Header Ads

Cara Permohonan Pengeluaran i-Citra Online Bermula 12 Julai 2021

Seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan dalam Bantuan Khas COVID-19 (BKC), pencarum KWSP yang terjejas akibat PKP, KWSP telah memperkenalkan pengeluaran i-Citra. Ikut jadual asal, tarikh permohonan i-Citra KWSP 2021 pada 15 Julai tapi telah diawalkan.

Pencarum KWSP boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra online bermula 12 Julai 2021. Pemohon boleh membuat pengeluaran maksima sehingga RM5000 dengan kadar bayaran tetap RM1000 ribu sebulan untuk tempoh 5 bulan. 

Ia tertakluk kepada jumlah simpanan KWSP ahli. Pembayaran pertama dijangka akan dikreditkan dalam akaun ahli pada bulan Ogos 2021.

Syarat permohonan i-Citra

  • Baki minimum dalam akaun KWSP berjumlah RM150.
  • Pengeluaran minimum adalah RM50.
  • Pencarum perlu meninggalkan baki dalam akaun sebanyak RM100 selepas pengeluaran berjaya dilakukan.

Permohonan dan Semakan i-Citra 2021

Permohonan i-Citra KWSP online boleh mula dibuat pada 12 Julai 2021 di laman sesawang : icitra.kwsp.gov.my

Cara permohonan i-Citra

1. Layari icitra.kwsp.gov.my dan pilih PERMOHONAN.
2. Isikan Nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda  melalui pengesahan Nombor OTP atau Soalan      Keselamatan.
4. Tentukan AMAUN PILIHAN PENGELUARAN. Rujuk pada A atau B di sebelah kanan.
     A : Skrin akan memaparkan jumlah maksimum AMAUN PILIHAN PENGELUARAN.
     B : Tetapkan AMAUN PILIHAN anda dengan menggerakkan penunjuk.
5. Tekan TERUSKAN.
6. Lengkapkan Maklumat PemohonMaklumat Pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN.
7. Semak semua maklumat dan tandakan ✅ sebelum tekan HANTAR. Selesai.

Untuk Semakan status permohonan i-Citra juga turut boleh dibuat dalam pautan web yang sama di atas.

Kesimpulan Permohonan i-Citra Online 2021

Tarikh permohonan i-Citra online : 12 Julai 2021
Jumlah pengeluaran maksimum i-Citra : RM5000
Tarikh akhir permohonan i-Citra : 30 September 2021

17 comments:

  1. Harap ia membantu mereka yang terjejas.

    ReplyDelete
  2. Dulu i-Sinar, akak tak keluarkan. Yang i-Citra ni pun, rasanya tak keluarkan kot. Biarlah duit tu beranak kat dalam. Cukup makan pakai. Alhamdulillah. Biarlah orang yang terjejas pendapatan je yang keluarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak. Bagi yang terjejas bolehlah keluarkan. Yang masih berkempuan sebaiknya simpan dulu

      Delete
  3. Yess.. ini yang dinanti nantikan... Boleh try

    ReplyDelete
  4. Moga moga dapat membantu keluarga yang terjejas disebabkan pandemikkk. Walaupun ini sepatutnya digunakan masa pencen nanti, tapi apa boleh buat kannn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kan. Tapi nak buat macamana, terpaksa juga jika pendapatan terjejas demi kelansungan hidup

      Delete
  5. Terpaksa mohon. Sebab agak terjejas sbb gaji xde 😆

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. Perkongsian yang membantu..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.