Februari 2026 | Janji temu doktor mata follow up untuk post surgery haritu. Bukan doktor mata (ophthalmologist & medical retina) je kena jumpa, kena jumpa doktor perubatan (internal medicine physician) sekali.

Pergi tak awal sangat. Lebih kurang pukul 9 pagi macam tu. Daftar dan kena ambil darah dan urine untuk janji temu dengan doktor perubatan.

Sementara tunggu result tu, kita jumpa doktor mata dulu. Alhamdulillah, so far keadaan mata baik-baik je. Jumpa doktor mata lagi bulan November nanti. Okay lambat lagi. Kita pun lega tak ada yang memudaratkan.
Jumpa doktor perubatan pula. Ada results yang tak memuaskan. Ala, kita baru nak lega. Kena lah kita ambil langkah berjaga-jaga. Risauuu...

Baru nak happy, dalam masa yang sama kena bersedih juga. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik. Syukuri nikmat semasa sihat. Sakit itu ujian buat kita.
5 Comments
Bila buat ujian darah, memang ada je sangkut. Kalau keputusan semua baik, memang rezeki sangat. Semoga kita sama-sama dapat jaga makan minum dan kesihatan ya, Fizah. Akak punya ujian darah, bulan depan, Insya-Allah.
ReplyDeleteItulah tu. Kalau tak check, tak tahu dalaman kita ni kan. Mudah-mudahan terus baik. Kita risauuu..
DeleteAamiin...sama-samalah kita kak Nur. Semoga results Kak Nur pun baik-baik je.
Alhamdulillah. Sesungguhnya apabila kira tahu ada result yang tak memuaskan, itu tandanya kita akan sentiasa sihat sebab sentiasa berjaga-jaga dan boleh amalkan gaya hidup sihat. Betul kaaaaa....ahaks!
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur sangat keputusan pemeriksaan mata semua okay. Bab keputusan ujian darah yang kurang memuaskan tu, Fiza jangan risau sangat ya. Biasalah tu lepas berpantang pembedahan memang pergerakan kita terhad sikit. Lepas ni boleh mula slow-slow kayuh buat light exercise dan jaga pemakanan semula. Semoga terus diberikan kesihatan yang baik..akak cakap orang...hari tu dah pulun durian banyak..lepas tu 15/8 ada plak follow up..confirm kantoi
ReplyDeletekalau saya tengok keputusan ujian darah murung sekejap je,lepas tu mudah lupa..bila nak istiqomah ntah
ReplyDelete