali kedua stay disini.
DeleteSaya langsung cek hotel park royal ini utk Desember akhir. Blm dpt hotel di KL. Tp sebenarnya terpikir juga nak stay di area Putrajaya, supaya nanti tak jauh dari KLIA. Hrs cepat booking hotel, sebab saya nak celebrate new year di KL atau Putrajaya. Masih galau nak memilih 😅.
ReplyDeleteBagus juga hotel ini kak. Yg saya suka karpet dia motifnya cantiiiik. Dekat2 situ banyak tempat makan tak yaa?
Hotel ni dekat putrajaya juga tapi tempat makan tu kena ada transport mudahlah sebab dia dalam Universiti. Kalau untuk mudah transport dan makan² better KL lah sebab nak sambut new year kat sana kan.
DeleteOh ic... Jadi memang better stay in KL lah yaaa. Ok ok... Iya sih, KL lebih meriah pasti kalau utk perayaan tahun baru. 👍👍.
ReplyDeleteYe, kalau stay kat Hotel yang dekat-dekat tempat makan lagi mudah untuk Fanny pergi. Betul, kalau new year lagilah ramai especially area KLCC tu. Hotel pun mahal berganda
DeleteSelamat hari lahir, Fiza! Walaupun tak ada hiasan daripada hotel, idea guna projector mini dari Shopee tu memang bijak sangat. Ringkas, jimat dan gambar pun tetap nampak estetik buat kenangan..cute sangat
ReplyDeleteTerima kasih kak. Kita guna mana yang mudah je untuk deko birthday sendiri. hihi...
Delete