Telefilem Tiada Lagi

Tiada Lagi, sebuah telefilem cerekarama TV3 2020 ulang siaran memenuhi slot cerekaramaa TV3 2021. Musim PKP ni penggambaran tak dapat dibuat, jadinya siaran TV pun ulang siaran cerita lama-lama. 

Telefilem Tiada Lagi full movie akan ditayangkan pada Sabtu ini 31 Julai 2021, jam 10:00 malam di TV3. Dibintangi pelakon hebat Rita Rudaini, Eizlan yusof, Jay Iswazir, Dayang Areeda dan ramai lagi.

Cerekarama Tiada Lagi sarat dengan pengajaran buat semua terutamanya isu curang dan kereuntuhan rumahtangga. Pedihnya bilaa dikhianiti pasangan yang kita sayang dan percaya.

Telefilem Tiada Lagi Cerekarama TV3

TELEFILEM TIADA LAGI

Waktu siaran : 31 Julai 2021 (Sabtu), jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Cerekarama TV3
Pengarah : Man Kobena
Produksi : Ace Technoscience Sdn Bhd

SINOPSIS TIADA LAGI

Datin Nureen Azalea (Rita Rudaini) dan Datuk Nizar (Eizlan Yusof) meraikan ulangtahun perkahwinan mereka ke-15 tahun. Tanpa pengetahuan Datin Nureen, Datuk Nizar sebenarnya telah berkahwin lagi dan merahsiakan perkahwinan keduanya bersama Fatin (Dayang Areeda).

Kediaman mereka telah dipecah masuk oleh sekumpulan geng bertopeng. Salah seorang darinya, Iskandar (Jay Iswazir) telah membongkarkan siapa isteri kedua Datuk Nizar dan membuatkan Datuk Nizar mengaku.Datin Nureen sangat terkejut dengan kenyataan Datuk terutamanya apabila dia mendengar dari mulut suaminya sendiri.

Fatin sebenarnya adalah bekas isteri Iskandar. Fatin mulanya hanya bekerja dengan Datuk Nizar, akhirnya suka sama suka sehingga ada skandal. Iskandar telah menceraikan Fatin sebab Fatin dah mula jauh hati dengan Iskandar.

Selepas apa yang terjadi, Datuk Nizar mengambil keputusan untuk tidak membuat laporan polis untuk menjaga reputasinya. Datin Nureen pula mengambil langkah untuk bercerai dengan Datuk Nizar.

Plot twist

Tanpa disangka, Datin Nureen sebenarnya telah berkerjasama dengan Iskandar kerana mahu mendengar sendiri penjelasan daripada mulut suaminya, Datuk Nizar tentang perkahwinan keduanya dengan Fatin.

PELAKON DAN WATAK

  • Rita Rudaini sebagai Datin Nureen Azalea
  • Eizlan Yusof sebagai Datuk Nizar
  • Jay Iswazir sebagai Iskandar
  • Dayang Areeda sebagai Fatin
  • Aryanti
  • Naura Arissa Shazrin
  • Mili Supina

32 comments:

  1. Eh awat k ret mcm x pernah tgk drama ni.. Ok bole layan ni.. Mcm best

    ReplyDelete
  2. Plot twist dia lain maciam hahaha. Nampaknya memang firasat hati seorang isteri dah tahu yang suami dia curang kannnnn. Kalau tak, takkan lah dia berpakat dengan iskandar tuuu. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..tak sangka, firasat isteri selalu betul. Kan perempuan selalu betul. Hahaha..

      Delete
  3. Rasanya macam pernah tengok cerita ni, tapi mungkin tengok tak habis. Sabtu ni kan... boleh la tengok nanti...

    ReplyDelete
  4. Rupanya Datin Nureen sudah tahu terlebih dahulu.
    Geng bertopeng ini perompak ke? Atau sahaja datang untuk dapat pengakuan sahaja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, dah dirancang. Geng perompak kononnya. Boleh tengok nanti :)

      Delete
  5. Mamat yang bawak watak Iskandar tu kalau bawak watak jahat, menjadi sungguh. Memang talented

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Telefilem ulangan ni Shida sebab tu Shida macam pernah tengok :)

      Delete
  7. Yaaa.. pernah tengok... anak dato datin dalamni comel... hehe.. Tapi memang best plot twist tu... Finally mengaku gak dato tu . sedihhh kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah tengok ye. Cerita yang menarik dan ada pengajarannya kan.

      Delete
  8. oh.. rupanya ada plot twist.. x penah tgk ceta ni

    ReplyDelete
  9. pelakon mantap.. cerita ppun bole tahan juga tu

    ReplyDelete
  10. Pisau tu... menakutkanlah pulak! Suka tonton lakonan Rita Rudaini. Mantap penghayatan wataknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tunjuk thrill cerita ni agaknya tunjuk pisau. Pelakon lama pandai menghayati watak.

      Delete
  11. menarik juga jalan cerita dia tapi tak pernah pula tengok..hehe

    ReplyDelete
  12. cerita ni best! dah penah tgk, hihi..ada plot twist..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh dah tengok eh. Ramai kata best dan plot twist tu. Nanti nak tengok lah malam ni.

      Delete
  13. aida da tgk ni dulu kala, fiza.
    pelakon nyer pun best, kan.
    terbaik la jalan ceritanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya tengok kak. Ramai kata telefilem ni best.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.