Januari 2026 | Seperti yang dirancangkan, majlis akikah anak buah kami yang baru dan majlis tahlil pun berlansung dengan lancar. Merangkap juga kenduri untuk sambut bulan Ramadan yang bakal tiba.
Kambing untuk akikah masak gulai, daging salai masak lemak cili api dan lauk-pauk yang lain. Sebenarnya saya lupa. Serius lupa dah lauk apa yang ada masa tu. Banyak juga lauk pauk yang saudara mara bawa untuk dijadikan santapan bersama.
Bukan lauk pauk je banyak. Kuih muih, pemanis mulut penuh meja. Meja bawah khemah pun penuh macam-macam menu ada.

Alhamdulillah ramai saudara mara dan jiran datang. Saudara mara datang pun dah penuh dah. Dapatlah juga berkumpul buat tahlil, doa selamat dan menjamu selera. Masa ada kenduri ni lah baru kita dapat berkumpul selain hari raya.

Lepas tetamu balik, barulah kita sempat nak makan. Dapat jugalah makan lauk apa yang di inginkan. Lauk yang sedap-sedap laju habisnya. Ada juga lebihan lauk dan kuih, dibekalkan pada saudara mara. Saya pun dapatlah bawa lauk pauk sikit mana yang ada.
Ni antara popis tersedap. Masih rangup walaupun dah sejuk sikit. Patutlah sedap sebab ownernya yang jual.

Syukur semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah...Lauk kambing, nasi dan lauk daging masak lemak cili api tu order catering je. Kalau nak masak semuanya pengsan oiii.
Nak melayan tetamu lagi. Lepas majlis nak kena mengemas semua. Cuci bekas-bekas besar tu yang leceh sikit. Cuci kat paip luar macam biasa. Dah macam kenduri kahwin pula kan. Macam tu lah kenduri bila di kampung.
Saya tolong apa yang patut dan mengemas je lah. Nak masak kuantiti banyak ni memang tak pandai lah kita. Serahkan pada yang pakar.
12 Comments
Seronoknya bila ada kenduri macam ni kat kampung, Fiza. Masa ni lah paling best nak berkumpul dengan saudara-mara dan jiran tetangga, riuh-rendah dibuatnya. Alhamdulillah, semoga majlis akikah dan tahlil ni mendapat keberkatan
ReplyDeleteBetul. inilah masanya nak berjumpa dengan semua saudara mara. Alhamdulillah...
DeleteKenduri mmg seronok jumpa saudara mara..nak mengemas tu adeh...
ReplyDeleteYe, betul sangat tu. Mengemas tu kena sambung penatnya. huhu..
Deletealhamdulillah, majlis berjalan lancar.
ReplyDeleteAlhamdulillah..Syukur.
DeleteWah meriah piza... alhamdulilah ramai tetamu dtg meraikan majlis.. makanan pun byk dan pelbagai.. mcm lama juga x buat tahlil.ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah..tahun ni macam lagi meriah. Ramai yang datang, ramai juga yang bawa makanan. Meriah tetamu dan makanannya.
Deletealhamdulillah, meriah eventnya
ReplyDeleteAlhamdulillah...meriah tetamu dan hidangan yang ada.
DeleteYelah, bila kenduri-kenduri ni kita bantu apa yang kita mampu jelah. Ammi pun nak suruh masak memang taklah...jadi takat basuh-basuh ayam, daging, kupas2 bawang, ubi. Goreng-goreng ayam tu bolehalh...nak suruh buat kuah lomak mmg jauhhhh nanti lari rasanya
ReplyDeleteBegitulah Ammi. Janji kita buat kerja gitu. Memasak tu bukan kepakaran kita kot kan. Setakat bantu-batu je lah boleh. Hihi..itulah. risauuu...
Delete