Pokok Pandan Hidup Dalam Air

Boleh ke tanam pokok pandan dalam air? Jawapannya, boleh! Sebab saya dah buat. Cara menanam pandan di air ni lebih mudah pada saya. Sejak kucing buat onar, kencing dalam pasu luar rumah banyak pokok tanaman mati. Pokok kari, limau kesturi, kunyit habis mati.

Salah satu punca kenapa pokok pandan mati. Tambah lagi bila musim panas masa tu. Saya tanam pandan dari batang pokok pandan, potong sampai akar bawah sikit dan letak dalam bekas air.

Sebenarnya tanam daun pandan dalam pasu lagi bagus. Tanam dalam tanah terus tanpa pasu lagilah bagus. Cepat dia membiak. Tapi pilihan apa yang saya ada. Tanah pun tak ada semua dah dipenuhi simen dan tiles. Kenalah tanam dalam pasu.

Tanam dalam pasu lain pulak halnya. Pilihan yang ada. tanam pokok pandan hidup dalam air je lah. Untuk saya yang jarang guna daun pandan bolehlah guna cara ni. Sesekali nak guna buat nasi lemak ke masih okay.

cara menanam pandan di air

Tapi tak disarankan lah kalau jenis kerap guna daun pandan. Tanam pokok pandan dalam air ni lambat pertumbuhan dia. Tak tahu lah kot ada penggalak pokok untuk tanaman dalam air. Bekas pun kena besar jugalah. Kena rajin tukar air juga untuk elakkan jadi habitat pembiakkan nyamuk. Ini agak leceh tapi saya guna bekas kecil okay je kot.

Dalam satu bekas boleh letak satu batang pokok pandan je. Letak dalam rumah di kawasan yang ada cahaya matahari. Bila letak dalam rumah ni senang nak ambil juga bila masak. Tak perlu susah payah capai tudung capai cardigan nak ambil. Tak perlu mintak tolong suami pergi ambil.

Ada pokok pandan wangi letak kat ruang dapur pun best juga bau pandan. Kan? Kalau suka bau daun pandan lah. Boleh elak lipas datang. Betul ke tidak tak tahu lah. 

Cara menanam pandan di dalam air

  • Tanam dengan batang yang berakar
  • Satu batang pokok dalam satu bekas
  • Rajin tukar air

Pokok pandan ni jenis pokok yang memerlukan air yang banyak. Sebab tu kalau musim panas kena rajin siram. Kalau pokok kunyit pun boleh hidup dalam air okay jugak. Bolehlah guna daun kunyit bila nak buat rendang. Persoalannya, boleh ke?


57 comments:

  1. ooo patutlah kalau kat kampung, orang rajin tanam pokok pandan ni kat tepi-tepi air bilik mandi macam tu. sebab air bilik mandi mengalir keluar kena la pokok pandan tu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak tu..senang tak payah siram lebih lebih :)

      Delete
  2. Good idea tu, hijau pokok pandan hijaunya terang menyerikan ruang,tak tahulah pokok kunyit di sini tak menjadi, tukar matahari naik tak membangun pun lagi, nak cuba tanam pokok kunyit dalam air..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga buat hiasan dan terapi mata pandang warna hijau. Kunyit pun tengok cuaca dan kawasan juga. Tak tahu lah menjadi tidak tanam pokok kunyit dalam air. Tak pernah cuba lagi.

      Delete
  3. Betul itu senang ambil. Selalu tengok rancangan masakan, orang Barat petik/ambil dari pasu. Eh tidak boleh ke Fiza cuba tanam dalam pasu letak dalam rumah?
    Hehe cuba buat eksperimen tanam daun kunyit pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kak tanam dalam pasu letak dalam pagar rumah. Kucing tetap masuk gak..itu yang mati beberapa pokok..Hihi..tak tahulah bilalah nak bereksperiment dengan kunyit pulak.

      Delete
  4. Boleh cuba ni. As selalunya minta daun pandan kat jiran jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni boleh buat macam ni pulak. Tak payah mintak jiran dah. Hehe

      Delete
  5. Sama macam rumah Mak, pokok pandan dia tepi=tepi parit tu, segar merimbunnnn... memang kena selalu siram air pandan ni, barulah segar.. tanah kena lembab.. nanti nak try laa tanam dalam pasu gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena tanah lembap rupanyaaa. Boleh kak, silakan :)

      Delete
  6. ada baja khas AB untuk tanaman hidroponik..boleh guna kalo nak bagi dia subur..

    pokok kunyit rasa macam tak sesuai pulak sebab dia ada ubi kunyit tu..tapi tak tahu lah kan, mungkin ada pendapat yang pakar atau try google..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye? Nanti boleh cari. Kena cari bekas yang lebih besar dan sesuai lagi. Itulah tak pasti juga tu kalau jenis yang ada isi ubi ni. Baiklah, nanti google. Terima kasih share :)

      Delete
  7. Ada tanam pokok pandan di belakang halaman rumah ni

    ReplyDelete
  8. Cantik gak tu boleh jd deco plant dlm rumah sekali 2 in 1

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, 2 in 1. Boleh buat perhiasan dan kegunaan sekali.

      Delete
  9. Dulu pernah tanam daun pandan depan rumah. memang naik elok. Tapi sebab jarang guna rasa semak pulak.Tambah2 musim hujan cepat membiak. Tikus pun mudah bersarang.Jadi buang je la. Nak guna mintak kat jiran. Hahhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis buang semua ke? Tikus buat sarang yang tak syok tu. haha..mujur jiran ada tanam daun pandan.

