Header Ads

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Cerita semalam baru nak up hari ni. Semalam lauk tengahari masak siput sedut masak lemak cili api. Husband beli di Pasaraya Zemart. Harga boleh tahan mahal RM23 untuk 1.3kilogram. Bila teringin makan dan ada rezeki lebih kita beli lah sikit.

Siput sedut ni susah juga nak dapat yang betul betul sedap dimakan. Yang husband saya beli pun saiznya taklah besar sangat. Hampir saiz budak sekolah. Belum meningkat remaja lagi. Husband dah beli, kita masak kan je lah. Jangan banyak bunyi!

Petua masak siput sedut ni kena potong hujung ekor dia tu. Barulah boleh menyedut. Sebelum potong tu kena cuci bersih rendam dengan garam dan basuh dengan serai ke halia ke batang pisang ke. Jangan pulak masuk mesin basuh macam yang viral tu. Jahanam mesin basuh nanti.

Ingat lagi zaman kecik dulu baru kenal lauk siput sedut ni, mak suka masak siput sedut masak lemak cili api campur batang keladi dan isi keladi juga. Sedap dapat makan siput sedut dan juga sayur keladi. 

Lauk siput sedut pun sinonim dengan lauk bulan puasa. Bila puasa tiba, dan dan tu lah craving nak makan siput. Kan? Saya masak siput sedut guna resipi siput sedut simple je. 

Resipi Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Resipi siput sedut masak lemak cili api cara saya mudah je. Masukkan siput sedut yang dah bersih dalam periuk, masukkan air, santan, Bahan kisar (Kunyit dan cili api), garam secukup rasa, asam keping dan juga serai.


Gaul rata dan biarkan masak je. Tak de tumis tumis bagai. Tak ada bawang bawangan. Kadang kadang kalu rajin saya rebus dulu siput dengan serai dan halia. Tak rajin, saya lebur je semua dalam periuk. Senang dan cepat.


50 comments:

  1. Assalamualaikum.. Rindunya siput sedut, masak lemak cili padi memang sedap, betul kena potong hujung, dapat info basuh dengan serai atau halia, biasa dengan garam ja. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Siput sedut susah nak dapat. Sesekali kalau jumpa dapat juga merasa. Masak lemak cili api yang paling favourite. Masak lain macam kurang sikit. Dengan garam pun boleh. Serai dana halia tu ada banyak sabut membantu jugaklah menghilangkan lumpur pada kulit. Plus, wangi serai dan halia

      Delete
  2. Sedapnyaaa...semalam pun ingat nak beli siput sedut lepas balik dari klinik...fikir balik x larat nak potong montot dia..terus cancel..xpe Zemart ada banyak stock

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh nak potong montot dia tu kak. sakit pinggang terus berdiri lama. Takpe, zemart banyak tapi semalam tak okay sangat. Saiz kecik jenuh juga nak potong nak sedut.

      Delete
  3. dlm family akak dan arwah ayah tak mkn siput he hee
    tp yg lain semua suka

    ReplyDelete
  4. Siput sedut dah masuk group kayangan kan..Kerang pun sama.
    Sedangkan 10 tahun dulu sebungkus penuh plastik ikat tepi tu baru rm1.70
    Tapi kalau peminat siput tu,harga bukan halangan...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak. Harga tak kalah semuanya nak berlumba naik. Rindu harga yang murah dan mampu beli. Sekarang ni sesekali je boleh rempuh halangan tu.

      Delete
  5. hahaha tak tahu lah pulak ada yang basuh guna mesin basuh adoiiii

    ReplyDelete
  6. Rasanya macam lama gilerr tak masak siput sedut, sejak dah tak ke pasar, nak beli online, takde nampak pulak yang menjual...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun kirim dengan husband je. kalau ada beli, kalau takde. Takde rezeki lah tu. Mungkin bukan musim kot kak.

      Delete
  7. feveret kami anak beranak. dulu anak2 tak reti nak sedut, hehe. tapi bila depa dah pandai, tudia laju ja depa makan :D

    ReplyDelete
  8. sedapnya, eh ramai pulak tgk kawan2 blog pakat up makan siput sedut ni, hehe..

