Header Ads

Ayam Goreng Kunyit Berlado Pedas Berapi

Ayam lagi? Ye, sementara tekak boleh terima ayam kita masakkan je lah. Dua hari berturut turut masak ayam. Ayam masak kicap dah. Lepas tu masak ayam goreng kunyit berlado (baca : berlada) pedas berapi pulak.

Sebelum ni anti ayam betul. Lebih kurang dekat sebulan jugalah rasa menyampah kat ayam tu. Tengok, bau pun tak boleh. Kalah alahan orang mengandung. Kah!

Sekarang ni macam dah mula okay boleh kawan baik dengan ayam kejap. Tengok esok lusa nanti gaduh balik memang kita makan sambal tumis ikan bilis campur belimbing buluh je lah. 

Ayam Goreng Kunyit Berlado Pedas Berapi


Untuk resipi ayam goreng kunyit berlado ni boleh rujuk dalam link di atas. Malas nak taip semula. Rujuk je entri lama okay.  Kalau nak cuba masak cara saya. Cuma kali ni tambah tomato cherry sikit. Boleh makan tomato cherry yang manis ada masam sikit.

Oleh sebab masak sikit je, rajinlah nak menumbuk bahan-bahan tumbuk guna lesung batu. Siapa kata perempuan guna lesung batu tak wujud lagi? ehhhh ada! Pandai pandai je cakap kan. Ada je suka masak guna lesung batu. Lagi sedap rasa masakan tu, kan?

Masakan ayam goreng kunyit berlado pedas berapi ni saya letak extra cili api untuk rasa sensasi pedas cili api. Boleh juga panggil ayam goreng berlada serai sebab letak serai juga. Wajib letak serai baru wangi dan lebih sedap.

Ada juga panggil ayam goreng berlada cili api ala ala ayam balado minang. Tapi versi masakan minang tak letak serai.

48 comments:

  1. sedappp ni fiza
    masakan berlado
    akak kalau ikan tu rajim masak mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masak ikan macam ni pun sedap juga. Apa apa masakan berlada pun sedap :)

      Delete
  2. mesti sedap kan sbb pedas. menarik resipi ni. bila2 nnti bleh cuba.

    ReplyDelete
  3. Nengok ayam berlada ini teringat karakter malaysia upin ipin. Hehe

    Dari foto terlihat sedap sekali Kak. Boleh tak cicip sikit? 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..ayam guring baru ayam upin ipin.
      Ya, memang sedap. Silakan :)

      Delete
  4. hahhahaha sedappp!!! Dapat bygkan kesedapan nya.. ni arwah mak k ret suka buat cmani gak:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa..itulah orang dulu dulu masakannya simple tapi sedap :)

      Delete
  5. kalo tumis dgn bahan tumbuk guna lesung batu mmg extra sedap!
    mungkin cara lama tu.. lain mcm rs dia.. haha

    ReplyDelete
  6. Alaaaaa... buat kita laparlah.. hari ni akak masak lunch lambat sikit sebab tadi bekfes lontong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh sedap betul pepagi dah pekena lontong. Memang kenyang lama tu. Next menu boleh masak ayam kunyit berlada pulak kak :)

      Delete
  7. Ini makan memang laju dan laku cepat habis lauk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Saya masak pun untuk sekali makan je ni. Malam menu lain dan ringkas je :)

      Delete
  8. Suka makan benda yang pedas-pedas eh.. Pedas memang sedap..

    ReplyDelete
  9. sedapnyaaa! klo mkn lauk berlado nie boleh hbis stu periuk nasi..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasyat tu sampai habis satu periuk. hihi..saya masak nasi cukup cukup. Tak menambah nasi tapi ratah lauk je :)

      Delete
  10. sedapnya, ayam kunyit is one of my favourite!

    ReplyDelete
  11. Sedap ni Fizah ayam goreng kunyit balado podeh! Lado itulah tang sodapnyo.

    ReplyDelete
  12. sedap nampaknya tu..boleh la cuba nanti...

    ReplyDelete
  13. Nampak cantik dan menyelerakan warna sambal, pandai masak, mesti sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..sedap ikut selera saya.
      Terima kasih kak :)

      Delete
  14. Replies
    1. Wahh tak rasa lagi ni. Hihi..Sedaplah ikut selera saya :)

      Delete
  15. hihi, kdg2 mmg kita jadi tak lalu nak mkn sumting, kdg2 nak mkn repeat yg tu jer berkali-kali. adus teringin pulak tapi stok ayam habis, nak tukar guna daging pulak, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikTimm. Boleh jugak guna daging. Sedap jugak :)

      Delete
  16. Pedas pedas macam ni memang menambah dua tiga kali. Tak de sayur pun tak pe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betulll..tapi saya taklah menambah. Masak nasi cukup cukup je. Ratah lauk je :)
      sayur, ulam ulaman pun sedap :)

      Delete
  17. Mama saya termasuk yg masih pakai lesung batu kak :D. Katanya kalo giling bumbu pakai blender, rasa tak best. Hahahaha.

    Tapi kalo saya, tak bisalah. Asisten di rumahpun tak bisa pakai lesung 🤣. Dia lebih suka pakai blender. Ya sudahlaah, saya tak paksa. Yang penting masakannya jadi dah.. :D.

    Nampak sedaaap ayam di atas tuh :D.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaa..betul tu. Pakai lesung lagi sedap rasa masakannya.

      Hihi..zaman moden lebih suka gunakan yang mudah aja. Ya, asalkan masakan menjadi sudah.

      Ikut selera sendiri pasti sedap :)

      Delete
  18. Ayam goreng kunyil kalau campur berlado pedas memang umphhhhhhhh. Tetapi saya dah kena start kawal bab bab pedas ni sebab gastrik dah tak boleh tolerate dah :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe! Memang meletop rasa dia. Tapi kalau gastrik jangan berani berani makan pedas. Bahaya tu. Take care Nad :)

      Delete
  19. sedap betul ni, fiza.
    simple but elegan. ayam dan cili padi.

    kelmarin aida buat gini. simple. guna cili hijau & cili padi.
    abis idea dah fiza nak masak pe hu hu hu...
    esok lusa baru la nak gi beli ikan. bosan da anak2 dgn ayam & daging :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali makan memang sedap dan selagi tak jemu dengan ayam :)

      Delete
  20. uiii dpt mkn dgn nasi panas2 syok ni������

    ReplyDelete
  21. Dapat bayangkan kepedasan dia tuuu! Kalau saya makan ni, confirm keluar masuk toilet hahaha sebab tak tahan pedas >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..Kalau tak makan pedas, jangan makan. Tak pasal sakit perut nanti

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.