Header Ads

Puasa sunat pada Hari Arafah

Mengikut kalendar Islam, tarikh puasa sunat Arafah 2021 di Malaysia adalah pada hari Isnin 19 Julai iaitu esok. Bersamaan 9 Zulhijjah 1442 Hijrah. Puasa sunat hari Arafah juga dikenali dengan hari wukuf yang merupakan kemuncak umat Islam menunaikan ibadah haji.

Agak sayu juga bila rakyat Malaysia masih belum berpeluang menunaikan ibadah haji tahun ni disebabkan COVID-19. Harap ada rezeki juga nanti dapat menunaikan ibadah haji bila tiba masanya.

Puasa Sunat Hari Arafah
sumber : My Sumber



Puasa Arafah

Puasa Hari Arafah adalah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji. Mereka boleh memanfaatkan kemuliaan hari Arafah dengan berpuasa sunat, berzikir dan melakukan amalan-amalan sunat lain.

Kelebihan puasa hari arafah

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: 
“Berpuasa pada Hari Arafah dinilai di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang sebelumnya dan yang selepasnya.” (Hadis riwayat Muslim).

Daripada Abu Qatadah al-Anshari r.a.; Rasulullah SAW ditanya tentang berpuasa di hari Arafah. Maka Baginda bersabda: 
“Ia menebus dosa setahun yang telah lalu dan setahun yang akan datang.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Orang yang berpuasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah), Allah akan menuliskan baginya puasa 60 tahun dan Allah menuliskannya sebagai orang yang taat.”

Niat Puasa Hari Arafah

*نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ مِنْ يَوْمِ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى*
Daku berniat puasa hari Arafah, sunat kerana Allah Ta’ala.

atau 
1. Sahaja aku berpuasa sunat esok hari Arafah kerana Allah Ta’ala
2. Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah Ta’ala

Rasulullah SAW. bersabda lagi: “Tiada hari yang paling ramai Allah SWT melepaskan hamba-Nya dari api neraka melainkan pada Hari Arafah. Dan sesungguhnya Allah Azzawajalla menghampiri (hamba-hamba-Nya) dan berbangga dengan mereka di kalangan para malaikat serta bertanya; Apa yang dikehendaki oleh mereka?”

Manakala bagi mereka yang melakukan ibadah haji pula adalah disunatkan untuk tidak berpuasa pada hari Arafah dan adalah menyalahi perkara yang utama jika mereka berpuasa juga pada hari itu.

Diriwayatkan dari Ummu al-Fadhl binti al-Harith:“Ramai di kalangan sahabat Rasulullah SAW yang ragu-ragu tentang berpuasa pada hari Arafah sedangkan kami berada di sana bersama Rasulullah SAW, lalu aku membawa kepada Baginda satu bekas yang berisi susu sewaktu Baginda berada di Arafah lantas Baginda meminumnya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim)

Juga daripada hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah ra: “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang berpuasa pada Hari Arafah bagi mereka yang berada di Arafah.” (Hadith Riwayat Abu Dawud dan an-Nasa’ie; at-Thabrani dari Aisyah r.ha.).

sumber : facebook JAKIM

Jomlah kita berpuasa sunat Arafah esok. Ada yang dapat buat straight puasa dari 11 Zulhijjah hari tu, Alhamdulillah. 

Selamat berpuasa dan semoga Allah menerima ibadah kita. Pada 20 Julai bersamaan 10 Zulhijjah, umat Islam akan menyambut Hari Raya Haji.

46 comments:

  1. In syaa Allah. Mudah-mudahan niat dan amalan kita terlaksana dengan mendapat keberkatan dari-Nya. Aamiin.

    ReplyDelete
  2. Insya Allah hendak puasa. Moga dosa kita diampunkan setahun sebelum dan selepas. Amin.

    ReplyDelete
  3. akak kite baru ingtkan tadi..alhamdulillah terima kasih atas perkongsian..
    baik dah niat da..insyaallah esok puasa

    ReplyDelete
  4. In shaa Allah akan berpuasa esok. Selamat berpuasa jugak kepada semua yang berpuasa sunat Arafah! :)

    ReplyDelete
  5. Selamat berpuasa buat semua yang berniat untuk berpuasa..

    ReplyDelete
  6. Asal nk puasa gak esok ni tapi tekak mcm rs x sedap plk.. Takut esok x sihat je ni lps cucuk vaksin

    ReplyDelete
  7. Mana yang boleh puasa. Bissmillah. Semoga puasa sunat Arafah kita Allah SWT terima. Aamiin.

    ReplyDelete
  8. Kenang daku dlm doa berbuka puasa kalian nanti. Ha gitchew.
    Nampaknya tahun ni tak dapat peluang berpuasa. Sobszzzz..

    ReplyDelete
  9. MashaAllah besar ganjaran puasa arafah, moga dipetmudahkan bagi yang berniat untuk puass jika tidak perbanyakkan zikr dan doa. Thanks for sharing, senang buat rujukkan

    ReplyDelete
  10. Moga ibadah haji dapat dilakukan seperti sediakala di tahun hadapan..ameen..slmat hr raya haji

    ReplyDelete
  11. sedih kerajaan arab saudi x bagi pergi haji kalo dpt cucuk sinovac.. huhuhu

    ReplyDelete
  12. Selaamt menjalani ibadah puasa sunat Arafah bagi yang berpuasa. Banyakkan ibadah pada hari ini. Semoga ahun depan rakyat malaysia dapat melaksanakan ibadah haji seperti sedia kala


    #Staysafe

    ReplyDelete
  13. Selamat berpuasa dan beramal di hari yang mulia ni. Doa banyak-banyak semoga Covid cepat berakhir

    ReplyDelete
  14. Selamat berpuasa sunat Arafah Fiza dan Selamat Hari Raya Aidiladha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih KakSha. Selamat Hari Raya Aidiladha juga

      Delete
  15. Selaamt berpuasa, hari ni Pak Zain plak puasa while akak cuti...selamat hari raya Fiza, maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak. Alhamdulillah.
      Selamat Hari Raya Aidiladha kak :)

      Delete
  16. mr.asben je puasa hari ni.
    aida x puasa sebab kurang sihat :(
    sakit tekak hu hu hu...

    ReplyDelete
  17. Selamat berpuasa, Fizah. Semoga amalan kita diterima.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah, banyak ganjaran pahalaaa...

    ReplyDelete
  19. Dah terlambat pulak nak ucap ucapan selamat berpuasa… anyway, selamat berpuasa

    ReplyDelete
  20. ALHAMDULILLAH UNTUK TAHUN NI CCL DIBERIKAN KESEMPATAN UTK BERPUASA HARI ARAFAH

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.