Nasi Goreng Sardin Mackerel

Haritu beli barang dapur, pesan kat husband beli sardin ayam brand. Kalau tak ada, tak payah beli sebab sardin adabi tu agak pelik rasa dia. Balik-balik, dia beli ikan mackerel ayam brand bukan ikan sardin. Ikan mackerel pun boleh lah.

Ikan mackerel dalam bahasa melayu ikan kembung ke ikan tenggiri sebenarnya. Sejenis tak tahu jenis ikan jadi confused jadinya. Siapa tahu, tolong jawab.

Semalam dah masak lauk sardin ikan mackerel tu untuk breakfast dan lunch. Hidangkan dengan ulaman timun. Sardin mackerel ni dalam tin 425g ada 2 ketul ikan mackerel besar. Seketul habis makan berdua breakfast dan lunch. 

Seketul lagi, petang tu buat sandwich guna separuh. Kira besar juga saiz tu boleh buat beberapa hidangan. Tinggal separuh lagi, pagi ni buat nasi goreng sardin mackerel. Dengan rajinnya menumbuk bahan bahan tumis. 

baca juga : resipi nasi goreng sardin

Nasi Goreng Sardin Mackerel

Ikan mackerel ni tak selembut isi ikan sardin. Isinya juga agak kering. Ikan mackerel masak apa sedap? Jenis ikan mackerel dalam tin ni pada saya sesuai untuk buat sandwich dan nasi goreng. Sebab isinya kering dan berderai. Saya suka!

Bulan lepas saya masak nasi goreng sardin malas-malas sebab malas nak menumbuk. Ikan mackerel masak lemak sedap juga. Next time boleh cuba. 

33 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedapnya nasi goreng sardin
    Rabia tak pernah masak lg nasi goreng sardin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap nasi goreng sardin ni. Nanti cubalah masak ye

      Delete
  2. Akak baru tahu ada beza ikan sardin dan mackerel. Selalu beli itu ingat sardin. Kena tengok label nanti.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah..kalau suka sardin confirm berselera makan

      Delete
  4. Confuse jap ikan kembung ke ikan tenggiri hahaha. Google translate pun cakap ikan kembung dan tenggiri hahaha. Kira besar tuuu cukup makan untuk dua orang, pastu separuh lagi buat sandwhich dan separuh lagi buat nasi goreng. Sedappnya sandwhich sardin! Lama tak buat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..jadi confused terus kan. Untuk 2 orang okaylah boleh buat macam macam. kalau ramai, sekali buat lauk je ni.

      Delete
  5. cantik gambar fiza
    kena dgn nasi goreng dlm pinggan klasik tu
    rasa suasana dulu2 di kg bila arwah tok pg2 hidangkan nasi goreng

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak.
      Pinggan legend mak, bodek mak untuk photography ni lah. hihi

      Delete
  6. Akak suka sardin makerel...selalu gak buat sandwich guna sardin makerel...nasi goreng pun...sedap..sebab ikan makerel ni banyak isinyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun dah tersuka dengan sardin mackerel ni. sedap lagi.

      Delete
  7. Cantik gaya ambil gambar. Edit gambar guna aps di telefon bimbit atau komputer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..terima kasih. Guna apps handphone je. Boleh tengok label photography dalam menu tips di atas. ada beberapa apps yang saya share

      Delete
  8. I ni hidup sorg and pemalas. Kadang2 I beli canned food mcm sardin etc mcm ni then I makan terus hahahah 😂

    ReplyDelete
  9. Masak nasi goreng senang tak payah berlauk bagai hehehe

    ReplyDelete
  10. ada beza ke. saya ingat sama je ikan sardin dgn mackerel ni..hehe

    ReplyDelete
  11. Yup, mackerel ngn sardin memang ada beza... Ehh . try la kak.. masak lemak guna mackerel.. Terbaikkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah cuba dulu tapi sebab masa nak goreng dulu tu meletop letop terus cancel. huhu
      Sedap memang sedap

      Delete
  12. Baru tahu. Kalau sy, dah dlm tin semua sy angap ikan sardin jaaa. Hahahaha rasa ponn xreti bezakan 😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh..dulu saya pun macam tu. dah tahu ada beza, pilih mana yang best.

      Delete
  13. Nasi goreng sardin memang sedap. Suka...sukaaa!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak..Kak Amie pun selalu buat nasi goreng campur ikan..auto nampak sedap

      Delete
  14. Jarang shida guna sardin mackerel..selalu guna sardin jer..

    ReplyDelete
  15. Mackerel nie agak keras sikit berbanding sardin.. Tak pernah cuba buat nasi goreng..
    Idea yang menarik nie..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال