Februari 2026 | Hari yang ditunggu telah pun tiba. Kakak orang yang paling excited sambut birthday. Kebetulan pula 1hb tu jatuh pada hari Ahad. Dapatlah buat majlis pada hari yang tepat. Sesampai je kami di rumah adik ipar di KL, terus siapkan decoration belon birthday dulu.
Biras saya masak nasi tomato, spaghetti carbonara, sedikit kuih muih dan jajan. Adik ipar bawa pemanis mulut. Tapi gambar ni je yang sempat saya ambil. Sibuk mendeko!

Hasil deko belon mengikut tema yang kakak nak. Beli 1 set kat shopee je. Jenuh meniup belonnya. Menyesal pula tak beli pump sekali. Gigih masing-masing tiup belon sampai tak cukup nafas. Apa yang penting, kerjasama!

Ada dua biji kek, ibu dan abahnya beli dan juga adik ipar saya beli buat tambah-tambah risau keknya tak cukup. Alhamdulillah dapatlah berkongsi rezeki, menjamu selera tetamu yang hadir. Mak ayah mereka pun ada yang datang sekali.

Dah makan, seronok masing-masing dapat goodies bag yang kami siapkan. Ada yang tak sabar nak tunggu balik rumah mewarna kat situ juga.

Kakak happy, semua pun happy. Hadiah dari Pak Ngah Mak Ngah. Merealisasikan hadiah birthday yang disebut sebut. Nak rollerblade. Baiklah. Warna pink kita hadiahkan.

Kami beli di Decathlon saja. Banyak pilihan. Pilih yang ni selepas tanya ibunya. Kakak suka warna pastel macam poney tu.

Dan kakak paling seronoklah diraikan. Banyak dapat hadiah birthday dari ibu abah, Cik I Cik E, Pak Ngah Mak Ngah dan kawan-kawan. Bila buka hadiah, masing-masing wowww teruja tengok.

Kakak happy, semua pun happy. Hadiah dari Pak Ngah Mak Ngah. Merealisasikan hadiah birthday yang disebut sebut. Nak rollerblade. Baiklah. Warna pink kita hadiahkan.

Kami beli di Decathlon saja. Banyak pilihan. Pilih yang ni selepas tanya ibunya. Kakak suka warna pastel macam poney tu.

Selesai majlis birthday kakak, lepak kejap dan beredar balik rumah masing-masing. Sambutan birthday yang ringkas tapi meriah gitu.
Lepas ni bolehlah main rollerblade. Jalan-jalan dengan sepatu rodaku. Eh, termenyanyi pulak dia.
16 Comments
Sanah helwah, kakak. Sedapnya jamuan yg disediakan, tentu tetamu pulang kekenyangan tu. Wahhhh.. dah ada rollerblade idaman la tu kan. Hati² meluncur dengan sepatu rodamu, kakak.
ReplyDeleteTerima kasih. Alhamdulillah...harapnya tetamu pulang dengan hati yang gembira.
Deletehihi..kena praktis meluncur dulu.
happy birthday
ReplyDeleteTerima kasih.
DeleteBelated happy birthday kakak 🎈🎈🎈
ReplyDeleteSeronok sangatlah dapat hadiah Impian ye...
Banyak betul belon, memang jenuh la nak kena tiup satu² 😅
Terima kasih. Ya, dia happy.
DeleteItulah tu, jenuh juga tu nak tiup.
Hepy beday kakak, semoga membesar menjadi anak solehah, tercapai segala cita2 dan dilindungi Allah dunia akhirat.
ReplyDeleteAamiiin...Terima kasih.
DeleteMeriah sambutan besdaynyaa..
ReplyDeleteHepi besday Kakak, moga menjadi anak yang solehah..
Cantik rollerblade .. dulu aunty pun kaki blade tau hahahaha
Alhamdulillah..walaupun tak ramai tapi masih meriah.
DeleteAamiin..Terima kasih.
Eh eh..samalah kita. Suka main rollerblade juga. Warna hitam full lah tapi. Tak banyak pilihan masa tu.
sanah helwah utk ur niece! cute la deco2 belon tu wpun kena tiup sendiri ;)
ReplyDeleteTerima kasih. HIhi..deko asal jadi je tu.
DeleteYa Allah kak, tiup balon manual tuh memang saya menyerah lah 🤣🤣🤣. Tak besar2 yg ada nanti hihihihi...
ReplyDeleteBanyaaaak hadiah yg didapat si adik yaa. Pasti senang sangat 😍😘. Cantiiik warna rollerbladenya, pastel 😍😍. Semoga setelah ini, bisa makin jago main sepatu roda 😁
Hihi..tiup belon satu pun dah terasa kurang nafas kan. Alhamdulillah rezeki kakak dapat hadiah dari family dan kawan-kawan. Harap begitulah.
DeleteAlhamdulillah, meriah sungguh sambutannya walaupun buat ringkas secara kecil-kecilan. Makanan pun nampak sedap-sedap belaka, siap ada dua biji kek lagi memang mewah rezeki kakak. Semoga kakak membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tercapai hajat kakak nak kawan-kawan datang, nak ada goodies bag. Meriah dan seronoklah dia.
DeleteAamiin...Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.