Februari 2026 | Perjalanan dari Bangi ke Banting ambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Singgah beli barang lagi, beli kek lagi untuk birthday bulan Februari. Nampaknya belum berakhir lagilah sambutan birthday saya. Kali ni dengan keluarga pula.
Kakak beli kek, saya beli buah dan hadiah untuk si kecil cucu buah kami. Datang rumah orang kena bawa buah tangan. Rasa janggal kalau tak bawa apa-apa kan.

Birthday Kak Idah (Kak ipar) 5 Feb, Nayla (cucu buah) dan Ucu (saya) 7 Februari. Sederet terus, kalau sama-sama tarikh lagi seronok kan. Dapatlah nenek dan cucunya birthday dekat-dekat juga.
Selamat Hari Lahir untuk kami. Semoga Allah panjangkan umur kami dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki dengan segala keberkatan, dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudah segala urusan, berbahagia bersama keluarga dan yang baik-baik di masa hadapan. Aamiin...
Menu yang dihidangkan ringkas je. Nasi arab beli je dan buah-buahan.

Acara yang dinantikan, jomlah potong kek. Kita gunakan TV je untuk prop bergambar. Cari je video di Youtube dan pause. Senang tak perlu decoration. Good idea!


Anak buah saya merangkap pakcik mereka hadiahkan tent dan toys hadiah birthday untuk si kecil. Kita tumpang sekali buat bergambar bersama. Haa nasib baik Ucu muat! Eh, Nek Cu muat!

Dah makan-makan, sembang-sembang, bergurau senda, dah jomlah kita balik ke sarang masing-masing. Bergambar bersama untuk simpanan kenangan.

Alhamdulillah berkesempatan dapat berkumpul bersama. Bukan senang nak berkumpul selain hari raya dan kenduri. Hari raya pun tak dapat nak kumpul semua.
Niatnya memang nak ziarah kakak ipar. Dan sambut birthday sekali dan alang-alang datang tu. Rupanya inilah kali terakhir kita dapat sambut birthday bersama. Sedihnya bila tengok gambar ni kembali. Kenangan tetap utuh dalam ingatan.
Nota : Kakak ipar, Faridah binti Sidik telah meninggal dunia pada 30 Jun 2026 disebabkan penyakit kanser.
Al-Fatihah
بِسْمِ اللّٰهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.
اَلْحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ الْعٰلَمِيْنَۙ
Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam
الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِۙ
Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
مٰلِكِ يَوْمِ الدِّيْنِۗ
Pemilik hari pembalasan
اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَاِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُۗ
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan
اِهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ ۙ
Tunjukilah kami jalan yang lurus
صِرَاطَ الَّذِيْنَ اَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ەۙ غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّاۤلِّيْنَ ࣖ
(iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan (jalan) mereka yang dimurkai, dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat
...آمين
26 Comments
Gembira dapat berkumpul bersama yang tersayang...Allahu..Al Fatihah buat akak iparmu....Semoga diampunkan segala dosanya Dan dilapangkan kuburnya..Aamin ya Rabb!
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih nona. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
DeleteYa, paling seronok dapat berkumpul bersama keluarga.
yg penting momen bersama!
ReplyDeleteAlhamdulillah...ada kenangan bersama
DeleteAlhamdulillah berkesempatan sambut bersama.. meriah..Semoga arwah kakak ipar ditempatkan di kalangan orang2 beriman..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki ada masa bersama.
DeleteAamiin...Terima kasih. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
al fatihah buat arwah.. semoga tenang di sana... kita tak tahu pun apa yang akan berlaku, dan memang kita akan bersyukur sebab bergambar tu.. kenangan terakhir la orang kata..
ReplyDeleteAamiin..Terima kasih Linda. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Linda.
DeleteYe, betul tu. Ada juga kenangan kita bersama arwah sebelum dia pergi. Dapat juga kita spend masa bersama.
Innalilahi wainnailaihi rojiun. Bersyukur juga masih sempat berkumpul ya kak. Semoga almarhumah diterangi selalu kuburnya dan diterima amal kebaikan semasa hidup.
ReplyDeleteMeriah, walau hanya dengan keluarga. Apalagi kalau birthday saling berdekatan. Memang bisa sekaligus dirayakan ☺️
Aamiin..Terima kasih Fanny. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Fanny.
DeleteBersyukur sangat dapat berkumpul bersama dan sambut birthday dengan keluarga.
Allah, tak sangka pertemuan terakhir rupanya 😔
ReplyDeleteSemoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
Ada bertemu lagi. Cuma inilah sambutan birthday bersama untuk kali terakhir. Birthday kami dekat-dekat je bertiga.
DeleteAamiin..Terima kasih mendoakan. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Comellah semua.. hepi besday buat semua orang dan hepi anniversary buat kaka iparnya.. semoga semuanya sihat-sihat ...
ReplyDeleteTerima kasih. Aamiin...
DeleteSemoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat SisLin dan keluarga.
Birthday saya, kakak ipar dan cucu buah saya. Anniversary untuk kakak saya. hihi...
Allahuakbar... Ada juga kenangan sambut harijadi dan anniversary bersama. Semoga roh arwah kakak ipar Fizah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. 🤲
ReplyDeleteYa, ada kenangan birthday bersama sebab birthday saya dan kakak ipar dekat-dekat. Dapat juga sambut anniversary kakak dan abang ipar saya sekali tarikh pun dekat-dekat juga.
DeleteAamiin..Terima kasih Kak Nur. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Kak Nur dan keluarga.
Bestnya dapat kumpul moment bersama macam ni dengan family.
ReplyDeleteSemoga roh kakak ipar ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman.
Betul. Seronok ramai-ramai. Ada peluang kita jumpa dan berkumpul.
DeleteAamiin. Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
syukur sangat sebab Allah pinjamkan waktu untuk Fiza sekeluarga berkumpul, bergembira dan cipta kenangan manis terakhir bersama arwah kakak ipar. Salam takziah buat Fiza sekeluarga. Semoga roh arwah Hajah Faridah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah
ReplyDeleteAlhamdulillah. Ada kenangan bersama.
DeleteTerima kasih kak. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Innalillahiwainnailaihiraajiuun. Salam takziah buat keluarga kakak ipar. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
ReplyDeleteAamiin...Terima kasih Kak Amie. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan buat Kak Amie dan keluarga.
DeleteSeronok meraikan bersama keluarga. Tak kita tau bila yang terakhir kan.
ReplyDeleteMoga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman
Alhamdulillah..Betul tu. Simpan kenangan.
DeleteAamiin..Terima kasih untuk doanya. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.
Alhamdulillah, kenangan yang sangat berharga.. Bukan mudah nak kumpulkan semua ahli keluarga dalam satu masa kan ..
ReplyDeleteAl-fatihah untuk arwah kakak ipar kak fiza .
Alhamdulillah..kenangan yang akan disimpan rapi. Betul tu, rezeki sesekali dapat berjumpa dan berkumpul ramai-ramai.
DeleteTerima kasih Lyana.