Bukan nak makan 10 sekaligus. Buat stok minum petang atau makan malam nanti. Nak tebar roti canai kita tak pandai. Beli je lah. Sekarang dah ada contact number kedai roti canai dan nasi lemak. Jadi lebih senang. Bila dah siap dia akan whatsapp dan ambil sendiri.
Boleh je nak delivery tapi saja nak jimat RM2. Pergi ambil sendiri dan tak perlu beratur. Kedai tu sentiasa ramai orang. Kalau walk in menunggu setengah jam pun boleh jadi juga. Elok je suami sampai rumah lepas ambil makanan, hujan turun dengan lebatnya. Hujan rahmat di pagi hari.
Syukur sempat sampai rumah baru hujan. Kalau tidak, mahu lencun sampai rumah sebab naik motor. Hujan kat luar, pokok dalam rumah tak kena air. Kenalah siram manually. Pokok fittonia yang comel lagi cantik.
Sejuk sejuk hujan macam ni dapat nasi lemak bungkus daun pisang panas panas terasa nikmatnya. Aroma daun pisang membangkit selera. Zaman sekarang nak cari nasi lemak bungkus daun pisang pun payah. Almaklumlah di bandar ni serba serbi duit. Daun pisang kena beli.
Rezeki hujan di pagi hari. Sesekali cuti masak pagi beli makanan boleh juga bantu jualan peniaga kecilan juga. Dah banyak kali repeat order. Nasi lemak, sambal dan roti canai kena dengan selera.
baca juga : A.S Corner Roti Canai Homemade
سورةُ الرَّحمن
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمنِ الرَّحيمِ
فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُما تُكَذِّبانِ (13)
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan.(13)
Wow, sambal nasi lemak tu nampak menarik sangat. Terliur As...
ReplyDeleteMenarik dan sedap As. Tu yang repeat order.
DeleteKeladi ke tu fiza? Cantikkk
ReplyDeleteTak, Fittonia kak. Ada banyak jenis. semua daun cantik cantik. senang nak hidup
Deletecantik.. fittonia ni nama kampungnya apa? hahaha
DeleteAlamak, macam tak tahu lah pulak. Tahu fittonia. Dia ada banyak corak daun macam pokok ati ati banyak spesis.
DeleteWah sedap, nasi lemak,cantik gambarnya pandai plan siap2 kedepan:)
ReplyDeleteAlhamdulillaha. Terima kasih. Focus yang depan :)
DeleteBetul..pagi ni hujan lebat dan ada sedikit ribut..xde amaran pun...tetiba jer hujan...
ReplyDeleteA ah tiba tiba hujan pagi tadi.
Deleteselamat bersarapan.
ReplyDeleteTerima kasih :)
DeleteBetul kan nak dpt nasi lemak bungkus daun pisang shh skrg ni.. Klu ada pun ciput je nasi nya
ReplyDeleteBetul kak. Sini ada lah 2-3 kedai bungkus guna daun pisang. Tapi yang ni lebih menepati selera.
DeleteSedapnya breafast sambil hujan2. Kami sini hujan pun dah lama tak nampak. rinduuuuu! tapi kalau hujan minta panas pulak. manusia manusia. Msuim2 panas ni best sidai baju. sat ja kering. Musim hujan pulak best ja tidur kikiki
ReplyDeleteManusia ain, mana pernah puas. Begitulahhh...Alhamdulillah pagi ni dapat makan dalam suasana sejuk sikit dari biasa.
Deletehujan hujan ni kalau hidangkan menu apa pun pasti kenyang je masuk perut . berselera
ReplyDeleteSetuju sangat! Asalkan ada makanan masuk mengisi perut.
DeleteSenangkan pesan melalui talian, ambil apabila sudah siap.
ReplyDeleteMemang suka nasi lemak balut daun pisang.
Ye kak. roger dulu, pastu baru amek. Tak payah nak beratur bagai.
DeleteYe kak. senang roger dulu. dah siap baru datang ambil. Sedap nasi lemak bungkus pisang. aroma daun pisang wangi :)
Deletewah, keliatan lezat sekali nasi lemaknya. cocok untuk makan pagi.. :)
ReplyDeleteIya, lazat nikmati nasi lemak makan pagi :)
DeleteKat tempat akak ni, lama dah tak hujan. Nampak menyelerakan, nasi lemak daun pisang Fizah beli.
ReplyDeleteye ke kak? Harap harap hujanlah nanti. Sejuk sikit rasa. Asal bungkus daun pisang mesti menyelerakan
DeleteIngatkan roti canai 10 tu typo, rupanya memang beli untuk simpan dan perangat. Yelah kan, tak bagus keluar selalu. Bestnya hujan pagi, di KL ni lama tak hujan
ReplyDeletehihi..tak typo Sal. Memang biasa beli lebih. boleh buat minum petang ke, makan malam ke atau sarapan esoknya. tambah telur. Itulah musim panas, ingatkan ada jugak hujan turun kat sana.
Deletealahai sedapnyaaa... buat nasi lemak tak susah... tapi yang payah nak jadi sambal nya tu...
ReplyDeleteYe KakYan, sambal tu banyak pantang larang dan proses lama. Beli je lah. tapi kalau mood rajin tiba tiba jadi gigih.
DeleteKejut kita baca beli roti canai 10, rupanya simpan untuk dimakan lain kali hahaha.
ReplyDeleteTapi bagus lah tu beli banyak terus, tak payah beli or keluar acap kali kan kak fiza.
hihi..simpan boleh makan nanti² tak payah keluar membeli lagi nanti.
Deleteya Allah lapar tengok nasi lemak tu..nampak sedap sangat!
ReplyDeletenasi lemak bungkus daun pisang jarang tak sedap 😊
DeleteFuh lazat Nasi Lemak!
ReplyDeletePagi pagi pekena nasi lemak bungkus daun pisang bertambah lazat.
DeleteLast week baru makan nasi lemak daun pisang.. tapi dah tengahari baru makan... so dah sejuk sebab orangnya bungkus sesiap dah pastu bior je kat pinggan sana.. kalau nak beli amek situ.. Seda lagi kalau pepanas gitu.... Nanti nak try cari gak pepagi.. tapi now tengah off nasik... haaaaaa.. kalau mampuuu
ReplyDeletelagi sedap nasi lemak panas panas tu terus bungkus. baru naik bau aroma daun pisang tu. Ohh diet ye nona? Sebulan sekali cheat day takde hal lah kan. hihi
DeleteGambar yang membangkitkan rasa lapau..
ReplyDeleteHujan hujan memang cepat lapau :)
Deletepehh mmg padu. dapat minum kopi o panas pulak tu walaa
ReplyDeletememang padu hidang dengan kopi o panas.
DeleteCantik butiran nasi lemak tu Fizah. Sambalnya pun dimasak sempurna. Nasi lemak bungkus daun pisang memang menggamit memori. Sekarang jarang orang jual guna daun pisang.
ReplyDeleteNasi lemak dan sambalnya memang sedap. Menepati selera. Betul Kak Amie, dah susah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang.
Deletetengok gambar yg fiza ambil tu cantik sangat, lagi terasa nak order nasi lemak sekarang juga..haha
ReplyDeleteHihi..terima kasih. boleh order esok untuk sarapan pagi :)
Deletelama xmkn nasi lemak daun pisang. bertambah sedap sbb dialas dengan daun pisang kan..
ReplyDeleteSusah nak jumpa nasi lemak bungkus daun pisang. Alas daun pisang sedap, dibungkus lagilah sedap :)
Delete