Ini cerita tahun lepas bulan Disember 2025, tapi baru nak up cerita ni bulan Julai 2026. Aci lah kan? Banyak cerita tertangguh yang terpaksa ditangguhkan. Sehari selepas mak meninggal, saya uruskan untuk sijil kematian arwah mak.
Urusan sijil kematian arwah abah sebelum ni saya uruskan juga. Mana yang boleh kita uruskan, kita uruskan. Ada kesempatan sehari lagi dikampung masa tu sebab esoknya saya ada appoinment follow up operation mata.

Awal pagi dah pergi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Segamat. Masuk-masuk je ada guard/staff tanya untuk buat urusan apa. Dia akan bantu untuk ambilkan nombor giliran. Senang ada yang bantu. Tak ada lah kita terhegeh-hegeh ambil masa nak membelek dan tekan apa di mesin tu..
Lebih kurang 5 minit menunggu, sampailah giliran saya. Untuk permohonan sijil kematian ni hanya boleh dibuat oleh waris terdekat sahaja.

Masa saya pergi tak ramai pun. Jadi, taklah lama menunggu. Sebelum ke kaunter, ambil siap-siap gambar kad pengenalan/Identity Card (IC) arwah mak buat kenangan sebab lepas diserahkan di kaunter, IC akan dipotong dan tidak dikembalikan.

Pemohon/waris terdekat yang layak
- Ibu/bapa
- suami/isteri
- anak
- adik-beradik
Dokumen yang diperlukan
- Kad pengenalan simati (asal & salinan)
- Kad pengenalan pemohon
- Surat pengesahan kematian
Saya buat salinan siap-siap dokumen yang diperlukan. In case tiba-tiba minta pula kan. Untuk maklumat lanjut terkini boleh rujuk di website JPN.
Di kaunter perlu isi borang yang disediakan. Selepas isi dan tandatangan, kena tunggu sebentar sementara menunggu sijil kematian siap.
Sebelum ni dapatlah tengok dia potong IC di depan mata kita. Tapi haritu, lepas dah selesai isi borang dan tandatangan dia suruh tunggu di tempat duduk. Agaknya lepas tu baru dia potong. Dah tak potong depan kita dah.

Tak lama menunggu, sijil kematian pun siap. Mudah dan cepat urusan sijil kematian. Tak perlulah nak tunggu sehari ke baru siap. Alhamdulillah, Allah permudah segala urusan. Semua dah serba cepat siap sekarang ni.
Saya pun baru tahu, sijil kematian ni bukan hanya boleh buat satu je. Kalau waris lain nak buat simpanan sijil kematian asal juga, boleh mohon dimana-mana cawangan JPN.
20 Comments
tak sanggup nak hadapi momen buat sijil kematian utk org2 yg kita sayang.. :( i dh tak ingat saper yg buatkan sijil kematian arwah ayah MZ...dh 17 tahun ayah pulang ke hadratNya
ReplyDeleteYe, betul tu. Kena kuat dan buat juga untuk urusan² yang lainnya.
DeleteAl fatihah untuk arwah ayah MZ.
Kalau waris lain boleh buat maknanya minta sijil sahaja ya?
ReplyDeleteYe, betul. Buat permohonan sijil macam biasa. Bagi IC.
DeleteKak SA masa buat untuk arwah mak dulu, masa dia potong ic tu depan kita..meleleh2 airmata masa tu...sampai pegawai tu rasa serba salah plak...
ReplyDeleteSedih sangat kan kak.
DeleteRasanya masa arwah FIL dulu, husband yang buat semua.. sebab dia dapat cuti 5 hari tak silap..cuti kebajikan..
ReplyDeleteAlhamdulillah..Ada masa untuk uruskan semuanya tu.
DeleteSijil utk arwah mak & abah sy tak handle.Rasa mcm sayu je.. =|
ReplyDeleteYe, begitulah. Tapi nak buat macamana, kita perlu uruskan juga.
Deletesedihnya.. masa kakak sy meninggal hari tu, abg ipar dah siap2 buat salinan ic dan laminate sekali bg kat adik beradik kami dan mak abah.. masih ada lagi sebagai kenang-kenangan...
ReplyDeleteBagus juga buat macam ni. At least ada kenangan untuk kita.
DeleteSebak rasa baca entri ini. Tentu mengundang rasa sayu setelah kehilangan insan tersayang buat selama-lamanya.
ReplyDeletePerasaan tu tak dapat nak diungkapkan kak Amie. Sedih sayu terkenang semualah.
Deletetengok sijil arwah mak mentua, sedih. sebab asben simpan.
ReplyDeleterasa nak jerit, mak tengok apa anak mak da buat dengan kita? takpe mak, kita strong~
Bila tengok sijil kematian ahli keluarga yang telah pergi selamanya, terus rasa sesak dada. Rindu tu makin berat. Semoga kita terus kuat. inshaAllah.
DeleteDulu urusan kemarin certificate mama dan papa mertua selalu suami saya yg uruskan. Jujur saya berharap sangat jangan sampai mengurus akte kematian dari keluarga 😭. Ntahlaah, sedihnya seperti apa
ReplyDeleteSedih tu jangan cakaplah. Tapi perlu juga kita uruskan.
Deletemasa arwah ayah ammi (tahun 99) abang ipar yang buatkan sijil kematian.
ReplyDeletemasa arwah mama memang ammilah yang uruskan sebab ammi je yang sihat dalam rumah tu. Yang lain semua baru pulih dari Covid yang teruk. Tapi masa arwah mama (tahun 2021) masih lagilah dia potong depan kita ic tu...huhu sedihnya lahai masa tu. Dahlah tak jumpa mama buat kali terakhir, cium tak dapat, tengok jenazah tak dapat.
Masa arwah abah saya tahun 2022, masih lagi juga potong depan kita. Sekarang je tak. Maybe ada isu kot.
DeleteAllahuakbar, beratnya ujian Ammi. Tak dapat nak peluk cium. Even jumpa pun dah dapat buat kali terakhir. Berat sungguh rasanya hati ni. Dapat rasakan tu Ammi. Alaa..kenapa buat kita sedih semula ni.