      Delete
  10. Naniey memang tanam dlm air sekarang. Lagi mudah..
    Tapi kena tukar dan check air selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. kaedah yang senang dan nak guna pun senang nk ambil gitu :)

      Delete
  11. Ntah, akak pun tak pernah cuba tanam pokok kunyit dalam air. Boleh tanam dalam pasu bertanah. Tutup dengan jaring. Akak biasa buat cara tu. Air hujan atau air siraman kita boleh masuk. Tapi kucing tak boleh melepas dalam pasu, sebab dah ada jaring. Buat pagar jaring keliling pasu pun boleh, bagi tumbuhan besar. Cer Fizah try. Jaring hijau ke, dawai jaring ke, boleh dibeli di hardware.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam pelik pulak kunyit dalam air kan. Hihi.. jaring pun tetap air kencing juga boleh jatuh masuk pasu macam air hujan. Pasu semua dalam pagar rumah kak. letak jaring still dia boleh panjat tembok jiran sebelah. Sebab dah ada bau tu yang situ je portnya. Dah bersihkan pun sama. sabar je lah. huhu

      Delete
  12. Kunyit rasanya tak boleh kot Fizah, tapi kalau pandan ni pernah tengok ada akak buat di opis. Harap la dia teringat nak amik sebelum keluar perintah WFH hari tu. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga tu Sal. Sebab dia ada isi ubi. pelik pulak kalau letak dalam air. Harap akak tu sempatlah ambil sebelum WFH. Kalau tidak, tak ada air matilah pokok tu.

      Delete
  13. setakat ni shida tanam pokok kari, pokok pandan dgn kunyit je ok..yg lain hancusss huuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah juga nak menjaga pokok pokok ni kan Shida. kat kamapung elok je semuanya. Persekitaran, cuaca dan penjagaan kena betul.

      Delete
  14. cik nor ada pandan dlm pasu blkg umah hidupp subor
    alhamdulillah
    mula2 dulu susah jga nk hidup

    ReplyDelete
  15. Satu alternatif yg baik..jimat ruang..boleh jgk jd penyeri ruang

    ReplyDelete
  16. Wow.. dapat rasa kegigihan menanam tu.. Baru tahu dalam air pun ok.. selalunya memang jumpa terbiar kat tanah belakang rumah.. Moha terus subur ye pokok pandan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..kena gigih senang nak guna bila masak. Ye, boleh tanam dalam air juga.

      Delete
  17. Untuk yang duduk dikawasan rumah yang kurang tanah tu boleh cuba snagat la cara kak ni. Tapi beul. Dekat rumah tanam pandan dekat kawasan macam apay terbiar gituuu. Tak payah siram dah hehe/ Next experiment kaka try pulak kunyit tauu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ain. Boleh cuba. Senang kawasan berpaya tak payah siram. Tak tahu lah buat ke tidak tu nanti

      Delete
  18. Fiza, cer try buat camni..cucukkan lidi sate di sekeliling pokok dalam pasu tu. jiran ajar buat camni.kesnya cam fiza jugak kucing suka kencing kat pasu kita hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh macam tu ye. Tapi still dia boleh kencing kena tanah..huhu
      Boleh cuba juga. Terima kasih kak

      Delete
  19. Dah boleh hari² masak nasi lemak.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..taklah hari hari. Togel terus takde daun nanti :)

      Delete
  20. oh.. boleh rupanya... dlu penah ada pandan belakang rumah.. rimbun sgt jadi takut ada ular pastu buang semua dh.. kalau mcm ni boleh la try letak dlm bekas berair kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau rimbun sangat bahaya gak tu jadi sarang haiwan lain. ada satu pokok dah memadai dah untuk guna dalam masakan. Ya, boleh cuba macam ni pulak.

      Delete
  21. mama tahu dari opismate masa mama minta pokok pandan dia. alhamdulillah dah membesar dgn jayanya kat umah mama tanam atas tanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah menjadi tanaman pokok pandan mamapp :)

      Delete
  22. Pokok pandan ada akar jangkar. Macam pokok bakau pula.
    Pokok pandan senang membiak, senang kita ambil bubuh dalam masakan. Teringat you tuber Sugu, selalu tambah daun pandan dalam masakannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang membiak tu yang senang menanam dan jaga. A ah kan. Teringat kat video masakan Sugu tu.

      Delete
  23. Pokok pandan Syu semua dah mati.Entah kena penyakit apa entah.Semua akar jadi busuk & lunyai.Nak kata pandan tak suka air memang tak patut.Mungkin tanah tak sesuai agaknyer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Letak kat luar ke Syu? Mungkin juga tu kot. Saya pun tak pasti.

      Delete
  24. kat rumah saya memang biar je pokok pandan ni membiak sendiri sebab kat kampung, tak pernah tanam pun..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung memang mudah nka bercucuk tanam. Kat bandar tak ada tanah boleh cuba cara macam ni :)

      Delete
  25. dekat kpg mmg sakan dia mmbesaq sebab tanam tepi longkang, duduk taman ni susah betoi nk menanam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu CikTimm, kat taman manja betul susah nak hidup. Terpaksalah guna kaedah macam ni.

      Delete
  26. ada tu hah. aida tanam kat atas tanah.
    membiak dgn happy, fiza. alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam tanah memang elok hidupnya lagi. Cepat membiak :)

      Delete
  27. Tak pernah tahu pokok pandan boleh hidup dalam air macam tu, biasa tanam dalam pasu biasa gitu je dekat luar rumah. Part sarung cardigan tu betul lah kak fiza hahahaha.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.