Resipi Sambal Kerang Guna Kerang Frozen

Bahaya betul bila tengok media sosial ni. Bila mata banyak memandang makanan sedap. Mengundang betul rasa nak makan tu. Husband tengah tengok video Dato' Hattan masak sambal kerang. 

Tiba-tiba dia bersuara “macam sedap je nasi lemak sambal kerang”. Eh eh macam nak suruh kita masak je tu?

Nak ke? Pelawa saya. Beli lah kerang, saya sambung lagi. Esoklah katanya. Waktu pun dah pukul 5 petang macam tu. Macam okay jugak kalau masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam. Kan? Lagipun macam lama tak masak nasi lemak.

Saya pun jengah lah facebook page taman rumah. Kot kotlah ada jual kerang fresh atau kerang frozen. Saya pun belek lah satu satu penjual yang ada. Tengok macam elok je kerang frozen tu.

Terus laju-laju contact pembekal isi kerang frozen tu. Harga isi kerang RM30 sekilogram. Charge delivery RM5 dari Rembau katanya. Okay bayar je lah. Malas banyak cito (baca : cerita). 

Lepas tu dia hantar lebih kurang pukul6 lebih. Mujur cepat sampai. Dapatlah saya masak nasi lemak sambal kerang untuk makan malam sebelum maghrib.

Resipi Sambal Kerang Mudah

Besar besar isi kerang dan elok semuanya. Tak ada pun berbau ke apa. Lagi mudah kerja masak kerang frozen. Tinggal cuci dan masak isi kerang yang dah tersedia.

Harga Isi Kerang Frozen
banyak juga 1 pek sekilo ni. 2 kali masak


Cara melembutkan isi kerang frozen

Apa yang saya tahu, kena rebus kerang dengan serai, bawang dan letak garam sikit. Bila dah mendidih angkat dan letak dalam bekas ais. Nanti kerang nampak fresh dan tak kecut.

Resipi Sambal Kerang
gambar gegar pun jadi lah ye


Resepi sambal kerang masak cara Fiza

1/2 kilo kerang frozen
2 biji bawang besar (1 biji kisar, 1 biji hiris)
2 ulas bawang putih (kisar)
5 sudu cili kisar
1/2 sudu pes asam jawa
2 sudu sos cili
1 sudu sos tomato
Minyak untuk menumis
Air
Garam secukup rasa

Cara masak sambal kerang
  1. Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar kemudian bila dah naik bau masukkan bahan blender (bawang besar dan bawang putih)
  2. Bahan tumis dah naik bau dan garing sikit, masukkan cili kisar. Kacaua rata dan biarkan sampai garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan 1/2 sudu pes asam jawa adabi, sos cili, sos tomato dan garam secukup rasa. Biasanya saya letak garam sikit je sebab sos dah ada rasa sikit.
  4. Masukkan kerang dan air secukupnya. Kacau rata dan biarkan masak. Hampir masak saya tambah sikit hirisan bawng. Dah kering sikit angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Alhamdulillah dapat tunaikan permintaan orang yang teringin makan sambal kerang tu. Makan tak pandang kiri kanan dah. Saya hidangkan dengan nasi lemak guna santan separuh kotak, letak daun pandan dan sedikit garam. 

Letak beras berisi air dalam mangkuk guna kaedah double boil letak dalam periuk nasi. Masak cukup cukup so dia tak akan menambah dan membazir gitu sebab tak ada nasi yang akan menjadi kerak.

baca juga : cara masak nasi tanpa kerak dan membazir

Saya gorengkan telur mata, ikan bilis goreng rangup dan hirisan timun. Food plating tak berapa nak menyerlah sebab nak cepat makan ada orang dah lapar. Entah mana mana lens focus entah.

Nasi Lemak Sambal Kerang

Sedap juga masak kerang frozen ni. Ingatkan kerang frozen liat, rupanya tak lah seliat yang disangka kan. Liat tu ada lah tapi tak semua. Dalam seketul dua tu adalah rasa sikit. Bukan tak ada lansung. Standard lah kan.

Kerang frozen tahan berapa lama agaknya ya? Selagi mana kita simpan dalam peti ais sejuk beku tu, selagi itulah dia elok untuk dimasak. Kan? sama konsep dengan bahan basah yang lain.

Kerang ni payah nak jumpa. Kalau jumpa kira rezeki dah tu. harga sekilo pun dah mahal. Lepas ni beli kerang frozen je lah senang kerja tak  perlu mengopek isi kerang. 

Isi kerang masak apa sedap selain sambal kerang? Sedap juga masak tumis pucuk paku kerang, campurkan dalam mi kari, kuetiau goreng dan masak rendang kerang pun sedap.. Asal ada kerang, pasti sedap.

Area Seremban dan berdekatan boleh contact pembekal kerang Ibrahim : 019-3733505

46 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Saya tak pernah makan kerang frozen. lepas baca entri fiza ni, saya rasa tak teragak dah kalau beli kerang frozen pun. lagi mudah kan. Favourite saya kerang ni. saya suka masak kunyit dan sambal mcm ni. tetiba teliur pulak hehehhe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, mudah lagi nak masak. Kurangkan masa penyediaannya. Favourite saya jugak. Sedap jugak tu masam kunyit.

      Delete
  2. Nampak cantik kejadiannya. Nasi lemak dengan sambal kerang. Memang berselera makan! :)

    ReplyDelete
  3. Besar ais isi kerang tu Fiza. Kerang memang mahal. Untung beli yang sudah siap kopek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan besar juga isi kerang ni. Memang untung beli yang dah siap ni. Semua okay puas hati

      Delete
  4. uish sedap kerang ni buat masak sambal :)

    ReplyDelete
  5. Elok jumpa penjual kerang dah kopek yang besar dan elok.
    Haha sekarang ini semua serba mudah. Cepat buat kerja. Rasa cepat juga Fiza siapkan nasi lemak itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..rezeki dapat jumpa yang bagus. Kejap je kak sebab masak sikit je pun.

      Delete
  6. Semalam nadya buat nasi lemak sambal kerang jugak . Beli kerang frozen jugak.. mok mok ehh kerangnya tu 😆

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah dapat apa yang dihajatkan, sedap nampak, pandai masak nasi lemak kukus..thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. nampak menyelerakan sambal kerang fiza..shida kerang pernah masak 2 menu je..rendang kerang dgn kerang rebus air asam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap Shida. Pasni boleh cuba buat sambal kerang pulak.

      Delete
  9. sedapnya sambal kerang.
    hari tu pernah beli kerang frozen jgk, tp beli di supermarket la. mcm susah nk cuci sbb byk pasir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..kat supermarket tu macam kurang gemar beli. kadang stok lama dan kurang sedap.

      Delete
  10. bestnya! sedap ni. saya pun dah start guna kerang frozen sebab skrg mmg susah cari yang hidup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..betul, susah nak jumpa kerang fresh. Ada yang frozen pun jadilah

      Delete
  11. Ya Allah sedapppnya kerang! Favorite saya walaupun allergik dengan kerang hehehehe. Macam naiss jugak ni kalau beli kerang frozen then buat sambal sendiri. Tapi kerang sini semua macam tak freshhh, kecikk pulakk tuuu huhuhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama favourite kita. Memang nice sangatlah beli yang dah siap buang kulit ni. Senang nak masak.

      Delete
  12. Sedapnya nampak pedas tu sedap. Pinggan sebiji mcm kt rumah mak hehe. Dulu2 punya masih simpan lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pedas pedas baru sedap. Pinggan lama ni, ambil mak punya :)

      Delete
  13. Hari ni wak pun menu kerang
    Rendang isi kerang.
    Tapi pakai kerang fresh.
    Kerang bulu tengah musim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh sama pulak menu kerang cuma penyediaan berbeza. Kerang fresh lagi sedap wak. First time dengar kerang bulu. Bila musim puas lah dapat makan kerang

      Delete
  14. Kerang bagi saya sedap rebus or bakar gitu je. Mudah jugak bila dah ada frozen ni. Cepat dan terjamin segar

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebut kerang bakar dah lama tak makan kerang bakar kat kedai. Teringin pulak haihhh..ye Sal. mudah dan segar kerangnya pun

      Delete
  15. Owh.. kena rebus dulu ye kerang frozen tu.. ingatkan boleh terus masak je..

    ReplyDelete
  16. Menarik..lepas raya nanti akak nak order la..teringin jugak nak buat sambal kerang dan buat nasi lemak..sedapnyaaa

    ReplyDelete
  17. besar2 kerangnya, fiza. terbaik.
    aida jarang beli kerang ni.
    sebab jarang org jual fresh.
    tapi tu la, 2 minggu lepas beli yg frozen.
    kerang, siput sedut, kupang.

    so buat la sambal kerang.
    memula Izzat jeling je, tak berminat. dia makan sambal je aje.
    aida paksa dia rasa kerang tu sekor dua.
    hmmmmm akhirnya dia tak makan dgn nasi, ratah je kerang tu satu persatu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, besar besar boleh tahan jugak. Nak jumpa yang fresh payah sangat.
      Tu dia bila dah rasa sekali pasti nak lagi.

      Delete
  18. Sedap tuuuu... nasi lemak kerang... mak sy suka kerang.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Nona. pulak tu makan dengan nasi lemak. Boleh geng dengan mak Nona macam ni :)

      Delete
  19. ANTARA MENU FEVERET CCL JUGAK NI , TAMBAH DARAH

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال