Header Ads

Burger Buatan Sendiri

Macam dah lama sungguh tak buat burger sendiri di rumah. Bila kali terakhir makan burger buatan sendiri pun tak ingat dah. Punyalah asyik terkenang burger McD, burger crispy je. Lansung lupa dengan rasa burger buatan sendiri.

Burger buatan sendiri bukan buat roti burger sendiri, bukan buat daging burger sendiri dan bukanlah buat patty burger sendiri. Saya tak segigih itu nak buat semuanya dari asas. 

Buat burger sendiri yang saya maksudkan menggunakan bahan bahan yang ready made. Roti dan daging burger ayam beli je. Bahan utama tu wajib ada baru menjadi burgernya. Bahan bahan yang lain ada kat rumah dah. 

burger buatan sendiri

Maaf, rupa burger buatan sendiri saya kurang sempurna. Tapi rasa dia cukup sempurna pada saya. Cia cia cia.. Dengan burger pun nak bagi pickup line ke?

Resepi burger buatan sendiri

Roti burger disapu marjerin. Dibakar dan ada efek garing garing sikit. Daging burger ayam dimasak dengan menggunakan unsalted butter dan dibungkus dengan telur.

Saya gunakan daun salad bulat untuk efek yang lebih rangup. Tambah sikit hirisan bawang besar. Tapi tak kelihatan dalam gambar. tersorok bawah daging.

Ada hirisan timun dan kobis akan menambahkan rasa sedap. Tapi tak ada! Hanya sayur salad dan hirisan bawang je. Saya tambahkan sekeping slice cheese, letak sos cili dan juga mayonaise. Sedap sungguh rasa burger buatan sendiri ikut selera sendiri.

Macam ni je dah sedap. Imagine kalau tambah, timun, kobis, tomato dan sos cheese tu, tak tahu sedap dia boleh pergi jauh mana.

Saya perasan roti burger dah mengecil. Perasan tak? Lebih besar daging burger dari roti burger.

Burger beli lain rasa dia, burger buat sendiri lain pulak rasanya. Ada kesedapan masing-masing. Bila buat burger sendiri ni bolehlah letak lebih apa yang kita suka. Kan? Penyediaan pun mudah. Dah jemu makan nasi, kita buat burger jom!

Alhamdulillah...Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?

42 comments:

  1. Buat sendiri ini macam terapi ketika susun bahan.
    Ya betul itu letak sayur-sayur dan bahan kita suka. Suka letak buah zaitun hiris (pickled olive) kalau buat sendiri. Buat ada rasa masam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..kalau saya belum tahap terapi lagi kak. Wahh sedap ye kak letak buah zaitun. Tak ada pickes nak letak.

      Delete
  2. burger buat sndri mmg puas hati la , bole letak mayo , cili sos banyk2...
    pastu salut telo special lagi hehe perghhh!!

    ReplyDelete
  3. Burger ayam ramly memang besar. Burger daging kecil. Sedap nampak burger Fizah buat. Burger special tu, ada telor dan cheese. :)

    ReplyDelete
  4. Nampak menggiurkan sangat burger tu. Memang terbaik lah.

    ReplyDelete
  5. Laparnya, daging burger ada dekat rumah. Roti burger takde, Tapi selalunya kalau rasa nak makan burger pakai aje roti buku tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu gak buat macam tu. Roti burger bukan sentiasa ada kat rumah kan. Guna roti biasa pun sedap juga Nad.

      Delete
  6. Sangat mengiurkan.. Pandai bungkus dengan telur, lapar jadinya. Sayur ranggup lagi, burger special.. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bungkus pun tak bungkus elok sangat pun tu. Asal nampak berbungkus. Padahal ada koyak tu sebenarnya. hihi..yaa, sayur rangup tu sedap.

      Delete
  7. ingat duluz rajin buat juga he he
    sb puashati mkn blh letak sos sikit. daging pun cukupp garing

    ReplyDelete
  8. Orait dah tu, kira terer la ni 🤓👍🏻

    ReplyDelete
  9. Last makan burger buatan sendiri rasanya tahun lepas… masa tgh sibuk2 pkp 1.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..lama betul. Tapi saya lagi lama daripada tu.

      Delete
  10. Saya tergelak kejap bila baca 'Saya tak segigih itu nak buat semuanya dari asas.' Hahahaha.
    Tapi best buat burger sendiri! Nak letak sos ke mayonis ke apa apa ke banyak mana sekalipun, tak de cas dikenakan hahahaha. Memang puas hati lah buat burger sendiri. Saya pun dah jemu makan nasi, tapi tetap kena makan nasi >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh memang tak gigihlah Atiqah. Bila pulak nak siap burger camtu. hihi
      Memang puas hati. Sesekali makan burger kalau tengahari dah makan nasi okaylah.

      Delete
  11. Buatan sendiri yang best. Boleh letak sayur banyak2 hehe

    ReplyDelete
  12. Mesti sedap! Tinggi mcm Double Burger... :D

    ReplyDelete
  13. sedap tu..mmg buat sdiri lg best sbb bole letak mcm2 extra bahannya mcm salad & sos

    ReplyDelete
  14. KALAU BUAT SENDIRI BARU PUAS HATI KAN , BOLEH JE NAK LETAK SEBERAPA BYK BAHAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye Lyana. Letak macam macam dan extra apa yang kita suka.

      Delete
  15. cik, nk burger ayam special 1. x nk bawang. nak timun lbh. sos lbh. mayonis lbh. sos blackpepper lbh. harga kurang😆😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay siappppp!
      hahaha..semua lebih harga kurang eh :p

      Delete
  16. Ngammmm.. sedap sangat ni buat sendirik.. i likeee.. yg penting guna daging yg sedap.. bahan byk.. ngammm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..buat ikut selera sendiri. Bahan banyak tu wajib bile buat sendirik

      Delete
  17. Sedapnya... Terus jadi lapar nak makan burger buat sendiri hahaha. Tapi, bahan-bahan tak ada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. pasni stockup bahan burger pulak kak Farrah. Hihi

      Delete
  18. Buat sendiri lagi puas makan kan Fiza..
    siap pickup line.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye KakSha, macam macam accesories favourite kita boleh letak extra :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.