Header Ads

Red Velvet Oreo Brownies

Birthday husband haritu, adik ipar dan mak mentua bagi kek birthday untuk husband. Adik ipar bagi Red velvet oreo brownies. Seingat saya, ini kali kedua saya dapat rasa red velvet brownies. Tapi yang ni versi ada lapisan oreo bawah sekali tu.

Brownies pun dah macam macam jenis ada. Setakat ni saya pernah buat brownies kedut biasa je. Itulah sekali saya buat. Tak tahu lah kenapa tak rajin nak membuat. Tak ada bakat sangat bab buat kek ni. Masak campak campak tu pandailah jugak.

Nak resepi red velvet oreo brownies, google je easy red velvet oreo brownies. Macam macam versi ada. Nak mencuba tu entah bila tak tahu lah. Sempena birthday husband, rezeki kita pun terselit sekali dapat merasa kek bantat (brownies) red velvet oreo ni. 

Red Velvet Oreo Brownies

Sebiji kek besar ni pun dibahagi bahagikan. Taklah kami makan berdua je. Kurang dari separuh je cukup untuk kami berdua. Brownies ni sejenis kek yang tahan lama. Jadi, tak perlu nak makan sekali dua hadap habiskan. Sehari sepotong brownies okay kot kan. 

Tapi tak sempat sampai seminggu pun simpan, sehari dua habis dah. Laku keras bila masa hujan. Bila hujan, perut pun meminta minta.

Red Velvet Oreo Brownies

Oniichan (Bahasa Jepun) maksudnya abang (Bahasa Melayu). 


Untuk orang Kuala Pilah dan terdekat yang teringin makan red velvet oreo brownies with cookies and cream yang sedap ni boleh membeli kat Lemon Vanilla Bakery.

41 comments:

  1. wowwww nampak menarik brownies tu...
    klu dekat bole gak try hehehe

    ReplyDelete
  2. tgk gmbr pon mmg mengancam kek brownies besday sowmi tersayang nih.. 😅

    ReplyDelete
  3. Cantik rupa kek. Pertama kali dengar brownies red velvet Oreo.

    ReplyDelete
  4. Tengok gambar punnn dah tahu sedappp! Nak nak ada oreo pulakk bahagian bawah tuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Peminat oreo ke ni? sedap Atiqah kombinasi layer ni

      Delete
  5. MashaAllah, sedapnyaaaaa nampakkkk.. terliurrrr

    ReplyDelete
  6. Tekstur dia nampak cantik la...mesti sedap ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tebal sikit mungkin lagi okay kot kak. sedap tu sedap dah

      Delete
  7. cantik kek ni
    oreo tu buat lg sedap brownies ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik buatannya. Oreo penambah rasa sedap gitu

      Delete
  8. Woww! Brownies nii nampak lain dr yang lain. Mesti sedap ni

    ReplyDelete
  9. First time dgr brownies red velvet oreo..nmpk sedap..

    ReplyDelete
  10. sedapnya..tk pernah lg mkn gambungan redvelvet ngan oreo brownies

    ReplyDelete
  11. Akak pulak puasa hari ni, Fizah. Makin keroncong perut tengok red velvet oreo brownies. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, ampun kak! Silap timing pulak datang sini. hehe

      Delete
  12. Baking ni minat dan kerajinan kena seiringan. Saya takde both tu so selalu beli je. Terliur tengok kek ni Fizah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Sal. Tapi kan saya minat tapi tak ada bakat pulak. kek kek ni selalu saya beli je. kecuali kek pisang tu pandailah nak buat sebab mudah

      Delete
  13. Romantiknya makan kek berdua dengan oniichan dia. Red velvet memang sedap. Dah jadi red velvet oreo brownies lagilah jadi kenyang kalau makan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..meraikan hari dia. Red velvet dah dipelbagaikan dalam macam macam menu :)

      Delete
  14. mengancam lah fiza tgkap gmbar tu..hehee terliur..

    ReplyDelete
  15. Aduh-aduh.. mengancam browniesnya..
    Kalau ada secawan kopi pun menarik nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.