Pasang Moroccan Style Kitchen Wallpaper Tambah Seri Dapur

Rasa macam kena buat sesuatu untuk tambah seri office 'oil & gas' (baca : dapur). Berkenan betul dengan moroccan pattern wallpaper. Macam nak letak moroccan style kitchen wallpaper je kat bahagian belakang dapur masak tu. Macam cantik je..macam lawa je...

Kita pun mencarilah kat shopee dan filter local seller. Dengan harapan ada moroccan wallpaper malaysia. Dapat lah add to cart beberapa yang berkenan sambil tu survey lagi. Bila dah hujung hujung nak submit out of stock pulak semuanya. Laju eh membeli masing-masing.

Corak yang saya berkenan tu orang lain berkenan juga. Moroccan tile style wallpaper yang berkenan banyak dari mainland China. Nak tak nak terpaksalah tunggu lama sikit. Tak lah lama sangat dalam seminggu lebih sikit macam tu.

Nak pasang tile, dinding tu dah bertile warna hijau. Nak tukar tile lain macam tak payah je. Tile pun tak ada cacat cela. Untuk bagi tambah seri dan nampak cerah, saya pilih moroccan tile style wallpaper yang nampak macam tile dan berlatarbelakang kan warna putih. Nampak kena lah juga dengan dinding dapur putih dan table top warna pink.

Moroccan Style Kitchen Wallpaper

Masa nak beli dah ukur siap-siap. Panjang tu saya beli 3 meter sebab nak guna 2 meter lebih je. Cuma satu bahagian tu je saya nak tutup, tepi yang masih ada tile hijau yang asal tu saya tak nak tutup. Cuba juga nak tutup guna wallpaper tapi leceh betul nak pasang pun. So letak satu side je belakang dapur memasak.

Itupun ambil masa juga nak pasang tu. Berpeluh gak lah kami berdua nak pasang bagi nampak betul-betul ikut lebar tile. Tapi itulah dinding yang ber tile tu bukan betul betul ikut ukuran pun. Dah elok ngam ngam ikut garisan tepi, garisan atas pulak senget. Aduhaii...hampir give up nak melekat wallpaper ni.

Dah pasang, cantik berseri sudah dapur comel saya ni. Lebar dia memang tak cukup. Nekad je beli walaupun tahu tak cukup lebar nak tutup full tile tu. Takpe, kita boleh adjust dia kan. Decide untuk tutup bahagian atas, bawah biarkan ada nampak tile hijau tu. 

Bawah tak obvious sangat nampak tak tutup tu. Kan? Cerah sikit dapur sekangkang kera ni. Ada modal nak pasang cooker hood. Dah lama berhajat tapi tak pasang pasang lagi. Buat masa ni guna exhaust fan tepi atas tu.

Bukan apa, pasang cooker hood lagi bagus dapat serap minyak masakan yang bertebaran di udara tu. Kurang sikitlah dapur berminyak. Tak ada cookere hood, lepas masak kenalah lap segala minyak tu.

By the way, saya memang beli moroccan style kitchen wallpaper ni khas untuk kitchen. Sticker jenis tebal, tahan lasak, kalis air, boleh lap kotoran dan tahan lama pakai. Memang sesuai untuk kitchen. 

Selain tu sticker ni boleh guna guna untuk lantai dan dinding bilik air. Nak bagitahu wallpaper ni betul betul tahan lasak dan tahan lama lah gitu. 1 meter RM8.90. Pada saya berbaloi lah. Beli 3 meter untuk tutup bahagian yang perlu je.

Nampaklah ruang cantik sikit kat dapur ni. Decoration pun minimalist je. Guna Dish rack BYGEL rail IKEA (no longer available or produced) sejak tahun 2015 tu untuk meminimakan penggunaan ruang dapur yang secomel ini. 

Kalau berkenan, cari je kat shopee 'Morocco Wallpaper'. Nak tahu tak, lepas saya dah dapat wallpaper idaman nun jauh dari China tu. Bila membelek semula shopee local seller, dia baru restock pattern wallpaper yang saya nak tu. Aduh, sakitnya tu disini.

Walaupun harga dia lebih sikit lebih kurang RM10/1 meter. Dapat local seller lagi bagus tak payah tunggu lama kan cerita dia. Takpelah, dah beli dan pasang pun. 




16 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Cantik. Tenang je tengok. Lighting pun bagus tu.

    ReplyDelete
  2. Susah juga kan pasang kertas dinding. Gigih juga Fiza dan suami.

    ReplyDelete
  3. klu fiza n hubby pun berpeluh nk tampal wall paper tu, klu k ret buat ngan mama uyum, confirm awal2 dah give up ehhehe

    ReplyDelete
  4. Dapur dah berwajah baru . Nampak cantik design tu . Lagi semangat nak masuk dapur

    ReplyDelete
  5. tak payah pasang cooker hood tu, saya selalu terhantuk cooker hood tu masa tengah masak. sakit plak tuh...

    ReplyDelete
  6. lawa.... kalau betul2 pasang tiles corak macam tu...mahal gilas...

    ReplyDelete
  7. Moroccan style ni cantikk! Saya masa praktikal haritu, bilik guru sekolah pasang tiles moroccan ni, memang puas hati tengok hasilnya.

    ReplyDelete
  8. Cantik.. Macam tile rumah-rumah lama..

    ReplyDelete
  9. Cantik fiza.. nina pun berkenan tp kt rumah mak dinding dh siap sedia marmar huhu

    ReplyDelete
  10. akak pun nak beli stiker gini. ada part yg takde tiles kat dapur tu.
    dapur akak pun minimalis, fiza.
    sejenis tak suka serabut. yg perlu aje.
    tapi... dlm minimalis tu, fiza, penuh juga dapur sekangkang kera tu dgn barang :)
    ha ha ah a aha terutama time PKP ni. stok makanan di sana sini.

    ReplyDelete
  11. Wah, cantiknya opis oil and gas dia! 😍

    ReplyDelete
  12. Cantikkk.. kalau saya, memang malas gak la bab wallpaper ni.. huh... Hahahaa...

    ReplyDelete
  13. Wah! Cantiknyaaaaaa. Sy kenaaaa beli ke ni 😆😆

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال