Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini

Saat Kau Takluk Cinta Ini, drama melayu bersiri adaptasi novel 'Saat Kau Takluk Cinta Ini' karya Sara Hezra akan bersiaran di Slot Samarinda TV3. Drama saat kau takluk cinta ini pelakon utamanya gandingan Idris Khan dan Intan Najuwa.

Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini Slot Samarinda TV3

Drama : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Jumlah episod : 15
Mula tayangan : 2021
Waktu siaran : Isnin-Khamis, jam 10:00 malam
Siaran TV : Slot Samarinda TV3
Penulis skrip : Eja Lorena
Pengarah : Zamri Zakaria
Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd


SINOPSIS SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Rahhal (Idris Khan) tiada pilihan lain. Dia perlu meninggalkan kerjayanya dan balik ke kampung kerana emaknya jatuh sakit. Kepulangannya tidak disenangi Fakhril (Syazwan Zulkifly). Fakhril bertindak merampas rumah pusakanya.

Rahhal tidak mudah mengalah. Dia membangunkan tanah milik emaknya dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ikan.

Kehadiran Haira yang menumpang di pondoknya membuatkan hatinya mula jatuh cinta dan ternyata gadis cantik itu sanggup bersama-samanya bersusah payah membina kehidupan. Manisnya cinta tidak bias kalah teruji kemiskinan. Cinta mereka utuh.

Sedang mereka hangat bercinta, terbongkar pengkhiatan Haira. Rahhal kalap. Cinta yang mekar di hatinya mula berantakan. Hilang percaya saat bertebaran dusta dari gadis selembut Haira.

Haira kata, dia terpaksa. Dia mungkin berbohong banyak perkara tapi dia tidak pernah membohongi rasa cintanya.

Rahhal memutuskan untuk berhenti bercinta. Haira berjanji untuk terus bertahan setia. Rahhal penuh dendam, Haira pula terus memendam.

Jiwa dan raga terpisah. Takdir mempertemukan mereka kembali. Adakah Rahhal sudi memaafkan Haira ? Atau cinta mereka bertaut kembali...


PELAKON SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
Intan Najuwa sebagai Melissa Haira
Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
Wafariena Roslan sebagai Kamelia
Zarynn Min sebagai Mak Ngah Damah
Edika Yusof sebagai Dato Zhar
Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
Raja Azmi sebagai Mak Jah
Raja Nor Baizura
Shyrim Husni
Aleza Shadan

19 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Haira khianat pasal apalah ya? Persoalan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena tengok nanti. Siapa yang dah baca novel mesti tahu kenapa.

      Delete
  2. Eh ada syazwan zulkifly! Dia kalau berlakon, tak sah watak jahat, memang menjadi sungguh la bawa watak jahat dalam cerita hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul! Tak jahat tak sah. Tapi best kalau dia berlakon

      Delete
    2. Haha. Dia start famous pun drama Juvana kan, watak budak nakal. Eh Atiqah tahu ke tu drama lama. Hehe

      Delete
    3. Drama Juvana tu yang ada Johan Asaari ke x eh? Confused dah..tapi rasa macam dia start naik masa drama 7 hari mencintaiku tu atau Pujaan hati kanda. Ke?

      Delete
  3. suka hero tapi tak minat sgt heroin dia..hehe

    ReplyDelete
  4. Orang cantik pakai baju kelawar pun cantik

    ReplyDelete
  5. Drama adaptasi novel ke Fiza, macam familiar plak tajuk tu...kena tgok dari first episode baru best ni

    ReplyDelete
  6. Eee suka laaa dieorang berlakon nii.nampak sweet gittew 🥰

    ReplyDelete
  7. Lama tak tgk idris khan berlakon.. ala drama skrg susah nk layan huhu

    ReplyDelete
  8. Akak tak pastilah akak dah baca ke belum novel ni. Macam ingat-ingat lupa...

    ReplyDelete
  9. Macam menarik pula persoalan tu.. Kalau dapat baca novel dia menarik juga..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال