Header Ads

Serbuk Asamboi Homemade Lagi Sedap

Sekarang dah rajin beli buah oren dan buah jambu batu. Maka, carilah serbuk asamboi homemade di shopee. Mulanya cari area yang dekat je dengan harapan bolehlah kita self pick up.

Ada lah contact 2-3 seller macam tu. Semua macam lebih prefer jual online. Lepas tu ada yang self pickup lebih mahal daripada promo beli online di shopee. eh, macam tu pulak.

Takpelah, beli kat shopee je lah tapi bukan yang dekat. Tertarik dengan pilihan yang seller tu ada. Packaging, kuantiti dan harga seiring kira okaylah bagi saya.

Macam saya pernah cerita sebelum ni, saya suka asam boi serbuk homemade dan local product. Local product ni tak semasin yang ada dipasaran. Lebih manis dan mostly serbuk asam putih.

Saya beli 2 jenis terus. Serbuk asam putih (original) dan serbuk asam boi merah (cili pedas).
 
serbuk asamboi homemade sedap
with sealer


Serbuk asam boi putih 300gram RM9.90 sebekas. Serbuk asam putih untuk buah jambu batu dan buah tembikai. Serbuk asamboi dia halus dan bewarna putih.

serbuk asamboi homemade Sedap

Serbuk asam boi merah ada Chilli flakes. 300gram dengan harga RM12.00 sebekas. Of courselah rasa dia pedas sikit. Sesuai untuk makan jeruk mangga asam boi. Tak perlu potong cili dah.

serbuk asamboi homemade sedap

Tak tunggu lama, terus buat jeruk mangga asam boi. Mangga lemak manis rangup, tabur asam boi serbuk, asam boi dan perahkan limau kesturi. Padu teruk masam manis pedas dia. Kecur air liur haihhh...

jeruk mangga asam boi

Serbuk asam boi sedap makan dengan buah buahan yang sesuai. Tapi tak boleh lah makan berlebihan dan kerap. Setiap makanan tu ada bahayanya macam makan durian berlebihan juga. Panas badan terus. Sama juga dengan bahaya serbuk asam boi ni kalau makan berlebihan pasti ada kesannya juga.

Agak agak mual ke, makan asam asam ni membantu jugak kan hilangkan rasa pening. Pendek kata, berpada pada. Sekali sekala bolehlah. Yang saya beli ni memang banyak dan bekas pun besar. Boleh buat stok. Senang juga dah siap bekas macam ni daripada gunakan pek.

Sebenarnya banyak je yang jual kat shopee tu. Survey mana yang rasa okay ikut bajet dan selera sendiri. Tepuk dada tanya selera.

44 comments:

  1. Akak baru tahu ada asam boo jenis pedas.
    Hehe itulah mengapa ambil sendiri (pick up) lagi mahal daripada pos? Kalau begitu pilih yang terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak..yang perisa belacan pun ada. Sesuai untuk rojak buah kot. Itu yang tak faham tu kak. Promo online je. Better sayaa order online tempat lain je :)

      Delete
  2. Waa. Macam sedap je.. Nanti boleh cari di Shopee ni.

    ReplyDelete
  3. wuishh sedap gila ni kalau cicah dgn jambu ke, mangga jeruk ke :9

    ReplyDelete
  4. Menarik tu ada dua perisa, ori dan spicy, pastila dua2 sedap dengan buah mangga, jambu, betul tu kecur air liur haih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak. Dua dua pun sedap kak. Hihi..sebut asam memang buat kecur air liur :)

      Delete
  5. Kecur terus tengok serbuk asamboi dengan hirisan mangga tu. Adeeehhhh.... ada limau kesturi lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mangga lemak dia tak masam sangat kak Amie. Rangup lemak manis gitu. Kena perah limau baru rasa masam sikit.

      Delete
  6. Dapat jambu air atau jambu batu ke..mangga muda ke sedap ni kan....

    ReplyDelete
  7. Baca pun kecoq yaqlioq orang utara kata. haha Terbayang2 yang pedas tu makan dengan magga muda perghhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..tengok je dah boleh bayang rasa masam pedas tu.

      Delete
  8. Adoii tgk mangga tu tetiba teringin nak makan mangga asam boii ni hehehe.. Tp mangga mcm jarang plk nmpk skrg ni..

    ReplyDelete
  9. Dah habis baca entri ni , terliur pulak . Lagi2 tengok gambar yg cantik tu . Halus juga,ya serbuk asam boi ni . Boleh pilih sama ada nk original & pedas . Murah juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye Lyana, serbuk dia halus je. Nak gabung dua pun boleh. Nanti boleh cuba beli. Terima kasih Lyana :)

      Delete
  10. wow, sedapnyaaa. lama tak makan nii dah terbayang bayang rasa dia. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sejak terjebak terus mencari yang local product ni :) memang sedap dari biasa.

      Delete
  11. Ini kalau dapat, memang bercicah & menabur sakan Syu dibuatnya.Tambah2 kalau dapat buah jambu batu, jambu air & tembikai!!Ish2, dah terbayang2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah buahan tu memang sesuai sangat tabur serbuk asamboi ni. Itulah ada stok,sakan menabur. hihi

      Delete
  12. besaq botoi tu, hihi, bahaya ni, kalau dapat habis sekejap jer..sedap klau letak dengan rambutan mcm resipi CCL, hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..bahaya kan. Kalau ada buah sesuai memang cepat habis. kalau tidak, lambat sikit habisnya :)

      Delete
  13. Macam nak kena beli juga je ni. Dah lama x makan mangga asamboi. Dulu selalu beli kat traffic light..

    ReplyDelete
  14. Aghhhh saya rinduuu dengan bubuk asamboi iniii :D. Saat masih di Penang, kalo beli mangga Kat lapak langganan, selalu lah temannya asamboi :D. Sukaaaa..

    Di Jakarta jarang ada. Krn orang2 sini lebih suka pakai bumbu rujak. Jadi agak susah dikit nyarinya. Nanti lah kalo dah bisa balik Penang/KL, saya cari bubuk nih :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah suka ye dengan serbuk asamboi ni. Disana lebih popular bumbu rojak. Boleh cari di shopee kalau ada pos kesana.

      Delete
  15. oiittttt kecuqqqq laaaaa
    adehhhhh��������

    ReplyDelete
    Replies
    1. uiittt..nanti beli tau. kita boleh berasamboi sama :)

      Delete
  16. Sedapppp kalau makan dengan jambu or letak dalam air jambu jugakk. Memang favorite betul!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jambu tabur serbuk asam boi memang sedap. Campur asam boi sedap. Campur serbuk asam boi tak pernah cuba lagi.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.