Drama Dayang Senandung

Dayang Senandung, sebuah drama melayu siri terbaru lakonan Wani Kayrie, Rozita Che Wan, Scha Elinnea, Hun Haqeem dan ramai lagi. Drama Dayang Senandung episode 1 mula ditayangkan pada 11 Julai 2021 pukul 12 tengah malam di TV Okey setiap hari.

Drama Dayang Senandung TV Okey

Drama : Dayang Senandung
Jumlah episod : 13
Mula tayangan : 11 July 2021
Waktu siaran : 12 tengah malam (Isnin-Ahad)
Siaran TV : TV Okey (RTM)
Penulis skrip : Marr Mohamad
Pengarah : Chad Abdul Rahman
Produksi : Zeel Production Sdn Bhd

Drama Dayang Senandung TV okey full episode di : https://rtmklik.rtm.gov.my

SINOPSIS DAYANG SENANDUNG

Mengisahkan tentang Tanjung (Wani Kayrie) dan Kamalia (Scha Elinnea) menghabiskan segala wang simpanan yang diberikan oleh arwah Damak kepada mereka. 

Drama Dayang Senandung ini juga berdasarkan kisah dongeng Dayang Senandung, seorang puteri yang disumpah berkulit hitam sejak dilahirkan.

PELAKON DRAMA DAYANG SENANDUNG

Wani Kayrie sebagai Dayang
Rozita Che Wan sebagai Siti Tanjung
Scha Elinnea sebagai Kamelia
Shah Iskandar sebagai Damak
Syura sebagai Puspawangi
Hun Haqeem sebagai Fannan
Nafiez Zaidi sebagai Andhika
Jasper Supayah sebagai Sonia
Fendi Seman
Delimawati
Fathia Latiff

Drama Dayang Senandung pernah terpalit kontroversi isu diskriminasi warna kulit  dan netizen membuat petisyen mendesak untuk hentikan produksi drama dayang senandung. Sedia maklum ini bukanlah drama pertama mengetengahkan watak gadis berkulit hitam.

Sebelum ni ada juga drama bertajuk Dayang Senandung Si Dayang lakonan Almy Nadia yang perlu berkulit hitam sama seperti lakonan Wani Kayrie. Ada juga telefilem Awang Senandung lakonan Hairul Hazreen yang disumpah menjadi hitam.

Seperti yang kita tahu, Dayang Senandung adalah sebuah Kisah Lagenda dimana seorang Puteri Raja yang disumpah menjadi hitam sejak kecil. Dia berkahwin dengan Putera Raja dan tinggal di istana tetapi menjadi mangsa buli ibu mertua yang sangat bencikannya. Pada suatu hari ketika suami Dayang Senandung keluar ke negeri lain.

Ibu mertuanya mengarahkan orang-orang istana untuk membawa Dayang Senandung ke hutan untuk membunuhnya dan sebagai bukti, pengawal istana perlu bawa pulang hati Dayang Senandung. Begitulah kisahnya.

26 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. cantik dan tampan pemerannya saya mau juga nonton film ini tapi gak tahu dimana tempatnya.

    ReplyDelete
  2. Wah citer klasik di moden kan ye haha terigt cite lama tu dl kemain hitam sungguh dayanh senandung kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dayang senandung versi moden cuma ceritanya berbeza sikit. Kannn dulu kemain hitam lagi even hitam putih

      Delete
  3. menarik..mcmanalah layanan org ramai kpd dayang senandung..

    ReplyDelete
  4. cerita-cerita mcm ni, biasanya terselit pengajaran.

    ReplyDelete
  5. pernah nampak masa drama ni trending gara2 kulit hitam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..lepas tu sepi. tahu tahu dah kelaur tv tapi midnight pulak

      Delete
  6. Kul 12 tengah malam? memang x tengok la kan..kalau ada ulangan bleh la tgok ulangan

    ReplyDelete
  7. Lewat waktu tayangannya huhuhu, tapi kalau cerita berdasarkan kisah lama lama memang menarikkk untuk ditonton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Atiqah. Siapa nak tengok boleh stay up. Kalau takpun tengok kemudian bila ada ulangan.

      Delete
  8. Banyak dah nampak muka Wany Kayrie timbul kat tv .. sekarang dalam drama ratu tenpin tuuuu sedang berlangsung

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, semakin banyak job lakonan dia. Ratu Ten Pin tak tengok lagi.

      Delete
  9. guna fair & lovely boleh putihkan kulit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..teringat iklan Fair & Lovely. Dah tak de dah..wujud lagi ke tidak produk tu entah

      Delete
  10. Dayang Senandung versi moden pulak ye. Teringat filem Dayang Senandung versi tv hitam putih.

    ReplyDelete
  11. drama RTM.. filem dulu-dulu pun ada pasal dayang senandung ini..

    ReplyDelete
  12. dah tayang ke tak pernah tahu pun drama ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah. sebab pukul 12 tengah malam kot. Ramai tak tahu

      Delete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال