Header Ads

Brownies Tower Decoration Untuk Birthday

Ye, brownies lagi. Haritu brownies red velvet oreo. Sekarang brownies tower. Tapi brownies ni hanya mampu dilihat dari jauh je. Sebabnya order untuk kakak nun jauh di Johor.

Musim pandemik ni nak meraikan harijadi keluarga secara maya je lah. Paling tidak pun, hantarkan kek atau makanan secara online je. Semalam 8 Julai, hari jadi kakak. Sempatlah beberapa hari sebelum tu saya order brownies tower untuk birthday kak.

Order dekat-dekat je sebab senang nak hantar pun. Mulanya nak order kek brownies biasa tu je. Tapi lepas scroll scroll gambar yang diberikan, tertarik dengan brownies tower birthday pulak. Cara susun brownies tower tu cantik je. Jadi brownies tower decoration nampak lebih menarik.

Gambar brownies tower yang dikirimkan melalui whatsapp oleh baker. Awal awal dah pesan nak gambar lepas dah siap. Cantiknya alahaiii... Ini yang rasa nak order untuk diri sendiri jugak ni.

Brownies Tower Decoration Untuk Birthday
credit photo : @ojaa.a


Harga Brownies

Semua brownies yang dijual bersaiz 10’. Harga Biasa RM36, Add on Cadbury RM38 dan  harga brownies tower RM45. Harga dia boleh tahan murah juga kan. Dengan cara susun brownies tower tu kemas dan terletak elok je. Berbaloi lah tu.

Idea yang menarik buat brownies tower ni untuk :
  • brownies tower decoration
  • brownies tower birthday
  • brownies tower hantaran
  • brownies tower for wedding

Lebih pratikal juga memilih brownies sebab dah siap siap dipotong. Tinggal ambik dan ngap je. Balik nanti nak jugak order untuk diri sendiri. Sebelum ni balik kampung nak order tak dapat sebab kena order sehari awal macam tu. 

Nak order last minit memang tak dapatlah. Siapa pulak yang suka buat kerja last minit kan. Memang kena order awal.

Brownies ni anak anak buah je lah yang suka makan. Jadilah makan ramai ramai sempena birthday ummi dorang.

Orang Segamat bolehlah order kat instagram @ojaa.a atau @saycheese_ee

33 comments:

  1. Wow, macam-macam bentuk brownies sekarang yek. Menara brownies nampak sangat menyelerakan!

    ReplyDelete
  2. Siap ada coklat air mata.
    Cantik tersusun dan ucapan happy birthday mesti dibuat daripada gula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya suka cara susunan dan dekorasi dia kemas. Rasanya Pin stick happy birthday biasa je tu. Bukan candy

      Delete
  3. kan! k ret pun suka tgk brownies tower ni...
    slalu gak htr utk org...
    tp x terbeli plak utk kita heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time kita beli untuk diri sendiri pulak. hihi

      Delete
  4. sukanya brownies...tp tak leh makan selalu...manis

    ReplyDelete
    Replies
    1. brownies ni biasa makan sepotong dua je. Lepas tu next day pulak. hihi

      Delete
  5. wahh cantiknya brownies tower! teringin jgk nk buat utk birthday sndiri.. hihikk..

    nk sambut meriah2 xblh.. hntr kek tnda ingatan pon ok.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. go Ezy go. Nak tengok brownies tower Ezy nanti :)
      betul, order dari jauh hantar dekat

      Delete
  6. pernh mkn juga brownies tower time kwn buat birthday party anakdia..yummyyy

    ReplyDelete
  7. Aduhai menariknya!
    Harga pun berpatutan pd akak dgn tower-nya dan coklat lagi tu.

    ReplyDelete
  8. Cantikkkkk jugakk brownies tower ni, nampakkk sedapp!
    Happy belated birthday kakak kepada kak fiza! Semoga dilimpahkan rezeki yang berterusan dan sihat selalu! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab cantik kita pun terorder yang ni..
      Aaaminn..terima kasih atas doanya Atiqah. Semoga Allah membalas dengan segala kebaikan.

      Delete
  9. Cantiknya brownies tower ni hehehe. Mana nk cari di penang ni? Happy belated birthday buat kakak fiza. Geng julai!

    ReplyDelete
  10. Menarik brownies tower.
    Mesti happy kakak Fiza dapat.

    ReplyDelete
  11. Ya Allah, tertengok memalam.. teringinn pulak makan brownies sambil tengok tv.. sy pernah sekali je try brownies tower dibuat oleh blogger cik Sunah Sakura masa tu.. selalunya order yang tak tower .. boleh try lah nanti.. hehe

    ReplyDelete
  12. Berbaloi jugak harga tu bagi CCL dah murah . Decoration pun cantik

    ReplyDelete
  13. wow nmpk mcm sedap. bagus ada service macam ni.

    ReplyDelete
  14. Brownies tahan lama,tu yang ramai orang suka

    ReplyDelete
  15. wahh..sedapnnya..ada brownies, ada coklat, ada kisses...berbunga hati menerimanya..

    ReplyDelete
  16. untung la siapa yang dapat brownies tower mcm ni... uhuks

    ReplyDelete
  17. Wow, mesti sedap ni. Homebakers skrg dah semakin kreatif & better dr kedai2 bakery biasa. Dan betul2 convenient utk customers.

    ReplyDelete
  18. Waaah cantiiik birthday cake nya, dari brownies pula :). Honestly saya tak suka sangat birthday cake yg biasa, dengan cream dan hiasannya. Tapi tak bisa menolak kalo cake nya dalam bentuk brownies. Pasti habis. Atau cheesecake :). Itulah kenapa tiap birthday di keluarga, saya lebih suka pesan simple cake macam brownies nih atau cheesecake, supaya tak mubazir :)

    ReplyDelete
  19. menarik ni. antara feveret aida.
    kakak sulung aida pandai buat.
    kerap la buat kalau kami togeder geder di Bangi.
    nice nice aje dia buat, tak heavy sgt.

    pernah la kami kami buat tower gini.
    adik beradik aje la :)
    tower condong, fiza ha ha ha ha ha...
    semua tgn keras bab deco. gitu la...

    ReplyDelete
  20. Suka tengok brownies tower. Lagi-lagi hiasan coklat dan all the sos meleleh yang digunakan. Tiap kali tengok brownies tower, tiap kali tu rasa macam nak beli untuk diri sendiri.

    Untuk brownies tower yang cantik dan kemas begini, memang reasonable harganya, Fiza.

    ReplyDelete
  21. Wah.. cantik dan menyelerakan.. memang best kalau dapat nie..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.