Februari 2026 | Janji temu doktor mata follow up untuk post surgery haritu. Bukan doktor mata (ophthalmologist & medical retina) je kena jumpa, kena jumpa doktor perubatan (internal medicine physician) sekali.

Janji Temu Doktor Mata Dan Perubatan

Pergi tak awal sangat. Lebih kurang pukul 9 pagi macam tu. Daftar dan kena ambil darah dan urine untuk janji temu dengan doktor perubatan.

Janji Temu Doktor Mata Dan Perubatan

Sementara tunggu result tu, kita jumpa doktor mata dulu. Alhamdulillah, so far keadaan mata baik-baik je. Jumpa doktor mata lagi bulan November nanti. Okay lambat lagi. Kita pun lega tak ada yang memudaratkan.

Jumpa doktor perubatan pula. Ada results yang tak memuaskan. Ala, kita baru nak lega. Kena lah kita ambil langkah berjaga-jaga. Risauuu...

Janji Temu Doktor Mata Dan Perubatan

Agaknya lama tak bersenam lepas operate mata haritu. Kena berpantang kan masa tu. Lemak pun dah menebal. Okay baiklah, kena bersenam, jaga makan, yada yada...

Baru nak happy, dalam masa yang sama kena bersedih juga. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik. Syukuri nikmat semasa sihat. Sakit itu ujian buat kita.