Header Ads

Resipi Rendang Kerang Frozen

Orang lain sibuk buat rendang daging, saya buat rendang kerang. Rendang kerang ni menu semalam. Harini saya puasa. Tapi tak terfikir nak masak apa lagi ni untuk berbuka. Separuh kerang frozen yang saya beli dan buat sambal kerang.

Separuh lagi kerang frozen memang niat dah nak buat rendang kerang semalam. Puas hati dapat buat rendang kerang frozen ni. Mudah tak perlu kopek kulit kerang. Cuma sebelum masak rendang tu, saya rebuskan dengan serai dan juga halia serta garam sikit untuk lembutkan isi kerang.

Walaupun kerang frozen ni tak berbau tapi selepas rebus dengan serai dan halia tu sekurang-kurangnya hasil kerang tu lebih baik. Lembut dan tak berbau. Cepat juga proses masak rendangnya nanti tu. Kalau malas nak rebus, boleh je masukkan terus masa memasak rendang tu. Cara masing-masing.

Resipi rendang kerang frozen ni saya ikut cara masak rendang ayam je. Semua bahan sama dan kaedah sama je cuma beza dari bahan utama nya je kerang dan ayam. Saya suka rendang kerang berempah jenis menumis dulu. 

Ada juga rendang kerang tanpa santan. Tapi belum pernah lagi masak rendang tanpa santan. Macam tak feel pulak masak rendang tak rasa lemak santan. Ikut selera masing-masing.

Resipi Rendang Kerang Frozen

Resipi rendang kerang frozen

Cuci dan rebuskan kerang dengan serai, halia dan garam sikit. Dah masak, angkat dan toskan.

Bahan-bahan
Kerang frozen yang dah siap direbus
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1 inci kunyit hidup *
Segenggam cili api *
2 sudu besar cili kisar
100ml santan (santan kotak, saya guna santan kotak kara lebih pekat)
1 sudu camca garam (saya guna garam bukit)
1 sudu besar gula perang
1 helai daun kunyit (dimayang halus)
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya guna 1 cawan je sebab kerang dah dimasak dulu)

Cara masak rendang kerang

  1. Kisar bahan-bahan yang bertanda  *.
  2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar tadi.
  3. Tumis sampai naik bau, baru masukkan cili kisar. Kacau rata dan biarkan sampai pecah minyak.
  4. Masukkan kerang dan kacau rata. Biarkan kejap. Baru masukkan air, santan, garam dan gula.
  5. Biarkan sampai kuah hampir kering. Sambil sambil tu kacau supaya bahagian bawah tu tak melekat hangit. Akhir sekali baru masukkan daun kunyit. Kacau rata dan siap!
Rendang kerang makan dengan apa sedap ye? Makan dengan nasi pun dah menyelerakan. Sedap juga makan dengan pulut, ketupat atau lemang. Semua pun sedap lah.

Kecur air liur tengok menu rendang kerang ni. Tapi dah habis semalam dah. Menu berbuka harini tak tahu nak masak apa. Macam beli je nampaknya.

Esok pun tak tahu nak masak apa untuk raya. Beginilah kehidupan raya perantauan. 

39 comments:

  1. Nanti hendak cuba juga buat rendang kerang. Terima kasih bagi idea.

    ReplyDelete
  2. pernah beli kerang frozen, rasa mcm kurang juicy..masak sambal atau rendang baru sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, kurang juicy sikit. dah masak bersambal atau rendang dia rasa sedap sikit. Kalau rebus saja mungkin kurang sikit kot.

      Delete
  3. wowww... rendang menarik tp k ret x makan kerang plak hehhe...
    kat rumah ni pun br je masak rendang daging :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh tak makan rendang ye. Takpe, boleh buat rendang lain yang makan. Wahh best tu rendang daging

      Delete
  4. Ya Allah nampak sedapnya.. dah lama tak makan kerang. This is so mouthwatering

    ReplyDelete
  5. Sedapnya ni kalau dimakan dengan nasi lemak....slurppp 🤤🤓

    ReplyDelete
  6. Ingatkan rendang kerang ni menu raya. Salam Aidiladha Fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh tak lah Sal. Menu sebelum raya. Selamat Hari Raya Aidiladha Sal :)

      Delete
  7. Makan dengan apa pun sedap rendang kerang nie.. Suka juga makan.. Kalau dapat isi kerang yang besar-besar lagi puas makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju KakSha. Sedap makan dengan apapun. Isi kerang besar memang puas makan. Dapat yang fresh lagi sedap.

      Delete
  8. sedapnyaaa...tadi ada jirang hulur rendang buat juadah raya esok. selamat hari raya eid adha kak Az!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...rezeki dapat rendang dari jiran.

      Happy Eid AO :)

      Delete
  9. Tak pernah rasa rendang kerang..
    Raya di bandor... hm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time ada rezeki jumpa rendang kerang, jangan lupa rasa tau

      Delete
  10. tak pernah pula makan rendang kerang ni. boleh cuba :)

    ReplyDelete
  11. Aduhai, tergodanya tengok. Sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh cuba merendang kerang pulak kak. dah tergoda tu kena cuba pulak.

      Delete
  12. First time tengok rendang kerang, dan nampakkkk sedappp! Ahhhhh semua makanan yang berunsurkan kerang semua sedap sedap belake hehehe :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat kerang ke? Samalah kita. ada unsur kerang pasti sedap saja.

      Delete
  13. Fevret saya ni. Klu beli nasi lemak tp jalan ade rendang kerang, mesti saya beli…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambal kerang makan dengan nasi lemak memang sedap tu

      Delete
  14. Sedapnya rendang kerang. Makan dengan nasi lemak... yum yum..
    Sepanjang hidup naniey ni belum pernah masak rendang lagi ni. InshaAllah nak try masak minggu ni buat pertama kali. Harap harap jadilah. Selalu makan yg orang masak je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam kena cuba masak rendang tu nanti. Selamat mencuba dan semoga hasilnya memuaskan selera.

      Delete
  15. sedapnya. makan nasi sedap, dgn nasi impit pun sedap gak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang semestinya sedap dimakan bila raya. yup, makan dengan apa pun sedap juga :)

      Delete
  16. SELALU MAKAN SAMBAL KERANG , KERABU KERANG , RENDANG KERANG BELUM PERNAH CUBA LAGI , MENARIK JUGAK NI

    ReplyDelete
  17. wah, sedap sedap, terima kasih sudah berbagi idea memasak kerang, kak Fiza, saya biasa hanya memasak kerang bumbu kuning je, lain kali nak coba memasak rendang kerang.. hmm

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.