    ReplyDelete
  9. Always my favourite siput sedut masak lemak ni. Tapi kat Pulau ni suah benor nak jumpa. Kepah banyak lah. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan musim siput sedut agaknya kot. Inipun comel comel saiznya

      Delete
  10. Suka siput sedut masak lemak, tapi nak cuci tu tak pandai. Satgi tak bersih pulak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena rendam dulu dengan garam. Lepas tu bilas bilas banyak kali letak serai sekali. Gosok gosok bagi mudah hilang lumpur tu.

      Delete
  11. nampak menyelerakan siput sedut masak cili api ni , CCL kalau hidang menu ni kena stand by lidi sekali ,,hehe kadang sedut tak keluar pulak isi sesiput ni ,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siap stand by lidi sekali tu. kalau korek leceh sikit nak makan.

      Delete
  12. akak sejenis tak reti makan siput sedut ni..hahaha

    ReplyDelete
  13. Lama betul tak makan siput sedut. Favourite ni. Betul cakap Fizah, nak cari saiz 'dewasa' agak susah. Semuanya kecik comel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jarang jumpa yang dewasa betul betul. Cepat sangat dorang ambil tak sempat tunggu besar. huhu

      Delete
  14. sama la...ni style orang pahang masak lemak..lebur je...tp family in law wajib menumis tak kira masak apa sekali pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. style org johor negeri sembilan macam ni jugak kak..cuma kadang ada menumis juga kalau masak ayam

      Delete
  15. Pehhhh ada yang basuh pakai mesin basuh keeeeee? Sama kes basuh beras guna sabun lah ni hahahahaha. Saya tak retiii makan siput sedut, tak tahu sedut apa, sebab rasa macam tak ada isi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adaaaaa..beras guna sabun? yang tu kerja gila betul. kena pandai sedut baru syok makan. tak reti memang akan jadi kurang gemar.

      Delete
  16. shida baru masak lala masak lemak semalam hehee..xreti sgt mkn siput sedut..mujur husben pn xminta nk mkn hahaaa..selamat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..faham faham..Kalau request kena jugalah memasaknya kan :)

      Delete
    2. Ini mak saya punya favourite..tapi kat rumah ni pun x masak gak.. Jarang saya pilih lauk ni.. rasa x kenyang... tapi kalau dah teringin sangat baru beli.. campurlah dua lauk lain.. Kih kih... kemain nafsu makan saya... Tapi memang sodap kalau masak lomak... Nyummmmmm!

      Delete
    3. Lauk siput ni ratah tu baru puas makan kan. Kita makan pun bila teringin je Nona. Masak lomak je tahu. Masak lain macam tak kena pulak

      Delete
  17. Replies
    1. Siput sedut susah nak dapat. Memang agak payah nak makan selalu dengan harganya yang mahal juga.huhu...

      Delete
  18. Replies
    1. Agak susah nak jumpa dan atas faktor harga pun agak kayangan. Sesekali teringin tu bolehlah.

      Delete
  19. lauk yg satu ketika menjadi feveret mama

    ReplyDelete
  20. Aduhai Fizah! Bila Fizah sebut siput sedut masak lemak dengan batang keladi dan isi keladi, teringat terus kampung laman! Kami pun biasa masak lemak dengan batang keladi, dan masak asam pedas juga dengan batang keladi. Ada isi keladi sikit-sikit sedap sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn kak Amie. Tambah keladi tu penyedap rasa betul.

      Delete
  21. tak reti nak sedut makan siput ni plus kat tempat saya memang jarang jumpa orang masak menu ni..hehe

    ReplyDelete
  22. wah, saya belum pernah cuba makan siput ini, kak. Nampak sedap, cara memasak yang kak Fiza bagi pun tampak mudah, jadi teringin memasaknya pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, mudah je Naia. Boleh cuba nanti kalau teringin cuba makan siput sedut.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.