Header Ads

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto dan Picarts

Sebenarnya tak tahu nak tulis tajuk apa. Mungkin lepas tengok tutorial ni akan faham apa yang saya nak sampaikan. Tak tahu tajuk yang sesuai. Atau lebih tepat lagi tak tahu perkataan yang sebetulnya nak digunapakai. 

Mungkin boleh letak tajuk cara edit gambar guna phonto atau picsart atau cara edit gambar letak tulisan. Sesuai tak? Sesuai ke tidak, tajuk dah ada dah pun. 

Harap faham lah ye kalau tengok gambar bawah ni. Pada sekeping gambar, saya letakkan info wikipedia. 

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto dan Picarts

Bagi yang suka edit gambar nak letak info sekali boleh gunapakai cara yang saya gunakan untuk edit gambar. Gambar pun nampak lebih menarik ada info. Tak perlu pun nak copy paste segala ayat ayat informasi tu. Screen shot je information yang nak letak dalam gambar tu.

Saya lebih suka gunakan aplikasi phonto. Kadang kadang guna aplikasi picarts juga. Asalkan ada tools untuk add gambar dan blend gambar. Ikut suka nak guna mana mana apps yang lebih mudah. 

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Phonto

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Picarts

Cara Tampal Info Di Gambar Guna Aplikasi Picarts

Untuk background putih, perlu kan teks yang berwarna hitam/gelap. Jikaa gambar background gelap, kena cari gambar yang background hitam tulisan putih.  Jelas?

Boleh tambah seberapa banyak gambar screen shot yang awak nak. Terpulang. Ulang je step yang sama. Mudah je, tak perlu nak copy paste info dan kena edit lagi tulisan tu. Guna kaedah tampal terus kan senang. Info pun tak tersilap.

Selamat mencuba. Tak faham? Boleh tanya di kotak komen

39 comments:

  1. sy belum penah try gn apps ni lg. tp menariklah👍👍👍bolehlah sy try nnt. thanks 4 sharing fiza😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti cuba ye kot terajin nak edit. Sama-sama Anies

      Delete
  2. p/s terima kasih sggh blog sy. nnt sy dtg smbg komen ya..😊

    ReplyDelete
  3. Bagi mereka yang hendak buat kelainan boleh cuba buat apa yang Fiza ajar.

    ReplyDelete
  4. apps ni untuk HP ke atau bole guna kat komputer sekali?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aplikasi untuk handphone kalau untuk komputer dipanggil software. Maafkan kalau saya silap

      Delete
    2. hehehe.. saya pon silap, bukan org teknikal. so ini utk hp la ye. tak dapek nak install pasal memori phone dah nak full..

      Delete
    3. ye, untuk handphone. Nanti kot dah clear boleh cuba cuba :)

      Delete
  5. Seronoknya pandai IT..
    Saya memang rabun IT teruks sebab saya malas berlajar..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna handphone je ni kak. Ada masa rajin boleh belek belek 😊

      Delete
  6. Banyak ilmu IT yang Fizah kuasai. Kalau rajin teroka memang kita boleh mahir kan Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...dah biasa buat jadi mahir sikit kak Amie :)

      Delete
  7. Jap, maksudnya.. kita ss je mcm biasa.. or kena cut ss tu.. sebab bila ss.. dia tgkp semua paparan skrin. kan.. huhu

    ReplyDelete
  8. Ok, baru baca semula kat photo... kena crop that ss baru past.. ok.. nicee... hahahaa.. boleh try ni.. sy save this info... tqq

    ReplyDelete
  9. Thanks for sharing this, Fiza. Nanti akak nak cubalah 😊

    ReplyDelete
  10. jarang guna phonto... nnt kakmim nk try ikut cara fiza ni lah

    ReplyDelete
  11. Phonto x pernah guna. Selalu picsart je. Thanks share

    ReplyDelete
  12. owh,xtau pulak apps phonto boleh edit gini, selalu guna phonto utk download tulisan cecantik jer..

    ReplyDelete
  13. NAMPAK MUDAH JE SIS FIZA EDITKAN , DALAM FONE ADA JUGA APPS PISART NI , JARANG SEKALI NAK GUNA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je lyana. open file, add file, blend gambar dan save je. Lepas ni kalau rajin boleh guna.

      Delete
  14. bagus info camni., x lokek berkongsii ., kipidap ;p

    ReplyDelete
  15. Tak pernah try.. Tapi gambar Fizah semua cantik. Suka sangat !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh try Naniey. Alhamdululillah..Terima kasih :)

      Delete
  16. Boleh tryyy sebab memang lawo gambor kalau letak macam tuuu, pernah try tapi saya copy paste, gigih betul copy paste. Lepas ni screenshot aje lah kan kak fiza, nampak simple dan senang aje. Nice sharing kak fiza ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Atiqah. Lebih menarik jadinya kan. Selamat mencuba :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.